Potluck Raya 1441H | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan | Salam. Hai! Semalam ofis ni sempatlah juga buat potluck sempena hari terakhir Syawal tahun 1441H. Sekali harung juga meraikan perpindahan 2 orang staf. Seorang berpindah bersempena naik pangkat, seorang lagi pula berpindah bersempena .... er, sebab mintak pindah?
Well, tak kira apa pun alasannya perpindahan itu, kita doakan yang baik-baik dan semoga lebih berjaya dan cemerlang di tempat baru. InshaAllah 😊
Isnin lepas ex-student datang nak ambil surat. Cepat je diorang habis, macam baru semalam masuk kelas. Tiba-tiba dah habis. Ini kang tau-tau esok aku dapat jemputan kahwin 😂
Gambar potluck dan dan sambutan raya tahun lepas. Sempat shooting ala-ala tetamu sebelum main bufet katering sampai. Rasanya masa ni 'bulat' juga. Tapi pipi aku tak sekembang setaman sekarang.
Sekarang.
Ya ampun. Kembang setaman! 😂
Aku kan upload gambar ni dalam facebook. Actually, kebanyakan gambar yang diupload dalam facebook akan berakhir dalam blog juga. Kalau nak dengar kicauan pendek, sila ke facebook. Kicauan panjang tak pandai berhenti? Silakan ke dalam blog.
Jadinya, pagi ini kawan sebelah aku cakap, yang kawan dia tanya. Kenapa aku 'sihat' dan 'tebal' (kuajaq sungguh! tunggulah nanti aku menjadi senipis bawang! hahaha), whereas dia 'nipis'...... The actual words yang diguna adalah 'kenapa ko macam ni?'
😂😂😂
Orang yang diraikan.
Seorang tu bekas bos aku. Kiranya markah penilaian tahunan dia yang isi. Very good boss. Cara penyelesaian dia very the ayah sangat, haha. Memang kontra betul dengan anak buah dia ni yang 'bersemangat waja' 😂. Lagi seorang pula bekas bos kecik, ketua unit aku mengajar. Yang ini sebab masing-masing muda, adalah juga bercekau dalam meeting (kah!), tapi overall semuanya ok. Habis meeting habislah yang bercekau itu.
Menu semalam. Ada butter bread pudding, biskut batik, karipap, nasi lemak, serawa durian, lemang & rendang daging, nasi impit & kuah kacang, tepung pelita, mee goreng dan pau. Isi serawa durian meriah sangat. Tepung pelita pun sedap. Ramai tapau bawak balik.
Potluck aku bawak kek batik. Gambar pun lupa ambik. Tapi feedback kata sedapppp. Alhamdulillah hehe. Kalau nak diikutkan pun, ada ke yang buat kek batik tak sedap? Rasanya semua sedap hehe. Guna resepi dari daridapur.com. Alhamdulillah menjadi. Cumanya aku tambah fresh milk 1/2 cawan sebab manis berdenting kalau tak tambah fresh milk.
RESEPI KEK BATIK LEMBUT KURANG MANIS PASTI MENJADI
Bahan-bahan :
- 1 bungkus biskut marie
- 250g buttercup
- 3/4 cawan susu pekat (boleh kurangkan kalau nak kurang manis)
- 5 sudu besar Milo
- 1 sudu besar serbuk koko (nak sedap guna serbuk koko Van Houten)
- 1/2 cawan susu segar
Cara buat:
1) Panaskan kuali. Masukkan buttercup. Gunakan api yang perlahan. Bila butter mula mencair, masukkan susu pekat. Kacau rata adunan. 2) Seterusnya, masukkan Milo dan serbuk koko. Kacau rata sehingga adunan menjadi sedikit likat berkilat.
3) Tutup api. Boleh patah-patahkan biskut marie dan gaul rata. Boleh ketuk-ketuk guna senduk kayu supaya tekstur biskut batik hancur sedikit. Kalau masukkan biskut semasa adunan masih panas, kek batik jadi lembut je. Confirm!
4) Sediakan loyang dan parchment paper / plastik. Masukkan lapisan pertama. Tekan sedikit kuat supaya kek jadi padat. Ulang letak lapisan kek lain dan tekan supaya padat. Pastikan isi kek dalam loyang padat dan tiada ruang kosong.
5) Dah siap, boleh letak topping yang disukai (nutella, Milo, creamcheese).
6) Masukkan dalam peti ais untuk disejukkan semalaman.
7) Dah keras, keluarkan dan boleh dipotong.
Main menu pula, nasi tomato, ayam masak merah, kurma telur dan acar jelatah. Yang ini kami collect duit setiap sorang nak cover main menu dan hadiah.
Jengjengjeng. Pinggan aku.
Nasi secoet seolah-olah diet. Padahal sebelum tu dah telan berpinggan potluck. Kenyang sangat makan sebelum tu sampai nak tertetas cangkuk kain ekeke. Ayam masak merah sedap! Even kenyang, ayam 2 ketul settled!
P/s: Bila penjarakan sosial, makan pun berjarak-jarak. Automatiknya suara pun jadi extra kuat, haha.
Baca juga:
ada belen x kek batik tu? pos laa kt sy ;-)
ReplyDeleteSetelah hampir sebulan nk reply komen ini, dukacita dimaklumkan tiada belen kek lagi😂
Deletewah sedap nya tengok semua menu. meleleh ayaq liur ni. haha
ReplyDeleteSama lah kita, dah sebulan tengok pun rasa terliur lagi 😂
DeleteSeronoknya berpotluck, lama dah tak gather2 dengan geng office
ReplyDeleteKami ni setahun boleh kira dengan jari berapa kali buat potluck, haha adoiiii..
DeleteASSALAMUALAIKUM. wah seronoknya dapt berkumpul makan2 macam ni.
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Alhamdulillah seronok! 😊
DeleteBanyak nya makanan sedap2.. kalau gini memang tak de la nak nipis nya. entah tahun bila boleh nipis kalau gini..hahaha
ReplyDeleteJom la shira kita diet sama2. akak dah start nih. hahaha..
Ahahaha. Itu lah pasal, tiap kali baru ada azam nak nipis, masa tu lah makanan muncul dengan meriahnya 🤣
Deletetetiba teringin nak makan kek batik.
ReplyDeleteJom buat lagi
DeleteSedapnya nampak kek batik Cikgu! Tapi kenapa sikit sangat nasi kat gambar akhir, tu?
ReplyDeleteSebab sebelum tu dah telan 3 pinggan potluck lain 🤭
DeleteRindu pulak zaman kerja dulu buat potluck. Lepas makan semua pun dah start malas nak buat kerja balik. Lagi satu bab nak kemas. Makan je semua laju buat..haha
ReplyDeleteKami nasib baik cleaner tolong kemas. Tu yg laju sikit hehe
Delete"dah telan sepinggan potluck.." hahahahaa.. tersedak kak ain baca nih.. :p
ReplyDeletep/S : maintain shomel okey.. kita kan Team Pipi Kembang Sedulang.. hahahaha..
...
Baik Puan President! SYMP 😌
Deletehahah masa pkp aritu, gabung plak dengan wife berpantang tapi teringin nak buat keka batik.
ReplyDeletecari resepi dan buat, wah rasa bangga juga hahaha
Yes berjaya kan! Hehe
Deleteritu kite wat biskut batik tapi jadi keras..tak tau pasaipa..pastu fobia dah nk masak kek batik hahah
ReplyDeleteAlaaaa, mungkin ada sukatan yg salah kira. Dont givap ok 😉. Cuba buat lagi sekali guna resepi ni. InshaAllah jadi 😉
DeleteMenu yang sangat menggoda selera 😋😋😋
ReplyDeleteOf courseeee. Tu pasal boleh makan sampai 3 pinggan haha
DeleteMenu yang sangat menggoda selera 😋😋😋
ReplyDeletesedapnya menuu
ReplyDeleteSedapppp. Hari ni tengok pun still rasa menjejes air liur wakaka
Deletekurma telur tu nmpk mengancam laaa adehhhh
ReplyDeleteRasa dia pun sedap 😁
Delete