Anak Dara Balik Raya | Hi, salam raya 2.0! Hehe. So apa cerita raya 2.0 korang. Semenjak dah boleh merentas negeri, sejak minggu lepas ramai yang ambik peluang balik kampung. Kakak dengan anak buah 3 orang tu pun sama naik balik rumah nenek dia ni. Well, sebelum ni kami nak ke rumah diorang tak boleh (even ke Seremban aje pun) sebab roadblock kan, now apa lagi zassss lah mereka sampai.
Pagi Sabtu lagi dah sampai. Masa tu aku dengan mak tengah shopping barang dapur. Best pulak pagi-pagi (takdelah pagi sangat dalam pukul 10 pagi) masuk Econsave, orang tak ramai, barang pun banyak. Sangat bertenang kelebet tempe satu-satu.
Rupanya Econsave pun ada scan qrcode. Tapi dia letak kat belakang-belakang, yang depan tu buku tulis. Lepas tulis nama tu baru nampak qrcode dia adussss dah kenapa letak kat belakang. Kalau boleh kurangkan contact, pen yang guna untuk tulis nama tu entah dah berapa ramai pegang.
Lepas tulis je nama cepat-cepat pakai hand sanitizer sendiri. Ada pernah baca kat wall fb (ke ig?) siapa entah, owner advice untuk kita pakai hand sanitizer sendiri sebab yang ada depan pintu masuk mall / kedai tu entah berapa % alkohol dan air semata. Takut tak comply je sebab syarat pkp ni kan kena letak hand sanitizer depan pintu masuk. Diorang betul guna hand sanitizer atau dettol je, Wallahualam. Tapi lebih baik guna hand sanitizer sendiri punya.
Mak carik nenas nak buat masak lemak nenas dengan ikan masin. Ikan masin beli dari kawan yang jual ketam nipah hari tu. Aku beli ikan masin kurau dan talang. Buat masak lemak nenas dengan ikan masin, settle kurau + guna separuh talang memang menambah nasi jadinya. Abahlah yang menambah tu haha. Abah kata dah lama tak makan lauk macam ni, well nak buat macam mana abah kan tengah pantang makan sementara nak tunggu operation. Ini dah terbabas masak bolehlah makan sikit-sikit.
Baca juga : Masak Lemak Nenas Dengan Ikan Masin
Baca juga : Masak Lemak Nenas Dengan Ikan Masin
Tengahari tu makcik datang, kebetulan sedang cantik je settle masak lunch. Lepas berjemaah lunch, abah beli durian! Fuhhhhh bergaduh nasi, ikan masin, nenas dengan durian dalam perut.
3 round makan durian, lepas tu semua dah terbaring pengsan. Murah durian ni, RM5/kg. Isi pun cantik-cantik.
Overall Alhamdulillah raya 2.0 yang oklah juga. Walaupun tak berjalan raya sangat tapi sekurang-kurangnya dah boleh rentas negeri berdekatan. Takdelah nak pegi jauh sangat sebab takut juga Covid-19 ni masih bebas kat luar sana. Nanti karang orang tak bagi kat kita, kita pula jadi punca kluster baru. No no no jangan jadi macam tu. Kalau kita boleh sabar 3 bulan lebih, sabar lagi sikit je lagi. Mana tau Raya Haji nanti laaaagi super duper meriah?
Baca juga:
+ [ Elon Kakak ]
+ [ Dah Pandai Selfie ]
Raya 2.0 saya pun meriah juga. Ingat tak nak peluk dan cium tapi sampai rumah Uwan, makcik terus cium pipi. Harap takde apa-apa.
ReplyDeleteMasih belum makan durian lagi.
Takpe ada Raya Haji pula, raya 3.0. Hehe.
Takpelah dah tercium pipi. InshaAllah takde apa-apa :)
DeleteRaya 3.0 semestinya ditunggu-tunggu pula lepas ni. Semoga by the time raya haji tu keadaan dah semakin ok.
Selamat menikmati rumah setelah sekian lama hehe
ReplyDeleteYes, those for yang baru kembali ke rumah terchenta selepas lama terpisah pkp hehe.
Deletehamboih seronok lah balik kampung, meriah dengan anak buah... layan durian ramai-ramai tu bestnya, pastu memang seronok shopping awal pagi dan orang tak ramai.... akak pun sentiasa standby hand sanitizer sendiri dlm beg
ReplyDeleteKan,standby hand sanitizer sendiri lagi ok rasanya.
DeleteMenyenangkan sekali berkumpul bersama :).
ReplyDeleteIya betul tu.
Deletebestnya durian
ReplyDeleteBestttttt
DeleteAlhamdulillah raya 2.0 pun tetap raya dan meriah juga.
ReplyDeleteMula-mula Mrs. A macam leceh nak scan QRcode tu tapi sekarang dah normal.
Rasanya scan qrcode lagi mudahkan dari tulis buku. More secure.
Deletebolwh sangat tu..
ReplyDeleteboleh la berjumpa dengan orang tua yang pasti rindu dengan anak-anak
Betul tu.
DeleteDah lebih 3 bulan kan tak jumpa rindu itu pasti ada :)
Ya Allah durian tuu. Tak merasa durian lagi so far ni. Nurul pun lagi suka scan dari tulis. Rasa tak hygiene je bila ramai-ramai pegang pen dengan buku tu.
ReplyDeleteKan, so lepas ni pergi mana-mana nak cari dulu scan qrcode. Kalau takde baru tulis.
DeleteP/s: Cepat-cepatlah beli durian sementara tengah murah ni hehe.
syoknya berendammmmm mesti x igt nk mkn kalau mcm tu laa gayanya hehehehe
ReplyDeleteEh diorang still ingat makan. Menjerit-jerit dari luar mintak hantar makanan 😂
Delete