Hai. Tak tahu lah orang lain perasan ke tak. Tapi aku perasan yang hujan di KL ni..... Lebat dia lain macam?
Sekarang kan musim hujan. KL boleh kata setiap petang hujan sekarang. Pukul 3 lebih dah start gelap sokmo.
Itu yang sekarang ramai staf pukul 4.30 petang sharp terus balik. Kan waktu bekerja fleksi sekarang, memang boleh urus masa sendiri nak balik awal masuk awal ke tak.
Selalu aku yang tinggal sebab balik lewat kat office ni. Nak buat macam mana, keluar awal pun sampai office paling awal pun pukul 7.50 pagi. Selalunya 8 lebih la. Jadi dah selalu balik lewat dari yang lain. Dah boleh kira juga beberapa kali hampir dikunci dalam office sendiri kahkah.
Jumaat lepas.
Sebenarnya awal tu hujan lagi lebat gila! Dah wiper paling laju pun tak nampak kereta depan. Ni dah kurang sikit baru berani angkat phone letak kat dashboard.
Hujan KL ni menggila betul. Lebat dan lama. Pulak tu menderu-deru angin. Takut betul setiap petang drive balik kerja menempuh hujan macam ni. Tambah dengan jem lagi bila hujan. Hmmmm..
Perasan tak dalam video tu ada yang pasang double signal? Emergency signal tu.. Bukan 1 kereta je yang pasang. Ada 2 kereta, ke mungkin lebih?
Salah sebenarnya pasang emergency light waktu hujan ribut ni. Apa dia ingat dia seorang je tengah emergency hujan? Ramai lagi manusia belakang ni tengah merempuh hujan juga!
Dahlah pasang emergency light, boleh gerak dari lane tengah ke tepi ke tengah ke tepi? Mengelirukan tau sebab driver lain tak boleh predict korang nak pergi mana. Both signal menyalakan?
Please please please jangan salah faham kegunaan emergency light itu. Banyak kali dah nampak benda ni. Rasanya kalau nak bantu driver lain nampak kita dalam hujan ribut ni, lampu belakang menyala (dengan syarat lampu depan menyala) pun dah boleh bantu untuk nampak.
Jadi cukup dengan cerita emergency light, apa persediaan menghadapi musim hujan ini untuk driver yang hari-hari tempuh hujan, macam aku. Apa preventive action yang boleh kita buat?
1) On lampu kabus.
Kalau rasa kecerahan lampu kabus tak membantu, on kan lampu utama. Automatik lampu belakang menyala. So driver lain boleh nampak kereta kita walaupun dalam samar hujan.
2) Pastikan mentol lampu semua dalam keadaan baik.
Jika tidak, silakan tukar baru. Kalau malas nak buat juga, panggillah aku. Aku tolong buatkan. Tapi charge harga zionis lah. Dah malas sangat kan kahkahkah.
3) Periksa bunga tayar masih dalam keadaan baik.
Musim hujan ni, ada banyak lopak air atas jalan. Cara paling mudah nak periksa bunga tayar masih ok ke tidak macam ni.
Gambar kredit careta.my
Kalau perkataan 'sen' tidak jelas kelihatan, kiranya masih ada lebih kurang 2/3 inci baki bunga tayar.
Tapi kalau macam gambar pertama di atas, jelas nampak perkataan 'sen', silakan tukar tayar baru. Bahaya bila langgar takungan air atas jalan, tayar berpotensi untuk skidding.
4) Servis kereta berjadual.
Bila kita servis berjadual, sekurang-kurangnya kita dapat baiki kerosakan lebih awal dan kurangkan risiko kerosakan. Risiko terkandas dalam hujan akibat kegagalan servis kenderaan juga dapat dikurangkan.
5) Jaga kesihatan diri.
6) Berdoa
Mak selalu cakap, rugi tak berdoa semasa hujan. Sebab hujan antara waktu yang mustajab berdoa.
6) Berdoa
Mak selalu cakap, rugi tak berdoa semasa hujan. Sebab hujan antara waktu yang mustajab berdoa.
Take care of ourself & our vehicle and take extra precaution with others. Sama-sama kita berwaspada dan semoga Allah pelihara kita semua.
Aku buat semua yang dikongsi, tapi rasanya langkah yang paling proaktif adalah..... Balik pukul 4.30 petang sebelum pukul 5 petang.
Aku buat semua yang dikongsi, tapi rasanya langkah yang paling proaktif adalah..... Balik pukul 4.30 petang sebelum pukul 5 petang.
Yes, that beat all the steps ekekeke.
Terima kasih kongsi. Kadang rasa macam nak berenti tepi jalan ja time hujan lebat 😥
ReplyDeleteSamalah. Dia punya lebat tu memang buat takut.
DeleteHati2 memandu semasa musim hujan sekarang
ReplyDeleteTerima kasih wak. Sama juga ya, hati-hati memandu dalam musim hujan ni.
DeleteAduii takutnya kalau terkunci dalam office. Lagi-lagi dah tinggal sorang.
ReplyDeleteTak pernah tahu cara check bunga tayar pakai syiling. Selalu main agak2 je.
Selalunya kalau tengok pun dah dapat agak keadaan bunga tayar tu. Sama je kaedahnya :)
Deletesatu panduan yang hebat dan bagus untuk diamalkan..
ReplyDeletebiassa musim hujan..letakkan waspada tahap tertinggi
Setuju. Musim hujan begini kena bagi 200% perhatian berbanding biasa.
DeleteBab lampu emergency tu selalu nampak.. walhal bukannya ada emergency pun.. Patutnya pasanglah lampu.. barulah nampak..
ReplyDeleteBetul tu. Tak tau lah mana datang ajaran on emergency light bila hujan lebat. Hm.
Deletenow, kat melaka pun gitu.
ReplyDeletekalau hujan, lain mcm lebatnya. berangin!
siap banjir kilat di mana2 :( aduhai...
bab emergency light tu pun yes, mengelirukan.
diorang kena dpt ilmu pe sebenarnya guna light tu.
buat org lain dlm bahaya.
Kan. Emergency light tu tak tahu mana ajaran. Ramai pulak tu yg buat
DeleteLast week memang musim hujan setiap hari. Risau betul kalau hujan lebat masa drive. Lagi-lagi kalau kurang jelas penglihatan tu.
ReplyDeleteMinta-minta minggu ni ok sikit. Sekolah pun dah nak mula. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Delete