Riadah Pagi di South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang | Hai. Ini aktiviti biasa kalau anak buah aku balik bercuti di rumah mak. Mesti nak pergi main di taman permainan. Bukanlah kat kawasan rumah aku takde taman permainan, tapi itu versi kecik (katanya!). Heboh nak pergi taman besar.
Selalunya versi taman besar anak buah tu adalah The ParC di Setia Eco Hill Semenyih. Tapi taman tu kalau weekend dan cuti sekolah ramainya umat manusia!
Acik tak enjoy ok!
Acik perlukan space untuk main buaian jugak!
Jadinya aku bawa anak buah, sedang elok pula mak depa ada, sekali harung semua bawak pergi South Creek, Setia Eco Hill 2, Beranang pulak.
Sepanjang jalan nak sampai tu, Sarah asyik berzikir kat telinga "Acik Ira kata nak bawa pergi taman besar? Ini jalan lain?".
Biasalah ingatan diorang kalau taman besar adalah Taman Eco Hill 1 tu. Yang Eco Hill 2 ni pernah pergi tapi tak kerap. So acik kau buat surprise la kata nak hantar balik. "Cik Ira kata nak pergi taman besar? Taman rumah kita kecik".
Ye lah nak. Berzikir lah kat telinga acik sampai esok. Bagus jugak tolong cairkan taik telinga acik ni.
RIADAH PAGI DI SOUTH CREEK, SETIA ECO HILL 2 BERANANG
Sampai!
Eco Hill 2 ni playground dia condition masih cantik. Bersih. Khayra dan Sarah memang suka main kat sini. Dan kali ni bawa yang kenit ni.
Muka tak boleh blah! Kahkah.
Tengah bersedia nak melompat 😂
Baca juga : Makcik, Anak Buah dan Jerebu di Port Dickson
Pergi seberang kolam tu ada lagi mini playground. Kebetulan masa sampai takde orang, dengan aku-aku sekali masuk gelongsor. Nasib baik muat! Phew. Ingatkan sangkut nak kena panggil bomba. Syukurlah acik masih slim haha.
Comel benda alah macam basikal ni. Apa entah nama dia?
Jambatan cantik.
Aktif sangat yang kenit ni sampai basah kuyup baju. Rambut dah macam stail kelapa acik tengok 😂. Aku dah pernah cerita pasal taman ni sebenarnya masa mula-mula buka dulu. Masa tu laaaaagilah takde orang! Kami datang, kami balik rupa itu je pengunjungnya. But now dah makin ramai. Oklah tu kan.
Asyiklah test sticker camera
Life is sweet isn't it? (Sesweet orang dalam gambar atas ni *flip tudung)
Life is sweet when we know how to appreciate the smallest thing...called LOVE ❤️❤️
sweetnyer uoolss., hehehe
ReplyDeleteBagi can lah wak :D
DeleteCantik tmpat ni especially jmbatan tu
ReplyDeleteJambatan tu memang cantik. Kalau pandai cari angle mesti nampak lagi cantik :)
Deletebestnya, petang-petang beriadah spend time sama-sama. Comel je, kecik-kecik dah cute hehehe :p
ReplyDeleteKecik-kecik memang cute. Yang dah besar je tak cute. Dia jadi lawa. Eh :D
DeleteCantiknya taman ni.. Aunty pun terasa nak pergi taman besar ni 😆
ReplyDeleteJom, kakak bawak aunty jalan-jalan 😉
DeleteSelamat beriadah
ReplyDeleteIye wak. Selamat beriadah juga..
DeleteTempat ni cantik. Salah satu faktor untuk buatkan orang ramai rajin datang dan beriadah kat sini.
ReplyDeleteDan salah satu sebab lagi adalah... Orang tak ramai 😉
Delete