Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai | Hai, sambung lagi segmen makan-makan. Macam biasa, kalau lokasi mencekik bukan di KL, biasanya di Semenyih. Tapi kali ini, tempat yang aku makan ini bukan di Semenyih tetapi berdekatan dengannya, iaitu di Batang Benar, Nilai (Bertambah lagi senarai tempat makan best di Semenyih, Nilai dan sewaktu dengannya :)
PORT MAKAN KACANG POOL GEARBOX KAMBING DAN ROTI GOYANG DOUBLE DI NILAI
Dah lama sebenarnya teringin nak makan Kacang Pool dan Roti Titab. Ramai dah blogger yang kongsikan pasal Kacang Pool. Baik di Penang mahupun di Johor Bahru. Tetapi ralat, bila mana kedua-dua negeri tersebut, aku tak sempat nak cuba.
Sama juga bila baru-baru ini ke Penang, masih tak sempat cuba. Asyiklah makan breakfast hotel sebab breakfast hotel sedap! Hahaha. Tahu nama roti titab pula semasa AFB buat mini reunion di Ampang.
Ingat tak cerita Cari Barang dan Goodies Kenduri Kahwin di Nilai 3 baru-baru ini? Semasa makan tu, baru aku terpandang Kedai Semangkuk yang bersebelahan dengan kedai masak lemak cili api nogori ni. Dan....... Dalam menu ada Kacang Pool, Ais Kepal, Roti Goyang, Roti Titab!
Eh... Ada kat Batang Benar, Nilai sini je? Tak perlu terjah Penang lagi?
Kedai Semangkuk.
Sebelah kiri kedai masak lemak cili padi. Sebelah kanan ada mee celup, nasi ayam dan Tawau cuisine! Rasanyalah sebab baca menu ada nasi kuning ikan. Nanti nak tengok lagi.
Sini guna SISTEM LAYAN DIRI. Senang je cara dia. Pilih meja > Ambil buku menu > Tulis menu yang kita nak dalam kertas pesanan > Pergi ke Kaunter Bayaran > Bayar.
Settled! Nanti tunggu je pesanan sampai.
Tak tahu apa beza Kacang Pool JDT dengan Kacang Pool Gearbox Kambing. Tapi harga jauh beza :D
Masa datang tu, Laksa Claypot Udang Galah takde. Baru nak cuba.
Kaunter Bayaran
Kertas Pesanan
Jadi apa yang kami order?
Mee Bandung, Roti Telur Goyang (Bila sampai meja, tinggal 1 je yang masih bergoyang, lagi 1 dah terbaring kepenatan setelah selesai sesi dangdut) dan Kacang Pool Gearbox Kambing!
Kacang Pool Gearbox Kambing
Kacang Pool tu makan dengan roti eh? Baru aku tau, kahkah. Mula-mula waiter hantar Telur Goyang dan Mee Bandung. Terakhir baru hantar Kacang Pool dan roti kosong? Nak buat apa?
"Roti tu untuk kacang pool kak"
Kahkah. Maafkan akak dik diatas kebluran akak hal-hal makan ni.
RASA KACANG POOL?
Sekali sekala makan breakfast selain nasi lemak, lain machiam rasa dia, haha. Pada aku ok lah, just nice. Boleh makan sampai habis. And actually, licin mangkuk tinggal tulang je, haha. Oleh sebab pertama kali baru makan, tekak aku kata ok. Dalam kuah kacang tu, ada banyak isi daging. Dan kuah ada rasa manis-manis. Next time boleh makan lagi.
Telur Goyang.
1 lagi telur dah kepenatan bergoyang, tinggal 1 lagi masih juara.
Mee Bandung!
Kuah pekat, tapi hari tu kuah rasa banyak sangat udang kering. Tekak aku rasa sedap, tapi kalau boleh kurangkan udang kering lagi ok rasanya. Macam Eja dia tak makan udang kering, even kat rumah pun takde stok udang kering. Kalau nak masak meehon, rencah udang kering tu kita ganti dengan ikan bilis + ayam/sotong. Lauk udang is totally NO! So confirm Eja tak boleh makan mee bandung ni.
Kuantiti wise. Just nice portion untuk seorang makan.
Alhamdulillah. Kenyang.
Lain kali boleh datang lagi cuba menu lain pulak. Laksa & Bakso hanya ada bermula tengahari. Itu takpe, dah biasa makan. Yang nak makan lagi, ais kepal! Agak-agak meriah tak macam Ais Kepal Penang?
SEMANGKUK
Waktu Operasi : 8.30 pagi - 6.00 petang
Waze : Semangkuk Batang Benar
Uihhh tergoda tengok kacang phool kambing tu...tapi sejak dah Tau Ada alergik dengan kacang pool tu terpaksa tengok sajalah.
ReplyDeleteNice sharing
Alamak, ye ke?
DeleteTakpelah kalau ada alergik dah kena pantang lah. After all, health first ..
Cantiknya gambar. Makanan pon nampak sedap. Nanti kalau saya pergi rumah kakak kat Nilai, nak singgah sinilah.
ReplyDeleteHehe, nanti dah singgah update lah macam mana ye.
DeleteKacang pool ni kalau rasanya mmg padu makan cicah apa je pun sedap.
ReplyDeletekat kg akak pun jarang ada kacang pool ni. selalu dengar ada kat city gitu. JB.
Iye selalu di JB. Itu yang teruja bila ada dekat dengan rumah :)
DeleteTak pernah tahu kewujudan kedai ni. Boleh cuba kalau terlalu kat nilai tu. Mengoda betul tengok kacang pool tu. tapi tak makan kambing pulak.
ReplyDeleteVersi xde kambing pun ada 😉
DeleteOh ya? Boleh cuba nanti. Tq Sha :)
DeleteOrait 😉
Deleteasal gambar makan tak pernah tak menyelerakan dan selalu buat sy terliur hehe
ReplyDeleteSamalah kita hehe
Deletesisyat suka sangat dengan kacang pool..kalo g bangi memang selalu beli..hehe
ReplyDeleteBangi kat mana sis? Tak pernah tau ni...
Deletekenapa saya nmpk telur goreng tu warna hijau ek?? ;-)
ReplyDeleteEh, yeke? Telur goreng gambar yang mna?
Deletekacang phool gearbox?? wow menarik, kt nilai pun ada memang lain versi joho dgn penang.
ReplyDeleteApa bezanya dengan yang Penang Nina?
Delete