Siti
Nor Yuwana menangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 dengan resipi ibu dan masakan sendiri
Ingat lagi dengan Cabaran Raja Kuah Knorr 2017? Hah, bagi tahun ini, Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 telah melabuhkan tirai yang dimenangi oleh Siti Nor Yuwana Zulkifli, 35 tahun yang mempersembahkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam
Warisan Bonda dan juga dua hidangan ciptaan sendiri.
Pengendali makanan dari Kuala Lumpur ini juga menyediakan
hidangan Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak
Kicap Cara Saya untuk mendapat perhatian para juri dan berjaya memenangi hadiah
utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai
sebanyak RM15,000 dan hamper.
Siti Nor Yuwana berkata: ”Saya juga harus berterima kasih
kepada suami saya kerana mendaftarkan saya dalam pertandingan ini dan saya
tidak sangka saya akan menang sehingga kami berdua dapat menunaikan Umrah
bersama-sama dan juga menikmati hadiah lain!”
Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 sedang meneruskan usaha
untuk menghayatkan penghargaan baru untuk
hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia.
Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara
anjuran Unilever Food Solutions ini berfokus kepada masakan Melayu berkuah yang
mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu hidangan kari,
kicap dan masak lemak.
Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata:
“Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk
menambah selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap
usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr.
“Tahun ini, kami telah mengadakan perkongsian khas dengan
NSK Trade City, pemborong yang terbesar di Malaysia dan rakan ‘Cash &
Carry’ kita yang terbesar. NSK Trade City terkenal dengan pelbagai jenis produk
yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan seperti tin makanan, minuman, produk penjagaan
badan dan bahan pencuci. Ini hanyalah beberapa jenis produk yang dapat saya
namakan! ” Nusrat berkata.
Para juri sedang mencuba hidangan masakan oleh salah satu peserta.
Para juri yang mengadil termasuk chef selebriti Mohd
Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd
Hadzrin Mohd Din dan pengarang dari majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin telah
menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan
citarasa hidangan.
Penyertaan Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka kepada semua
rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi
hidangan berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan
lemak (kunyit dan santan) dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 10
penyerta dari seluruh Malaysia, termasuk 1 peserta dari Negeri Sembilan telah dipilih
untuk bertanding dalam peringkat akhir.
Pemenang lain untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 bertuah
termasuk:
Naib johan Fazerina
Ibrahim, 34 dari Selangor menerima tunai RM10,000 beserta hamper
Pemenang
ketiga Ali Zainuddin Adnan, 39, mendapat tunai RM6,000 dan hamper
7 pemenang saguhati menerima tunai RM1,000
beserta hamper
Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan
dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai
matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana
UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan,
meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari
sumber yang mampan.
rezeki diorang.. rm6k tu kalau ejulz kumpul ambil masa bertahun2 jugak tu. hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki diorang
Deletesy teringin nak msk pertandingan mcm ni tp apakan dayaaa...
ReplyDeleteKenapaaaaaaaa
Delete