Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan | Siapa ingat lagi cerita aku sebelum ni yang aku beratur macam nak rak nak beli rumah? Ala ada aku cerita sebelum ni, yang aku tolong Eja sebenarnya . Eja pertama kali nak cuba nasib beli rumah low-cost.
Tapi manusia maha ramai okay! Aku beratur hampir 4 jam! Semata-mata nak submit dokumen tapi akhirnya tak berkesempatan pun. Kuantiti rumah yang ditawarkan terhad, tetapi pemohon yang datang punyalah ramai. Aku risik dengan staf perumahan masa program tersebut, mereka pun tak jangka yang pemohon akan datang seramai itu. Beratur sepanjang 3 kilometer ya!
Susahkan nak memiliki rumah sekarang? Rumah kat Malaysia ni boleh dikatakan mahal! Nama gaji sebulan RM1,500 nak beli rumah? Aduhai. Susah sangat.
Tapi sekurang-kurangnya, sekiranya ada peluang dan agak mampu dari segi gaji, insyaAllah kita boleh cuba juga untuk membeli rumah. Be it rumah lelong, rumah baru atau rumah subsale, jika kena caranya pasti akan bertemu juga rumah idaman yang sesuai dengan bajet kita.
Pernah perhati sekeliling kita. Ada tak mereka yang benar-benar kesempitan? Yang amat memerlukan tempat tinggal untuk berteduh dari panas dan hujan?
Siapa pernah dengar pasal Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan? Kalau tak pernah dengar, aku cerita ya.
Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan adalah program inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan yang bertujuan untuk membantu golongan miskin bandar dan miskin tegar serta para asnaf untuk memiliki serta mendiami rumah yang lebih selesa.
Memiliki serta mendiami rumah yang lebih selesa?
Ya, Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan ini dimulakan dengan inisiatif untuk memberikan penerimanya peluang untuk mendiami rumah yang lebih selesa dengan membaikpulih kediaman dan juga akan menyelesaikan baki pinjaman perumahan penghuni tersebut.
Antara penghuni yang dikenalpasti untuk dibantu antaranya penghuni dan asnaf yang menghuni rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tidak mampu bayar sewa rumah serendah RM124?
Ada juga aku baca penyewa tidak mampu untuk membayar sewa bulanan rumah, yang hanya RM124 sebulan. Dengar macam pelik, RM124 pun tak mampu bayar? Macam rendah je sewa rumah tu kan? Kalau aku entah RM124 tu sekali shopping barang dapur je. Hehe.
Haaaaa, korang silap tau! Memang ada antara para asnaf yang benar-benar tak mampu untuk bayar sewa rumah serendah RM124 tu.

PROGRAM BAITI JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN

Kredit: Bernama
Aku terbaca di Bernama ada penerima program Baiti Jannati ini ibu tunggal, gaji hanya RM1,100 sebulan, kena sara mak dia umur 76 tahun dan juga 6 orang anak. 3 orang anak dia masih bersekolah.
Tahu-tahu lah kalau anak masih bersekolah ni, belanja memang tinggi. Oleh sebab gaji hanya RM1,100 sebulan, sewa rumah tu selalu tertangguh. Yang lagi sedih, bila barang elektrik rosak pun tak mampu nak repair. Dah macam tu, macam mana nak ada rumah sendiri, ye tak?
Tapi syukurlah sebab ibu tunggal ni antara yang terpilih dalam program Baiti Jannati, rumah yang dulunya disewa, sekarang dah jadi milik sendiri. Alhamdulillah. Selain pemilikan rumah, penerima program ini juga menerima bersama barangan elektrik seperti kipas, mesin basuh, langsir dan lain-lain.
Aku kalau dengar kisah-kisah sedih macam ni, memang kesian sangat. Kadang-kadang terfikir jugak, dalam zaman sekarang era digital, bidang pendidikan pun menghampiri Industrial Revolution (IR) 4.0, masih ada mereka yang benar-benar susah dan melarat.
To be fair, kadang-kadang ada yang tak tahu ada banyak program seumpama ini yang dijalankan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Kita sebagai masyarakat yang prihatin boleh membantu dengan menyebarkan dan memperkenalkan kepada mereka program seumpama ini agar mereka boleh dibantu.
Ada yang tak tahu pasal program Baiti Jannati ni? Ada tak yang tahu Klinik 1Malaysia buka sampai pukul 10 malam dengan bayaran hanya RM1? Ada tak yang tak tahu ada Program Bas Sekolah Percuma?
Please people, we have to help supaya mereka yang benar-benar tidak berkemampuan yang berpendapatan rendah, miskin tegar dan para asnaf dapat dibantu supaya dapat dikenalpasti dan dibantu melalui program Baiti Jannati ini.
Lets move toward better nations!
Sedih pula dengar rm 124 sebulan pun jadi sangat susah. Kita ni kadang tak fikir pun nak spend banyak tu
ReplyDeleteBetul tu. Kdg2 main beli je
DeleteBagus ada inisiatif begini & diharap berterusan..
ReplyDeleteTeringat tahun 2010-2011 masa team kami kerjasama dengan persatuan ibu tunggal setempat buat kelas ajar bina kedai online dengan platform Blogger.
Hasilnya, ramai yg terus menjana pen dapatan melalui blog sendiri, direct targeted sales melalui contents ;)
digital marketing skrg sgt meluas. Moga2 inisiatif begini sampai kpd target audience
Deletebagus kan ada program mcm ni ....
ReplyDeleteberharap sangat membantu golongan yg kurang bernasib baik ...
Betul tuuuu
DeletePengen sih, banget dan banget hehe
ReplyDeleteBagus program ni membantu mereka yang betul2 memerlukan
ReplyDeletealhamdulilah betul tu golongan asnaf yg betul2 x mampu patut diberi sumbangan mcm ni..lega dpt ringan beban..terbaiklah
ReplyDeleteAlhamdulillah... Dpt ringankan beban mereka yg memerlukan
ReplyDeleteInisiatif terbaik kerajan pada golongan yang tak berkemampuan
ReplyDeleteBagusnya program ini..baru tahu program untuk dapatkan kediaman bg golongan yang memerlukan.
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeleteDengan adanya program ni sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang memerlukan tu kan. Hidup di bandar besar belanjanya pun memang besar. Tapi itulah kudrat kita tak selalunya kuat huhu
ReplyDeletesmoga byk lg golongan asnaf dpt dbntu
ReplyDeletebanyakknya program untuk orang2 KL
ReplyDeleteSedih sangat bila baca kisah ibu tunggal yang terpaksa membanting tulang untuk menampung keperluan harian belum ditambah dengan perbelanjaan lain. Moga program macam ni diteruskan supaya golongan seperti ni tidak terbeban
ReplyDeleterasanya masih ramai yg x tau lg psl program ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah..ada yg perihatin dan dpt membantu mereka
ReplyDeleteBetul..ramai tak tahu ada program mcm ni wujud terutama di bandar besar macam KL ni..alhamdulillah bila sharing cam ni, ramai dpt info..at least kalau tahu ada sesapa yg boleh dibantu utk terima bantuan ni, kita boleh war-warkan...

ReplyDeleteBagus ada program macam ne
ReplyDeleteBagus ada program sebegini...dapat ringankan beban yang memerlukan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rumah ni keperluan asas. Moga semuanya mendapat te.pat perlindungan. 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur ada program bantu nasib yang memerlukan macam ni :)
ReplyDelete