Jom Pi Pasar | Dari kecil lagi, aku memang suka pergi pasar. Be it pasar malam, pasar siang, pasar ikan, pasar gantung sekalipun. Asalkan namanya, pasar beli barang dapur. Ikan, ayam. Barang dapur.
Jawapannya yes.
Dan rutin ini berlanjutan hingga aku dewasa, apabila berkelana ke bumi Sabah untuk posting pertama sebagai pengajar, pasar ikan dan pasar sayur masih aku terjah untuk dapatkan keperluan apabila mood rajin memasak tiba, haha.
Dan apabila posting kedua di semenanjung, rutin window shopping dan shopping di kawasan KL aku bawa juga.
Setiap hari aku lalui jalanan yang sama ke tempat kerja, ada masanya aku akan bertembung dengan suasana pasar pagi yang menawarkan pilihan ikan dan ayam segar, dan aku sedar ramainya suri rumah akan berada di situ untuk memilih dan membeli keperluan harian dan makanan untuk seisi keluarga.
HIDUP DI BANDAR
Aku harus akui yang kos sara hidup di bandar ini agak tinggi.
Sebentar aku rephrase.
Sememangnya tinggi! Hidup di bandar besar memang tidak akan lari dari jem, tol dan sebagainya. Nak berjimat, sememangnya memasak sendiri adalah langkah yang paling praktikal.
Pernah dengar tentang Program Jom Pi Pasar?
Jom Pi Pasar adalah program yang dimula dan dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyantuni keluarga berpendapatan rendah untuk meringankan beban kaum ibu, suri rumah dan golongan berpendapatan rendah yang menetap di bandar dalam menghadapi situasi kos sara hidup yang tinggi di masa kini.
Menerusi program Jom Pi Pasar ini, setiap bulan di beberapa lokasi pasar tertentu, 150 hingga 300 orang pengunjung terpilih akan menerima kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan yang diperlukan.
Program ini telah dilaksanakan bermula April 2017 lepas dan telah melibatkan beberapa pasar di sekitar Kuala Lumpur.
Baru-baru ini pun di pasar tempat aku menawarkan 3 jenis sayur dengan harga hanya RM5. Ada kupon RM20, dapat juga berjimat membeli, kan?
Usaha DBKL ini untuk membantu masyarakat, khususnya di Kuala Lumpur seharusnya diperluas untuk dinikmati lebih ramai rakyat. Dan personally, aku agak jeles juga dengan warga KL, macam-macam inisiatif DBKL untuk warganya. Antaranya Program Jom Pi Pasar ini, Bas Sekolah Percuma dan Kad Ceria.
Melalui program ini, selain meringankan kos sara hidup, pendekatan positif ini diharapkan dapat mendorong peniaga dan pengeluar makanan untuk turut sama menurunkan harga di pasaran dan tidak mengutamakan keuntungan semata-mata.
Dengan sambutan positif pengunjung juga, terutamanya suri rumah yang gembira dengan program ini, dengarnya Program Jom Pi Pasar ini akan diperluas lagi. Baguslah!
Good initiative should spread to others. The more the merrier!
Jom Kita Pi Pasar!
Jawapannya yes.
Dan rutin ini berlanjutan hingga aku dewasa, apabila berkelana ke bumi Sabah untuk posting pertama sebagai pengajar, pasar ikan dan pasar sayur masih aku terjah untuk dapatkan keperluan apabila mood rajin memasak tiba, haha.
Dan apabila posting kedua di semenanjung, rutin window shopping dan shopping di kawasan KL aku bawa juga.
Setiap hari aku lalui jalanan yang sama ke tempat kerja, ada masanya aku akan bertembung dengan suasana pasar pagi yang menawarkan pilihan ikan dan ayam segar, dan aku sedar ramainya suri rumah akan berada di situ untuk memilih dan membeli keperluan harian dan makanan untuk seisi keluarga.
HIDUP DI BANDAR
Aku harus akui yang kos sara hidup di bandar ini agak tinggi.
Sebentar aku rephrase.
Sememangnya tinggi! Hidup di bandar besar memang tidak akan lari dari jem, tol dan sebagainya. Nak berjimat, sememangnya memasak sendiri adalah langkah yang paling praktikal.
PROGRAM JOM PI PASAR
Pernah dengar tentang Program Jom Pi Pasar?
Jom Pi Pasar adalah program yang dimula dan dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyantuni keluarga berpendapatan rendah untuk meringankan beban kaum ibu, suri rumah dan golongan berpendapatan rendah yang menetap di bandar dalam menghadapi situasi kos sara hidup yang tinggi di masa kini.
Menerusi program Jom Pi Pasar ini, setiap bulan di beberapa lokasi pasar tertentu, 150 hingga 300 orang pengunjung terpilih akan menerima kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan yang diperlukan.
Program ini telah dilaksanakan bermula April 2017 lepas dan telah melibatkan beberapa pasar di sekitar Kuala Lumpur.
KUPON RM20 KEMPEN JOM PI PASAR
Pada aku, kupon RM20 ini, walaupun dilihat kecil nilainya, tetapi besar manfaat membantu keluarga berpendapatan rendah. Kalau kena gaya berbelanja, insyaAllah dapat beli macam-macam di pasar.Baru-baru ini pun di pasar tempat aku menawarkan 3 jenis sayur dengan harga hanya RM5. Ada kupon RM20, dapat juga berjimat membeli, kan?
Antara Program Jom Pi Pasar tahun lalu di Cheras