Pernah kah kita lihat kanak-kanak tidak berminat dengan buku? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku, dan membelek-belek buku yang dipamerkan lebih-lebih lagi buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.
#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.
ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU
*Dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami, Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.
*Dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini dihasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.
*Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.
*Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.
*Memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu ,dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan nya tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.
*Buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca, tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.
MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
*Mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih
*Mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan
*Ilustrasi yang comel dan berwarna warni
*Harga mampu milik, hanya RM3 sebuah
*Saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak
*Cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni
* Didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk
Untuk dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dengan melawati blog salah seorang pelukis ilustrasi #projek100buku ini di www.housewifearts.blogspot.my.Untuk maklumat lanjut tentang buku #projek100buku boleh juga ikuti laman sosial pelukis ini di:-
FACEBOOK
INSTAGRAM
Buku-buku #projek100buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku milik Karangkraf.
menarik ni...
ReplyDeleteMemang menarik :)
Deletemenarik sangat ni.
ReplyDeleteMenarik :)
DeleteTq sha..
ReplyDeleteWelcome. Semoga lebih ramai anak-anak kecil yang berminat membaca bermula dengan koleksi buku ni :)
Deletemenarik..boleh usha-usha ni
ReplyDeleteUsha jangan tak usha. :)
DeleteComel2 je buku dia.colorful
ReplyDeleteYup, sebab utama colorful untuk attract minat kanak-kanak yang suka warna-warni :)
Deletebagus ni..
ReplyDeleteBoleh bagi present dekat anak buah :)
DeleteWah, menarik nie ^-^
ReplyDeleteMemang menarik. Sesuai sangat untuk anak-anak yang baru nak mula membaca =)
Delete