Selamat hari Sabtu ! Selamat berhujung minggu ! Selamat bersenang lenang atas katil membuta sampai tengahari ! Kahhhhhhhhh. Walaupun hari ni weekend, dan biasanya aku tak hupdate blog weekend tapi hari ini aku paksa juga jadi gagah perkasa memerah otak buat ayat 3 juta patah perkataan untuk cabaran hari ini.
Bercakap pasal cabaran. Hari ni dah masuk hari ke-3 Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA berlangsung. Hari ke-3 dari 7 hari. Boleh baca untuk Cabaran Hari Pertama dan Kedua. Hari ni punya cabaran adalah perkara wajib buat setiap hari. Kemonlah. Cabaran senang ! Kehkehkeh. Tapi, dalam soalan-soalan senang pun, jawapan dia gempak ! Kompem korang tak akan sangka yang ini jawapan aku.
Jadi, apa perkara aku wajib buat setiap hari?

Masuk jamban lah ! Haha
Ok. Perkara ini memang sangat penting dan wajib buat setiap hari. Kalau tak buat atau ter-miss sehari pun. Aduh, dah jadi macam pungguk rindukan bulan. Muka kelat masam je. Hari ku rasa tidak ceria berwarna-warni Nippon Paint lagi. Kalau kawan aku lagi jahat. Kalau tak menjamban hari tu, muka kau dah jatuh kategori muka tahi ! Kejam betul statement T_T
Aku terfikir pasal benda ni bila tengah sakan borak dengan Amal. Sebab sekarang aku tengah consume GreenAard capsule. Kesan dia memang canggih ! Superb ! Sehari 2-3 kali memerut. Dah macam marathon ke jamban aku cakap. (Matiklah yang tengah makan baca entry pasal jamban =D). Amal kata, dia kalau dapat memerut sekali sehari pun dah besar rahmat. Selalu selang 2 hari baru dapat memerut. Eh. Apakah fenomena keperutan ini memang sepatutnya jadi perkara wajib kita?
Jadi, meh sini aku list-down kebaikan memerut mengikut jadual setiap hari, bukannya jadual berkala yang perlu diselenggara sebulan atau setahun sekali.
1) Perut rasa lega dan badan rasa ringan
2) Muka kurang jerawat. Silap hari bulan penyakit jerawat boleh sembuh
3) Elak perut buncit. Bye bye spare tyre
4) Elak masalah kembung angin
5) Berat badan mudah turun
6) Tak jadi pemarah
7) Tidur lebih lena
dan bla bla bla ....lagi kebaikannya.
Bila buat setiap hari, ditambah pulak 2,3 sesi setiap hari nescaya hari kita akan jadi macam ni..
Smile ! Dah tak muka tahi dah !
Peringatan: Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca merasa mual nak muntah mahupun terkeluar nasi goreng patayya semasa makan gara-gara entry ini. Sekian.
Ni memang perkara wajib.,sehari tak buat tak sah.haha
ReplyDeleteBetul. Tak buat sekali sehari kompem sakit kepala ! Hewhewhew
Deletehahahhahaa.. lawak la entry ni Sha.. "muka tahi" tu kejam sangat tauuu... hahahaha.. :p
ReplyDeletetapi betul tau.. Kevin Zahri pun pesan mesti membuang setiap hari.. seelok-eloknya 2 kali sehari.. ;)
Betul bha kak. Kawan sha selalu guna ayat tu kalau nampak muka muram sendu gitu, haha
DeleteEh, sama macam rutin yang Zumal lakukan juga ^-^
ReplyDeleteRamai lagi yang sama, hehe
DeleteJangan masuk jamban kena pangkah yer ^-^
ReplyDeleteAs salam..
ReplyDeleteDatang BW ke sini dari segmen menyahut cabaran 7hari EFGKBBA..done folo ;)
Haha..betul..kalau tak ke jamban sehari, muka macam hapa je..nak buat keja pun x best..
hahahahaaa...muka tahi tu tak leh blah...nasib baik tak makan lagi...masak pon belum..boleh cari mood makan masa masak japg
ReplyDeleteNasib mummy belum masak. Kalau tak terus spoil nak makan. Larikkkkkk :p
Deletesha memang nak kena..nasib baik smile tu manis..
ReplyDeleteJom terjah PERKARA WAJIB BUAT SETIAP HARI | Cabaran7Hari
betul! tanpa jamban siapalah kita hahaahahah
ReplyDeleteTanpa jamban sengsaranyaaaaaaaa .....:p
Delete