Resepi Biskut Pelangi @ Rainbow Cookies @ Biskut Lidah Kucing | Macam - macam pula nama biskut ni kan? Haha. Aku selalu panggil biskut lidah kucing. Tapi, rasanya lidah kucing tak ada pun kalerful macam biskut ni? Kehkehkeh. Jadi, Biskut Lidah Kucing a.k.a biskut Pelangi lah pula.
Resepi nak buat Biskut Lidah Kucing a.k.a Biskut Pelangi ni senang gilos. Sap sap soi je dah siap. Bahan yang digunakan pun konpem korang kenal. Tak akan salah punya lah.
Kitorang buat biskut ni bersama-sama dengan anak-anak istimewa sempena Majlis Tautan Kasih kolej. Cari biskut raya yang mudah, yang tak akan membuatkan anak-anak istimewa ni penat sangat. So, korang pun mesti boleh buat. Piece of cake lah! Ahaks =D
RESEPI BISKUT LIDAH KUCING / BISKUT PELANGI
BAHAN-BAHAN:-
250g mentega
170g gula kastor
100ml putih telur
200g tepung gandum
50g tepung jagung
1/4 ts emplex
Pewarna merah, kuning, hijau, biru (warna suka hati)
Loyang khas lidah kucing
CARA BUAT:-
1) Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
2) Pukul mentega dan gula kastor didalam mixer hingga berkrim.
3) Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kuap balik dengan spatula sehingga rata.
5) bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
6) Masukkan pewarna untuk setiap bahagian.
7) Masukkan adunan yang telah diwarnakan ke dalam piping beg yang berlainan mngikut warna.
8) Potong kecil hujung piping beg.
9) Gris loyang lidah kucing dengan mentega
10) Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut warna dan corak yang dikehendaki.
11) Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 25 minit (Suhu dan masa bergantung kepada oven).
12) Sesudah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan.
13) Pastikan biskut tidak hangus dengan memastikan suhu dan masa pada oven adalah bersesuaian. Kalau dah hangus nanti warna pudar, nampak tak cantik.
Kawan-kawan yang semangat belajar buat Biskut Lidah Kucing. Siap guna nozzle nak paip keluar adunan tu, kehkehkeh.
Aku tak buat biskut. Aku jadi tukang sukat tepung dan jaga oven je.
Bak kata diorang "Shahira je yang tahu biskut dah masak ke belum"
Ceit.
Muka konsentrasi tinggi keluarkan loyang lidah kucing.
Hilang dah semua bedak. Nampak pulak jerawat kat pipi T_T
Biskut Lidah Kucing suka hati bentuk dia. Sebab paip atas loyang biasa, bukan loyang khas lidah kucing tu.
Nampak tak warna macam pudar? Hah, itu contoh kalau terlebih masa bakar biskut.
Petang lepas habis kursus, kolej buat Majlis Berbuka Puasa. Dapatan dari kursus bersama anak-anak istimewa tu, selain anak-anak istimewa bawa balik, kami bungkuskan dalam bekas sebagai cenderahati kepada jemputan khas kolej.
Senyum lebar, nampak nau tembunnya pipi. Haish T_T
Selamat mencuba. Yang pasti, kalau buat biskut ni, budak-budak kecik mesti suka. Satu sebab rasa dia sedap lemak-lemak manis gitu. Dua sebab kalerful meriah. Tapi jangan kata budak-budak, mak budak pun suka! Hahaha. Cubalah ye =)
wahh rainbow.. xpenah makan lg biskut lidah kucing ni
ReplyDeleteBoleh cuba makan nanti. Sedap jugak :)
Deleteahaks...tolong jaga oven je...boleh lah
ReplyDeleteBolehlah kan, dari tak tolong ape-ape, hiks :D
Deletemenarik sebab colorfull kan.. hehehehe..
ReplyDeletekak ain dah pernah makan, memang sedap dah bila dah start makan susah nak berhenti.. :p
Betul tu. Sebalang pun susah nak berenti, hehe :D
Deletepun nak try juga tahun ni..ray tahun ni mesti ada biskut lidah kucing ni
ReplyDeleteEkekeke. Habihlah balang kuih KG penuh dengan kuih warna-warni. :)
DeleteEmplex turn apa
ReplyDelete