Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama | Drama yang sedang bersiaran di TV2 pada jam 9.00 malam setiap hari Selasa hingga Khamis ini menampilkan pelakon terkenal Yana Shamsudin, Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin dan Iskandar Zulkarnain.
Mengambil inspirasi keindahan negara Bosnia, sebanyak 50% penggambaran dibuat di sekitar Sarajevo, Bosnia Herzegovina. Drama ini juga menampilkan gabungan drama Korea Selatan dan Jepun yang pastinya akan menarik minat penonton.
Mengambil inspirasi keindahan negara Bosnia, sebanyak 50% penggambaran dibuat di sekitar Sarajevo, Bosnia Herzegovina. Drama ini juga menampilkan gabungan drama Korea Selatan dan Jepun yang pastinya akan menarik minat penonton.
Drama: Kalau Hati Ini Rama-Rama
Masa siaran: 9.00 malam (Selasa, Rabu & Khamis) RTM 2
Pelakon: Yana Samsudin, Iqram Dinzly, Iskandar Zulkarnain, Zarina Zainoordin, Norish Karman, Hafidzuddin Fazil, Syed Ali, Qazem Nor, Aida Ruyati, Anne Abdullah, Wak Dol, Jojo Admi
Pengarah: Izzman Hafiz
Terbitan: Sazawan Supply Sdn Bhd
Sinopsis Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama
Kisah mengenai Nur yang mencari kerja di Kuala Lumpur namun tidak
berjaya. Setelah dia selesai salah satu temuduganya, Nur ternampak
sebuah dompet di tandas ketika bersiar-siar di sebuah kompleks membeli
belah. Dia cuba menghubungi pemilik dompet untuk memulangkan kembali
kepada pemilik asalnya iaitu Munirah Arshad, iaitu isteri kepada Zubir
dan juga ibu kepada Iskandar.
Munirah terharu dengan sikap Nur dan menyarankan suaminya Zubir agar Nur
diambil bekerja di hotel mereka. Akhirnya, Nur diambil bertugas sebagai
Pegawai Khidmat Pelanggan. Pada masa yang sama, Iskandar berpisah
dengan tunangnya Vee, seorang dramatis terkenal. Vee didakwa ada
hubungan sulit dengan pelakon lain dan heboh dilaporkan media. Iskandar
yang kecewa meminta ibunya mencarikan jodoh dalam masa yang terdekat
dengan niat untuk mengajar Vee.
Oleh kerana Munirah memang sukakan sangat dengan Nur, maka Munirah
menjodohkan Nur dengan Iskandar menjadi suami isteri. Namun begitu,
Iskandar tidak ikhlas dengan perkahwinan tersebut hanya sekadar untuk
mengajar bekas kekasihnya Vee. Vee pula meroyan bila dikhabarkan
pernikahan tersebut kerana dia masih memerlukan Iskandar untuk duit. Vee
berazam untuk memiliki semula cinta Iskandar dan perkara itu dikesan
oleh Munirah.

Munirah dan Zubir menghantar Iskandar dan Nur untuk mengambil alih
sebuah hotel di Bosnia dan dibantu oleh sepupu Iskandar iaitu Emir. Di
sinilah bermula insiden-insiden di antara kedua mereka.

Jangan lupa saksikan Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama setiap hari Selasa hingga Khamis jam 9.00 malam di RTM 2. Dah nak habis dah oii. Rugi tak tengok =)
Selamat berpuasa Sha.
ReplyDeleteSelamat berpuasa PCL =)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete