Assalamualaikum. Nak share resepi pembuatan tartlet (cheese & fruit tart) yang aku attend as pembantu penceramah itu hari. Read (Cerita kursus pembuatan tartlet (cheese & fruit tart). Resepi ni memang sempoi, kompem jadi. Tak jadi, sila nangis sorang-sorang. Bhahahaha. :D
RESEPI TARTLET (CHEESE & FRUIT TART)
a) Bahan-bahan pastri:
170gm butter
50gm gula ising
50gm gula ising
1 biji telur gred C
290gm tepung gandum
b) Inti keju:
250gm cream cheese
50gm gula ising
1 biji telur
Blueberry filling
c) Inti kastard:
50gm instant custard
150gm fresh milk
Buah anggur, kiwi dan peach
CARA-CARA MENYEDIAKAN PASTRI
- Pukul marjerin dan gula. Masukkan telur dan putar lagi.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga doh menjadi lembut (Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh).
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. (Sekiranya acuan tart besar - Cucuk dengan garfu sebelum dibakar)
- Bakar pada suhu 170 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI KEJU
- Keluarkan cream cheese 20 - 30 minit sebelum digunakan. (JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik).
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur. Putar lagi.
- Masukkan blueberry filling ke dalam kulit tart.
- Masukkan adunan cheese ke dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam kulit tart tadi.
- Buat corak diatas adunan cheese dan bakar selama 10 minit pada suhu 160C menggunakan api atas bawah dan letak dekat rak bawah.
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI KASTARD
- Putar instant custard dan fresh milk hingga berkrim.
- Masukkan adunan kastard ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam kulit tart.
- Hias dengan buah-buahan.
SELAMAT MENCUBA :)
ish kalau sis JM x boleh nk buat lah jenis x sabar
ReplyDeleteAish tak cuba lagi, tak tau. Mana tau sis JM buat menjadi? Corak pon bombastik fantastik melastik? :)
Deletesedapnya..bole try ni nanti :)
ReplyDeleteTry dayah, jangan tak try. Dah buat, pos kat akak ye :D
Deletesedapnya..
ReplyDeleteSedap Eyda. Masa bakar tu, bau dia semerbak satu kolej, hehehe ^^
Deletewah..nak try juga ni bulan puasa ni
ReplyDelete