Pernak terfikir tak, kenapa entry yang kita buat, walaupun skop tajuk yang sama dengan orang lain, tapi enjin carian tak jumpa? Ataupun duduk di page Google yang belakang-belakang? Page 5, 6 malah ada yang di page ke 10. SEO tak cukup mesra alam ke?
Macam blog aku pun, bila aku post entry, memang ada orang yang baca. Mesti. Tapi, persoalannya di sini, ramai ke idok? Kalau 10 orang per entry yang baca? Alahai. Silap hari bulan, yg 10 orang tu lalu je, jeling sikit, click close. Dushhh. Sakitnya tuh disini.
PERIKSA SKOR SHAHIRA'S BLOG
![]() |
Keputusan skor Shahira's blog |
48% peratus aje? Tak sampai separuh 100% pun. Kalau dalam exam, markah gini dah dapat C- ni. Cencorot betul T_T. Faktor SEO atau Search Engine Optimization yang lemahlah menyebabkab blog kita kekurangan trafik. User tak dapat jumpa blog kita. Sebab apa? Robot crawler yang bertanggungjawab mencari keyword-keyword yang berpadanan dengan hasil carian tak mesra. Gaduh. Tak sebulu. In fact, tak tau pun korang wujud. Aduhai. Ini lah yang aku alami a few back year back. 2011. sekejap je blogging, kecewa
"Kenapa tak ada orang pun nak datang blog aku. "
Sob sob sob *sambil kesat-kesat hingus*
JADIKAN BLOG KITA LEBIH MESRA ENJIN CARIAN
Macam mana nak jadikan blog kita lebih mesra SEO? Ada banyak tips dan cara, semuanya boleh dapat dari hujung jari. Just click and search. Tapi, dalam kes aku yang buta IT, FAIL sungguhla nak buat. Seminggu menggodek internet, ubah-ubah coding pun tak berjaya.
Luckily, in our group #exchangefeedgroup, ada orang tolong improve coding template aku supaya lebih mesra SEO. Dan hasilnya, taraa
![]() |
Keputusan skor SEO Shahira's blog setelah penambahbaikan |
Sudah 100% blog aku mesra SEO. Tapi, penulisan juga perlu mantap. Ada seni penulisan SEO yang aku perlu berguru dengan otai-otai #exchangefeedgroup. Dah semangat berkobar-kobar macam jumpa Running Man tepi jalan. Ahaks ^^
Boleh periksa skor SEO blog korang kat sini : Chkme.com. Kalau skor <80%, itu dah dikira tahap lemah. Jadi, marilah kita sama-sama memperbaiki skor blog dan juga mutu penulisan supaya karya yang berkualiti dapat diberikan kepada pengunjung. *Cewwah, ayat karangan SPM ni. Kertas 2 karangan* Ekekeke.
Till then, assalamualaikum.
Terima kasih singgah & baca entry ini ^^
Tahniah Cikgu Sha, pasni kita sambung teknik seo pula ye..In Shaa Allah..:)
ReplyDeleteIye Kak Ana, tak sabar saya nak berguru dgn akak ni, sifu :)
Deletepenulisan SEO ni sebenarnya mudah je...kena Rajin praktikkan aje..semoga kita smua berjaya :)
Deletesekarang dah ada pengganti HH :D
DeleteHH versi gigirl :)
DeleteTahniah..
ReplyDeleteMacam mne cara nak exchangefeedgroup erk :)
Cik Candy whatsapp je no kat banner tu. Nanti, admin Kak Irra akan guide. Senang aje. Moh ler Cik Candy :)
Deletejom join cik candy :D
DeleteJom2. Mmg kena join ni. Huhuuu nak tingkatkan trafik blog ni. tadi cheak pakai Seo tu dpt keputusan yang frust. Dah mcm result SPM plak rasa :p
DeleteAdoiyai, dah serupe SPM feeling dia eh? Kalau gitu, dah capai tahap harus join family ni. Jum! Cik Candy dipaksa masuk ni, ekeke :D
DeleteHebat...Alhamdulillah
ReplyDeleteMana ada hebat bonda.Baru nk start enjin ni. Huhu. Ini saja nk share dgn orang lain.
DeleteAssalam shahira, terima kasih sudi bertandang d teratak sis JM tu. Selamat berkenalan. Tahniah kerana blog mesra SEO, pengalaman awal dulu sis JM tulis blog mmg x d kenali sendiri tulis sendiri komen huhuhu
ReplyDeleteMesra baru -baru ni aje. Itu pun org yg tolong. Kalau tak, mau duduk sorang2 la agaknye :D
DeleteDone! Follower 105
ReplyDeleteTq ^^
Deleteyeayy dah 100%. hebat :D
ReplyDeleteEwan #efg yang hebat. Akak mintak tlg dia je, hehe :)
Deletesemoga #exchangefeedgroup memberi manfaat kepada semua ahlinya...ehee ahli jela kan..tak jadi ahli camano nak kenal...Jom jadi ahli!
ReplyDeleteJom jom jom, vrooom vrooom vrooom ^^
Deletedah check 32%.. banyak penambahbaikan nak kena buat.. tapi kekangan masa juga membatskan jugak..
ReplyDeleteBetul, kekangan masa. Sha setuju. Macam Sha ni, bertuah sebab ada orang bantu, tu yang cepat sikit kerjanya :)
Deletekena belajar dari yang pakar laa.. kena take time jugak laa..
DeleteBetul setuju alhamdulillah semua ahli dah 100% Mesra SEO.
ReplyDeleteMobile Friendly
yang best juga sentiasa bersaing update entry
Iyup, terima kasih untuk otai-otai yang banyak bantu. :)
Deletewahh dah 100% dah...cool :D nnt nk try check2 blog kite plak... :D
ReplyDeleteJum Aisya, try check2. Mana tau 100% gak? Weeeehuu :)
Deletemakin ramai blogger yang pentingkan seo sekrang ni
ReplyDeleteSha pun baru aje tau pasal SEO ni. Itu pun geng-geng EFG yang bagitau :)
DeleteTahniah Shahira, moga terus sukses yer ^-^
ReplyDeleteThanks Zumal. Zumal pun sama, keep blogging & terus sukses :)
Delete