Semenjak bermastautin di Tawau atas alasan kerja, eheh, aku dah pandai masak sendiri, kalau-kalau masakan di kedai tak menepati citarasa, seperti yang aku nak. Sebagai contoh, kebanyakaan kedai di Tawau, banyak menawarkan menu ala-Indo. Tapi, selera aku, ala-ala semenanjung, seperti asam pedas, masak lemak cili api. Peh. Sodap kan. Dah lah tekak nogori sembilan, lagi lah. Nak yang bersantan dan pedas aje.
Seafood Segar di Pasar Ikan Tawau | Jadi, nak tak nak, kadang-kadang kalau dah teringin sangat, masak aje lah. Bedal, sedap tak sedap, yang penting masak sendiri. Faktor kewangan pun memainkan peranan juga. Selalunya, tengah bulan mesti duit, errr, agak kering. Poket makin menipis. Ini semua gara-gara shopping tak ingat dunia di awal bulan T_T. Pun, masak sendiri adalah pilihan yang tepat untuk berjimat.
Jadi, selain shopping di "the only Giant in Tawau", tempat yang paling best nak shopping barang-barang masak ni adalah di pasar. Sebut pasal pasar ni, kalau dulu, aku lah orang paling susah nak pergi pasar (Kalau pasar malam no. 1 Bhahahaha ^^), sekarang, aku jadi orang yang paling eksaited nak ke pasar. Nak borong ikan, sotong segala. Jadi, pasar mana aku selalu pergi? Ofkos..
PASAR IKAN TAWAU
Pasar Ikan Tawau terletak berdekatan dengan jeti dan bersebelahan Pasar Tanjung Tawau. Kalau parking di depan Pasar Tanjung pun, keluar aje kereta, peh, semerbak bau laut dan ikan. Padahal, ada lebih kurang 500m lagi nak ke sana. Dahsyat tak? Bau ikan yang menarik-narik, ekekeke :D.
Kalau pergi, make sure pakai track suit & selipar jamban je. Dan make sure selipar tu tak licin, sebab, the lantai, very-very the licin weh. Rasanya, boleh berskating di atas tu, kalau orang tak ada :D. Pergi pasar hari tu, sebab cita-citanya nak masak asam pedas ikan jenahak. Pergi pasar dengan yakin, cari ikan jenahak, padahal rupa ikan tu pun aku tak tahu T_T
Jalan-jalan macam pelancong eksaited ambik gambar, untuk kali keseploh. Hari tu, geng #exchangefeedgroup ada tanya
"Mahal tak harga ikan-ikan kat Tawau tu?"
Err, tengok gambor, then nilai, mahal ke murah, atau sama aja harga dia ye :)
Udang kertas saiz XL rasanya. RM15.00 / kg
Udang harimau RM25.00 / kg
Udang ni saiz L
Ikan buntal pun ada jual :D
Tak tahu cara masak dia macam mana. Tapi, memang banyak dijual kat pasar ni, dan rasanya orang Tawau ni memang terer siang ikan buntal dan buang racun dia. Ikan buntal ada racun kan? Ke aku silap? T_T
Ikan pari yang lagi besar dari dulang. So kena potong by slice. RM10.00 / kg
Sotong katak besar lengan RM 16.00 / kg
Aku ada jugak saje - saje picit-picit sotong ni. FRESH lagi woh. Buat goreng kunyit sodapnye. Nyum nyum nyum. Kalau nak sotong yang saiz biasa, macam kat semenanjung tu, ni hah, kat bawah ni.
Sotong saiz normal :D RM4.00 / kg
Ikan kerapu tu aku selalu bawak balik rumah KL. Masa mula-mula bawak tu, mak tanya
"Berapa harga ikan ni Ira?"
"Err, ntah, Ira main beli aje"
Keh keh keh. Memang aku main beli aje selalu. Tanya harga sekilo gitu-gitu aje, terus decide beli. Maleh nak compare-compare harga ni. Nanti tengok kedai sana lagi murah, meroyan pulak, ekekeke :D
First time beli ikan kerapu, lepas tu asyik beli aje. Seploh kali balik setahun, seploh kali jugak bawak balik. Last-last, depa bosan. Asyik ikan kerapu aje T_T. Jadi, sekarang, request untuk ikan jenahak pulak. The problem is, ikan jenahak tu acaner? Tapi, keyakinan mesti tinggi, tak tahu pun buat-buat tahu. Kita jalan-jalan & tanya.
Yes, itulah kunci kejayaan. Sekali penjual tu pun blur, ikan jenahak semenanjung? T_T
Ikan tak tahu, tapi besar ikan ni. Kena baling kat muka korang, nescaya fengsan terus.
Ikan kembong mata besar. RM5.00 / kg.
Ikan sardin RM8.00 / kg.
Bagi aku dah mahal dah RM8.00 ni. Sebab biasanya, harga dia RM5.00 atau RM6.00 aje. Sekarang musim ikan kecik kurang kat Tawau. Tu yang harga naik sikit. Biasanya murah-murah aje. Ikan besar-besar dengan udang yang tengah in-musim sekarang.
Ikan cencaru @ jaket RM5.00 / kg.
Masak ikan cencaru bakar sumbat sambal kelapa, alahai, sedapnya. Huhuhuhu. Kena masak sendiri gamaknya bila teringin macam-macam ni T_T
Kan best kalau dapat yang pandai masak macam EL? (Tapi, wujud ke orang cenggitu in real life? Dunia novel memang wujud pun T_T. Tak kisah lah, berangan memang tak payah bayar kan, kita teruskan berangan, hihi)
Ikan kayu @ tongkol besar baby baru lahir. Wahwahwah. Berani nak makan tak godang gitu? Hihi
Ini yang kita cari. Ikan kembong RM6.00 / kg. Biasanya, diorang jual 3kg = RM10.00 aje tau. Ni kali musim ikan kurang. Nak cari ikan ni aku pusing pasar tu mau 3 kali, baru perasan sebab 1 penjual je yang ada jual. Tokey gerai tu susun ikan kembong ni stail comel. Ikan berdiri together-gether, face-to-face, awww. Swiit angat. Kehkehkeh.
PASAR TANJUNG TAWAU
Keluar dari Pasar Ikan Tawau, kitorang ke Pasar Tanjung, terletak bersebelahan aje dengan Pasar Ikan tu. Nak beli stok sayur. Tapi, kat sini, aku tak ambil banyak gambar sangat pun. Ade lah sekeping dua.
Kat sini, sayur agak murah. Sebab, kebanyakan sayur, kalau tak dibawa dari Kundasang, kebanyakan penjual tanam sendiri sayur diorang. Macam tomato ni, hanya RM2.00 / kg.
Tomato yang dalam gambar ni, bentuk dia tak bulat macam tomato biasa tu. Berbentuk agak lonjong, dan tak berapa juicy dan masam. Tomato biasa yang memang bentuk bulat seperti di semenanjung tu ada, tapi agak mahal sebab diimport dari semenanjung. jadi, alternatif untuk masakan yang ada tomato, boleh aje guna tomato lonjong ni :)
Tomato gonjeng lonjong RM2.00 / kg
Nantini model cili.
Yang bestnya, cili kat sini ada banyak jenis. Berbeza ikut tahap kepedasan. Yang kawan aku pegang tu, kecik aje saiz dia. Dalam 2 cm aje panjang. Tapi, ya ampun, pedasnya, berpinar kepala, berdesing sampai telinga. Aku pernah masak sup, pehtu masukkanlah 3 biji cili. Bila makan tergigit, nak menangis rasa. Terus pening kepala sekejap. zzzzzzzzz
Itu yang orang kata, kecil-kecil cili padi, kehkehkeh ^^
Boleh baca entry : Mencari barang persiapan Untuk Kursus Pendek kalau nak tahu apa yang bestnya Pasar Tanjung ni.
Kalau korang datang nak bercuti / saja jalan-jalan Tawau / Semporna, datang naik MAS tau. Sebab, bila balik, naik MAS boleh bawak barang basah (ikan, udang semua), tolak dalam kargo. Tak ada masalah. Kalau AA, diorang tak benarkan. Korang hanya boleh bawa hand-carry 7kg sahaja barang basah.
Tapi, itu kalau nak bawak balik lah :)
TQ singgah & baca entry ini ^^
Wah segar gile kitew tengok..
ReplyDeleteNanti kalau kitew nak pergi tawau boelh tak awak jadi pemandu pelancong kitew.
hehehe.Ikan buntal memang ada racun..suami kitew jer yang pandai buang racun dia
InshaAllah boleh Fida, datang lah Tawau, hehe :)
Deletemurahnya Sha..kat sini jangan mimpi lah dpt udang,sotong harga macam tu,ikan pun segar-segar,seronoknya.. ;)
ReplyDeleteTakpe Kak Ana, meh Sha hantar lobster masuk dalam mimpi ye, ekekeke :D
Deleteperghh, pasar tawau ni mmg heaven utk peminat seafood kot..1st time tgk gmbr 'live' ikan buntal hehe
ReplyDeletebanyak2 gmbr ikan tu, yg akak kenal, ikan kembong sardin & cencaru je huhu (sadis)
Sebab Sha duduk Tawau, baru jumpa ikan buntal 'live', ekekeke :D
DeleteTapi Sha pun kenal ikan - ikan yg akak sebut tu je, yg 'rare' macam jenahak, alu-alu, errrrr, kena tanya orang. Kalau orang tipu pun Sha percaya je T_T
saya org sini.. kak sha.. macam lama dah rasanya kaki ni tak jejak kat pasar ikan tawau. hahaha selalu masuk pasar tanjung ja..
ReplyDeleteAik, orang Tawau pun dah lama tak pegi pasar ikan tu? Ni mesti ada port lain yg lagi best, ehehe. Kat mane? Kat mane? Share lah Dayah :)
Deleteikan buntal pun ada? first time tengok ni
ReplyDeleteAda. Kalau sesekali pergi, dapat jumpa pulak siput yang cengkerang dia besar. x tau nak masak macam mana tu :D
Deletemurahnya ! udang tu menggoda ;)
ReplyDelete#ExchangeFeedGroup
Kak sha.. nk request sotong aci tak... macam murah aje rege dia kat sana
ReplyDeleteBoleh je nak request. Nanti akak hantar gambar, hehe
Deleteperghhhh besar ikan pari tu . banyak jugak pilihan pasar ni
ReplyDeletePasar besar Tawau. Mana tak banyak pilihan, hehe
Deletemuranh nya lah hai harga2 ikan dan sotong tu...ishh...rasa nk pindah ke sana je..terutama sotong tu Rm4 sekilo?
ReplyDeleteMai pindah sini sis JM. Hehe
Deletewah murahnya.. itulah member yang pernah tinggal di sana, diaorang cakap barang basah nih murah.. jangan yang dah siap masak, agak mahal skit..
ReplyDeleteMuerah sikit lah dari harga semenanjung. Yang rajin masak memang untung & jimat lah :)
Deleteassalam sha...nanti sy dtg tawau boleh escort n rekomen kt mana nk borong ikan udang yaa..bole payong seafood kan..haha..pm me k
ReplyDeleteNak rekemen kat mana nak borong seafood no problem je. Piece of cake, hehe
DeleteNak tahu musim udang bila di tawau..bulan berapa tq
ReplyDeleteHi dear, sorry for this late reply.
DeleteSy pun x pasti bila musimnya.