Tadi, sebenarnya, aku nak google syarikat lama aku sebelum aku dapat kerja di Sabah ni. WSA Engineering. Tapi, tengok-tengok, ter'google' JTEKT Automotive pulak. Haish. Tangan lagi laju dari otak. Miscommunication antara organ dalaman sendiri, ekekeke :D
Jadi, apa kaitan JTEKT Automotive dengan aku? Hehehehe. Actually, itu tempat masa aku Latihan Industri (atau nama glemer Internship) masa zaman-zaman study dulu. Tahun 2009 - 2010 kalau tak silap. Rumah aku jauh, kat Beranang nun, tapi dapat pulak tempat LI kat Shah Alam. Hadoi. Fengsan. Nak tolak dan cari tempat lain dah tak sempat. Banyak-banyak company aku hantar permohonan, JTEKT aje yang accept aku. Yang lain semua reject. Agaknya, gambar kat resume tak cukup gojes? Ataupun resume aku yang hampeh? Hmmm. Deep thinking ni T_T
Tapi, LI kat sini best actually. Dapat pulak bos yang sempoi, brader-brader yang supportive, alhamdulillah, cepat aje 3 bulan setengah masa LI tu berlalu. Tengok-tengok, eh, dah habis LI lah. Masa untuk kembali ke sekolah semula T_T
Masa LI, aku ditempatkan dalam Maintenance Department. And I'm the only girl alive dalam department tu. Ada lagi 1 orang student yang sama-sama intern, dari UPM Serdang, tapi lelaki lah. So, korang dapat bayangkan, macam mana jadi budak pompuan duduk dalam department maintenance?
Tak dapat bayangkan? Gud. Aku pun sama :D. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh survive, tapi yang pasti, aku survive :)
Internship kat sini, aku banyak belajar. Masa diorang repair & buat preventive maintenance pada machine, they didn't allow me to do the thing. They just explain, kalau ada masalah gini, apa yang kita kena buat. Kalau ada tanda-tanda gini, apa yang kita kena tengok. Kalau nak tukar bearing, jenis-jenis bearing apa yang sesuai. Tapi, semua diorang buat. Sebab, I'm a girl. Huh, kecewa jugak. But, what to do. Follow the flow aje lah (Kalaulah diorang tahu in the end, aku kena repair machine jugak kat sini, mesti menyesal kenapa tak bagi aku touch & do the work back then :)
Tapi, macam tu pun banyak belajar okeh. Ingat lagi, ada satu minggu tu, kitorang ditugaskan untuk jaga water plant kat belakang kilang. They teach me how to read the water pH, How to balance the pH. Bersihkan kawasan tu.
Ada jugak masa kitorang kena bersihkan dan repair balik air gun yang line gunakan. Sekali tu, banyakkkkk gila air gun yang kena repair, kitorang pulak amatur, buat 2,3 air gun pun masih ada masalah, Lever Gun tu sangkut. Ouch. Masa tu rasa
Eh, bebal bebenor aku ni T_T. Kata belajar tinggi? 10 tingkat bangunan?
That's how we learn. Either the hard way, or the easy way. Macam aku, er, ada masa susah, ada masa senang (Masa senang sebab kenyit-kenyit mata sikit, hahaha, puih. nampak nau tipu nye, ekekeke :D). Dan ada banyak lagi sebenarnya. Tapi malas nak taip, ekekeke.
Masa LI tu aku ada tahu sikit-sikit pasal Kaizen. Kamban. Tapi tak berapa masuk otak sangat. Tiba-tiba masa aku interview kerja kat Rawang, dapat pulak soalan mengenai Kaizen. Peh. Menggagau nak jawab. Tulis kat resume macam terer benar. Padan muka. Haha.
Kenapa ye aku cerita semua ni? Kenangan 5 tahun lepas? Sebab tu lah, nak cari benda lain, keluar benda lain. Yang keluar gambar ni
Aku selalu parking kereta kat belakang tu dulu
Meh sini, belanja dulu gambar-gambar dulu-dulu.
Ni gambar masa last day LI
Masa nak repair mesin ape ntah ni, dah lupa, hehe. Main tutup-tutup muka pulak
Drilling ke ape ye ni? Tak ingat pulak. Tapi, sebelah tu ada mesin CNC Cutter tau. Yang fully automatic. Kitorang rasmikan mesin baru tu dengan buat bidak chess.
"Nothing last forevers but it forever remains a memory"
TQ to JTEKT Automotive (M) For the opportunity. Special thanks to Maintenance Department for the sweet memory. :)
P/s: Pernah jugak terjumpa Assistant Manager JTEKT masa Totota Supplier Club kat Shah Alam. At that time, dah kerja kat WSA as Kaizen Exec. Yang terkejutnya, diorang ingat lagi. Wahhhh, terharunya rasa. Tapi sekarang, maybe dah tak ingat kut? T_T