Siang tadi, nenek bising-bising, bunyi pertuturan pulak dalam bahasa yg aku tak berapa paham. Puas lah aku tanya, apa nenek nak? Dunno je. Siap buat kening double jerk lagi tu. Adoiyai -_-
Sebenarnya, sejak nenek sakit ni, memang pertuturan pun dah kurang jelas. Memang kena pasang telinga betul-betul, jelas-jelas, baru dapat tangkap apa yg nenek cakap. Tapi, dapat pulak cucu ala-ala pekak macam aku, haru sungguh la. -_-
"Nenek nak ngombeeee".
Serius, ini satu perkataan yg aku tak paham. Bahasa KL mana yg nenek guna ni? Ngombe? Kombe? Ketombe?
"Nenek nak ngombe. Nak ngombe. Nak ngombe" .
Masa bercakap ni, suara nenek dah naik seoktaf. Cucu sebal ni masih x paham. Ngombe tu apa? Adoi, parah parah. Acaner ni?
Dah menggelabah ala tenuk dah aku. Aku tunjuk kuih, bukan. Tunjuk tv, bukan jugak. Haish.
"Ngombe tu minum"
Kata-kata Puan Emak dari atas tangga. Aku pandang atas, dongak, nampak mak tengah sengih-sengih.
"Oh, minum rupenye" -_-
Kesian nenek aku, haus. Tapi speaking bahasa jawa dengan cucu ala-internasional-tak-paham-bahasa-lain selain-bahasa-KL. Huhu.
Rasanya, lama sikit je aku duduk jaga nenek, aku dah boleh letak dalam resume, bahasa jawa sebagai bahasa ketiga. Terima kasih. ^_^
Post a Comment
Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)