Resepi Masak Lemak Nenas Dengan Ikan Masin Paling Mudah | Assalamualaikum.
Makan apa lunch hari ni korang? Ehem. Aku makan lauk mak masak hari ni. Masak lemak nenas dengan ikan masin. Sedap giler. Siap bertambah-tambah lagi nasi. (Lepas tu komplen bertambah besar duduk rumah, kahkah)
With ❤️❤️ from Beranang. Masak lemak nenas dengan ikan masin. Eheh.
Aku tengok mak masak senang je? Potong-potong bawang, tumbuk-tumbuk cili & serai, perah santan. Masukkan nenas & ikan masin. Eh, dah siap. Semudah 1,2,3. Bahan-bahan pun senang, siap boleh petik belakang rumah.
Bila mak masak, sedap.
Bila aku masak, cara yg sama jugak, kenapa tak sesedap mak masak?
Resepi Masak lemak nenas dengan ikan masin
Nah, resepi mak aku yg simple ala gonjeng, tapi sedap nak pengsan:
Bahan-bahan:
- Santan
- Nenas 1 biji (potong kecik-kecik)
- Ikan masin 3 ekor (ikan duri, yg dah dipotong-potong)
- Serai 2 batang (dititik)
- Bawang kecik 3 ulas
- Cili padi 7 biji ditumbuk (kalau nak lagi pedas kick berapi, tambah lg)
- Garam
- Serbuk kunyit
Cara masak:
- Campurkan serbuk kunyit ke dalam santan. Gaul-gaul sampai sebati dan dapat warna yg sesuai. Aku letak 2 sudu kecik serbuk kunyit.
- Masukkan bawang, cili padi, serai ke dalam santan tadi. Kacau-kacau, pastikan santan tak pecah.
- Bila santan dah menggelegak, masukkan nenas & ikan masin
- Kacau-kacau selalu.
- Tambah garam untuk perasa kalau tak cukup masin.
- Siap.
Dah siap. Semudah 1, 2, 3 kan? Yang tengah kerja tu jangan jealous okeh!. Sila siapkan kerja anda. Lepas tu, baru boleh balik kampung, request feberet dish dekat omak.
masakan mak mmg torbaekk. takde sape blh lawan hehe
ReplyDeleteKan. Masakan mak memang thorbaik. Itu lah yg dirindu bila duduk jauh. Huhu
Deletegulai lemak ikan masin nenas makan dengan nasi panas terangkat :)
ReplyDeleteTerangkat pinggan? Aha;)
Deleteterangkt pinggan tuk tmbh nasi kali ke-2,3...hahahaharu!!
DeleteBetul tu RN :D. Pehtu kompelin, duduk rumah badan makin besau. Padahal tak sedar sendiri yang makan banyak, ekekeke :D
Deletefuh tengahri macam ni bila tengok masakan ada nenas ni buat kecur liur je..sedap ni antara lauk feveret MJ gak..
ReplyDeleteHihi. Lauk ni memang jadi feberet ramai orang :)
Deletedappnye.... air tangan x sama, tu pasal rasa lain...hihih
ReplyDeleteItu lah, rahsia air tangan kan? T_T
DeleteWah sedapnya, dah lama tak masak ni. Minggu ni boleh cari barang la hehe
ReplyDeleteSila-sila. Jangan lupa masak ye =)
Delete