Sembur perfume bila balik kerja?

Monday, September 29, 2014

Korang pakai perfume ape? Yang mahai, yang murah? Yang sedang-sedang? Botol dia gemok-gemok? Atau kuruih-kuruih? Atau baru nak pegi belek perfume?

Tak kisah la kan. Perfume cap Avon ka, Mary kay ka (aku lettew), tak pun Jlo, kahkahkah, (aku jugak lettew), biasanya kita pakai time pagi nak pegi keje kan? Or time nak pegi kelas atau kuliah. Kannn?

Menurut pandangan aku serba-serbi rabun, memang 99% kita wanita gojes ni memang berwangi wangi super harum time pagi-pagi. Bila punch card pagi tuh, perghhh, harum semerbak, sampai hujung koridor pun boleh bau.

Kalau student pompuan kat kolej aku pulak, wangi semerbak sampai tersumbat hidung masa lepaih solat zohor. Atau lepas lunch. Perhh, time tu, rasanya kolej boleh jimat duit tak payah beli perfume jamban dah!

 Ade 1 lagi senario yang quite new to me. Ehem. Sembur perfume time balik keje? Ohemg. Betul. Cik adik pekerja kebersihan yang comel lote berwangi wangian. Cik adik tu semua muda-muda bergetah lagi tau!

Kesimpulannya disini, perfume memang sesuai dipakai bila-bila masa, hatta balik keje pun. Akal tak berapa tinggi aku pun tanya menyuarakan persoalan aku melalui mulut to a fren.

"Kan pakwe dia jemput, nak pegi dating. Kompemla kena wangi-wangi"

Dem. Patut lah takdak orang berkenan. Perfume pon tak pakai. Tapi, jangan kan kata boifren, asam boi pon tadak.!

Beli Perfuma JLo

Saje nak tunjuk, Jlo ni tak pandai habis. Hihi





Read More

Miss, nak coklat lagi.

Tuesday, September 23, 2014

Hari ni masa nak mengajar kat kelas, terfikir nak buat something different la. Feel too lame mengajar macam biasa, mengajar guna white board / power point. So, aku come up with an idea, bagitau my collegue,

 "Apa kata kita buat explorace hari ni?"

Yes, betul, explorace, ala yang macam selalu tengok tu. Running man pun salah satu acara explorace jugak. Tapi yang aku buat ni, explorace sambil belajar. Kenapa sambil belajar? Sebab tajuk soalan yang ditanya semua berkisarkan topik pembelajaran hari ini. Siap ada tambahan acara cari - mencari soalan lagi dalam bengkel. Tapi kertas yang aku sorok tu banyak pulak yang hilang. Student aku ni lagi ramai yang pandai dari aku. Puih.

Sebenarnya, idea ni datang sebab aku tension, sepatutnya student kelas aku ni kena present something. Tajuk, skop kerja semua dah diberi. 2 minggu yang lepas pulak tu. Tapi, bila aku masuk kelas hari ni, tak siap pun presentation slidenye. Bila suruh present, tulis / lukis kat whiteboard, gagap-gagap plak. Haih. 

But, don't stress up. Memang macam ni realiti kat kolej sekarang. Kena faham dan tahu, yang latar belakang student kita tak sama macam kat tempat lain. Mentaliti diorang pun lain. So, the only conclusion is, accept the fact and find the countermeasure. Tu yang aku rasa, why not kita gunakan sikit kudrat dan ransang daya pemikiran student kita ni? Hihi. Afterall, they're not weak, they just does'nt realise their strength yet.

Umpan dengan coklat yang aku beli kat Langkawi hari tu, reward, siapa yang paling cepat siap, dapat coklat paling banyak. Perghhhhh, kelam kabut semua buat soalan. Yang bawak buku, bukak buku, yang ade smartphone, search kat internet. Boleh nampak usaha diorang walaupun belum 100%. 

Tapi ade kelemahan cara aku hari ni. Yang aku perasan, student aku, they tend to copy their friend's work, tak fikir pun salah ke betul. Pehtu, bila dah search kat internet, they got too many information kan? So, they just blank. Tak tau mana satu yang betul, jawapan yang sesuai dengan soalan, atau tak. Mata diorang nampak macam itssss soo confusing. Macam tu la.

Yang aku pulak, kemain semangat sorokkan kertas soalan terakhir, konon nak buat ala-ala Running Man, last-last aku yang terkejut. hilang weh kertas tu semua. Tak tau la siapa yang amik atau sorok. Aku sorok 4, yang jumpa 2 jek. kalau la RM pun jadi kes gitu, hahahaha, pucat muka nak habiskan penggambaran.

Tapi, kesimpulannya, kena mantapkan cara pengajaran aku. Aku kena lebih kretif nak menarik minat pelajar kepada sesi pengajaran mcm ni. Aku pun faham, kalau duduk, dengar je pensyarah mengajar, yang pandai, inshaaAllah lekat ilmu tu, yang kurang serius macam aku, alahai, kalau masuk 50%pun dah unbelievable. Agaknye, sebab itu lah Allah takdirkan aku mengajar kat sini. Aku pun dulu 2 X 5 memeningkan kepala pensyarah. Hihihi. 

Pelajar ni bukan tak pandai,they just need something to boost their minat, kecenderungan. Tak semestinya dengan wang ringgit, harta bende, sometimes benda-benda kecil macam pujian, ambil berat yang lebih berbekas dihati. Cewahhhh. Lagipun, kepandaian dan kebijakan dalam pelajaran tu suatu bonus, bila moral dan keperibadian yang positif tu tinggi. Dan aku yakin student aku semua bermoral tinggi Inshaa Allah.

Akhirnya, jawapan yang aku dapat hari ni.......

"Miss, nak coklat lagi" >,<


Read More

Jemputan ke Nuffnang Premier Screening of The Equalizer, tapi tak dapat pergi.

Monday, September 22, 2014

Wahhhhh, sikit punya panjang  tajuk, punya la nak bagitau, dapat jemputan pergi Premier Screening cerita The Equalizer, atau dengan kata lain, dapat tix wayang free weh. One (1) pair lagikk. Oh, sungguh gembira.Kut la orang nampak aku macam jakun sangat, dah macam gaya orang utan, but bear in mind babe, This is the first time kut dapat tix free macam ni. So, over excited. Oh yeah:)

But, the excitednye pudar, macam warna baju aku bila basuh guna mesin basuh. Sebab ape? Meh aku listkan:
  1. RSVP to confirm your attendance by 12:00pm, 21st September 2014 (Which means today, 22 September aku baru bukak email, baru perasan, dan terlewat jawabnye)
  2. A ticket collection counter will be opened at 8.00PM till 8.45PM at the cinema lobby.           So, dimanakah cinema lobby tersebut?
  3. TGV 1Utama @ 24 September 2014   

                                                                                                                            
Aku nak kabor la nih, sekarang ni, aku kan pemastautin tetap Tawau. How come nak terbang pegi 1Utama collect those free tix? Walaupun hati nak pegi woo. Jadi, nak tanya la ni kan, tix free from nuffnang ni, boleh kita pass kat orang lain tak? Means, orang lain (Kak @ adik @ sepupu sepapat) yang redeem pegi tengok wayang tersebut. Boleh? Macam rugi pulak kan burn tix free walaupun pehtu dia bagi tix ni kat orang lain. So? 


Bro Denzel Washington yang jadi hero >,<

Pegiiiiiiii la tengok, then kabor kat aku ye, jangan lupa tau!

By::
Tawaurian yang kejauhan
Read More

Teachers or cheaters?

Friday, September 19, 2014

Tak pasti surat khabar ni tarikh berapa hari bulan, but the month is September 2014. Persoalan mengenai guru, samada betul atau tidak guru itu betul-betul mendidik atau penipu.

Mengajar dengan mendidik adalah benda yang berbeza okeh. Nak bagi senang faham macam ni. 
  • If one is hungry we give him fish = mengajar. Hanya ajar bagi dia makan ikan. Suap je. Setiap hari bagi ikan
  • If one is hungry, we dont give him fish, but we teach him how to fish, so that he can continuosly adapt and fully utilize the skill for the future = mendidik. 
So, in response from the articles, someone comes up with this ( but not sure who's wrote it)


 Yes, we are cheaters!!

Kadang-kadang, orang lain tak faham. Tugas cikgu @ pendidik ni berat. Tanggungjawab tu besar. Kalau student tak perform dalam kelas, even jawab soalan salah walaupun dah ajar banyak kali, we cannot scold them. Kena praise, puji, encourage them. Tu belum masuk kerja-kerja lebih @ luar masa selain masa sekolah just to teach them. Dan they do this bukan sebab hipokrit @ appraisal from others, tapi sebab cikgu memang hati luhur macam tu.

Tapi memang tak dapat dinafikan, memang terdapat segilintir manusia, berlindung atas nama cikgu, buat kerja menipu macam hal kertas UPSR bocor ni. Kenapa tak semua cikgu tu mulia? Sebab cikgu pun manusia. Tak tahu lah, samada they too eager to let their student pass, or entah. Just cant get the answer. Tapi, plisssss la, kertas UPSR kot, bukan SPM. Tak mati pun kalau tak pulun UPSR. 
Tapi, pengsan mungkin kalau tak dapat masuk SBP sebab UPSR hampeh.


THERE IS NO SHORTCUT IN LIFETIME LEARNING.  BE WISE.



 

 


Read More

Kalau orang cantik hensem mesti pasangan dia hensem cantik juga?

Thursday, September 18, 2014

Ini yang aku nak habaq ni, soalan cepu cemas. Mesti ke orang yang cantik, dapat pakwe hensem? Atau lelaki hensem, body tough dapat girlfriend atau isteri cantik cun melecun?

Sebab sekarang ni la kan, dalam intenet, mostly Facebook, ramai benar yang suka komen ala-ala pandai otak kepala lutut, tapi bercirikan PHD. Tau PHD? Bukan phylosopher doctorate ye, tp yg lagi satu tu. Kahhhhhhhhhhh

Antara komen yg biasa  aku nampak la kan, biasanya dekat page retis, takpun orang bajet retis....


Situasi 1:: Makwe cantik gebu gebas terbabas, tapi pakwe kureng sikit, kuruih plak tu.
Dialog / komentator :: Ni mesti pompuan tu nak harta laki tu je.



Situasi 2:: Pakwe hensem gilos, body ala-ala body builder gitu, senyum manis sampai semut pun potong kaki, tapi awek
Dialog perasan cantik :: Eleh, ni ,mesti pompuan ni kaya. Dah banyak tolong masa susah, nak balas budi le tuh tepaksa kawen. Baik pilih aku. Aku lagi kayap!



Situasi 3:: Sama-sama cantik. 
Dialog sedar diri:: Ala, bertuahnye dapat yang hensem comel cantik gitu. Jodoh betullah. Nak kena risik petua ni. Untung-untung dappt jugak gitu. Eheh ;p

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Eh, please lah, yang korang dengki sangat tu apehal? Baca cerita orang, baca je la, kalau nak komen, komen la yang baik. Ini tidak, komen nampak sangat jeles orang hepi gembira, sekali baca pun dah tau, ni jenis-jenis otak kepala lutut je ni. Tak payah ambik port la. Buang karan je layan orang meroyan. Layan dragon ball lagi ade faedah. Hahaha


Ni, sebab kebabooom bombastikanya drama TV3 pukul 7 tu , ramai pulak yang meroyan tido tak jatuh katil, mandi tak kuyup, makan tak 5 pinggan, gara-gara hero dia hensem. Tapi, yang aku tak paham, awat korang kutuk pilihan hati die? Eh, sukahati dia lah, kalau kat mata dia dah itu sempurna untuk dia, siapa korang nak judge?

Ada orang kata botak itu seksi, ada bulu-bulu dada pon seksi gak. Aku kata tak. Malah, aku pening sikit kalau orang bald ni. Berpinau mata. Haha (mati la kalau ade  org terasa, personal opinion ye, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun da innalillah)

Jadi kesimpulannya, cantik tu subjektif, kalau esok-esok ade orang puji kata comel, jangan pegi pelangkung pulak. Mungkin niat pemuji tu suci? Haha.

'BEAUTY IS IN THE EYES OF THE BEHOLDER'

Cewah, speaking pulak. Kbai.
Read More

Pemanggang ajaib Pulau Langkawi

Wednesday, September 17, 2014

Pemanggang ajaib Pulau Langkawi | Tak pasal-pasal aku pon terjebak sopping beli pemanggang ajaib ni. Haha. Kuasa internet la ji, maklumat dihujung jari, klik-klik sikit.......puinggggggg, keluar terus  everything. Termasuklah, pemanggang ajaib, super duper ajaib untuk orang pemalas cam aku. Kahkahkah.

Beliau berupa begini


Nmpk plastik aje? Hihi, ekceli aku tak amik gambo pemanggang tu pon. Eksaited sampai kotak pon tak bukak, padahal belikan bg pihak akak aku. Tp, rupe die mcm ni, cuma aku punya tinggi dia 48cm, dan penutup atas dgn bwh boleh asing. Yg dlm gmbr hasil 'google'an ni dia built-in skali. 36cm punya.


Tapi ya ampun, berat dia, mau lenguh jugak nak heret. Cara-cara aku beli sebijik je, yg mkck2 kaya banyak $$$ shopping siap sampai 3, 4 biji, pehhhh, tabik spring gua. Makcik memang osem!!;)

Oh ye, aku beli brand Haji Ismail Group (HIG). Sbb murah sikit dari vantage ( cheapskate). Tapi mungkin jugak faktor rabun, aku tak nampak, mana pulak brand Are-ikan yg super famos amos. Ditambah pula (eceh, kata penghubung bombastik sgt) dipromote oleh towkey kedai, oohhhh, tipah terpedaya kak. Ekceli, katanya lah, brand hig ni manufact from the same factory as are-ikan. So, kalau betol, dah sama kualiti, tapi lagi murah, prefer yg murah la. Cheapskate & penjimatan sangatttt.


Balik rumah, mak sangat eksaited ok, terus masak ikan kerapu kukus limau. Tukang masaknye aku >.<
Ok, tak perlu mention.

Hasil die?...《《《《《《《Jadi uuuuu. Ikan masak sekata sekejap je. Dlm 5 minit je. AMAZING. (reaksi jakun sekejap). 
Risau jugak tak brape masak isi ikan, sbb aku letak punya tebal godang ikan sbb malas nk potong kecik, but the result SUPERB.

Ok, tak puas hati lagi, esoknye masak pulak ayam masak kicap. Ayam tak payah goreng pun, humban je semua dlm tu, baik kicap, blackpaper, karet, kobis bunga, bawang, asam keping. Tutup dia, pehtu pegi buat keja lain. Dalam 10 minit mcm tu, masuk dapur balik, bukak penutup pemanggang, taraaaaaaa》》》》》dah siapppp. Ayam masak, lembut, kuah pun tak melekat u oll. Tak pyh guna minyak ponnn. Sihat;)

Suka hati korang nk beli brand ape, yg penting korang tahu ape korang nk buat dgn bende tu. Jgn beli sebab bende tu in-trend skrg, so berdesup beli, beli plak yg mahai, vantage @ happy call, konon, i mesti jaga standard. Last2 x guna wat masak pon. Simpan dalam lemari, buat jadi tempat tinggal tikus je. 

Aku dah cukup puas hati dgn brand  ni. Inshaa Allah, bulan 12 ni pg langkawi lagi, vacation dgn family, beli lagi, sbb mak macam addicted masak guna magic pan ni. Haha. Aku x dapat komisen eh promot beriya mcm ni. Tapi, ini adalah testimoni berjaya magic pan hig. Haha.

Rega yg 48 cm = RM99, yang 36 cm = RM69 masa aku pg hari tu. Esok2, x tau la kalau naik harga, turun. Tengok sendiri la ye. Tapi, kalau korang masuk Kompleks HIG  atau Idaman Suri, make sure poket penuh. Sbb perasaan menyawan kompem dtg bile tengok harga set pinggan mangkuk, sudu, garpu, dulang, aihhhh, byk la<<<<<<<<<ini khas utk org biasa harga kl


Bende alah ni boleh buat masak kek, roti jala, ikan bakar ( ofkos yg ni tujuan utama), masak lemak cili api, rendang, pizza, byk lahhh. Cari je dlm internet, melambak resepi, fb pon ade. Pehni, oven dan sewaktu dengannya mogok, khidmat direhatkan buat sementara waktu.

Shopping shopping jugak, masak jangan lupa. Yeyyyyyyy



Read More

Langkawi Day Trip

Thursday, September 11, 2014

Langkawi Day Trip | Hari Ahad minggu lepas aku and the gang berkunjung ke Pulau Langkawi. Bangun awal pagi weh, dalam sejarah sarapan awal semenjak berKIPA nih, 7.00 pagi dah turun sarapan.. Selalu pukul 8.00 pagi baru menjelma kat dewan makan. Pengaruh shopping bebas cukai la katakan, hihihi

Kitorang bertolak dari UUM naik prebet, term ni famos amos lah dgn bebudak u. Aku bukan budak, aku tinggi dan godang sikit dari budak kihkihkih. Brader prebet yang hantar kitorang senyap semacam je. Konfius aku, kitorang yang patut senyap, ke brader drebar yang malu malu biawak?

Perjalanan dari UUM ke Jeti Kuala Perlis ambil masa dalam 45min~1jam. Tambang yg dikenakan RM50. Oh, lupa nak bagitau, kalau nak ke Langkawi, ada 2 cara, samada dari Jeti Kuala Perlis atau Jeti Kuala Kedah. Ikut sesuka hati nak ikut tang mana, yang pasti kedua -duanya sampai jugak ke Langkawi.

Tambang feri dari Kuala Perlis RM18 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak. Murah ke idok? Hehe. Dan perjalanan lebih kurang 1 jam macam tu. Aku tak berapa sedar, naik feri, lepas tengok cerita, terus membuta. Sedar-sedar je dah sampai. Senang hihi.

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Tiket dewasa, tapi nak kata kanak-kanak lanjut usia pun bolehhhh.

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis

Welcome to Langkawi uols. Ohsemnya keluar dari terminal jeti, kitorang rush beli tiket balik dulu. Takut lambat, semua tiket habis, minum ayor laut la gamaknye. Kaunter tiket Langkawi berada di belakang KFC & Kenny Rogers. Uoll nanti carik je 2 kedai ni, kat seberang jalan, tapi pastikan keluar dahulu dari bangunan terminal jeti tu, kalau tak, sampai malam pun tak akan jumpa.
 
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis

Agenda utama, jeng jeng jeng :

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Shopping di Kompleks Haji Ismail Group (HIG) lah.

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis

Datang sawan aku tengok coklat banyakkk giloss. Aku yang tak makan coklat pun merempan beli coklat sampai 2 ratus. Mataiiii, sapa mau habiskan ni? Jadi, hasil tangkapan hari tu adalah :

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Coklat

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Pemanggang Ajaib brand HiG

Coklat yang sedap nak mampus (Kagi, Loacker, Pepero) semua sedaplah, sebab aku pandai pilih kahkah dan pemanggang ajaib brand HiG (tokey sendiri mengayat mokcik-mokcik beli pemanggang ajaib, katanya sama kilang dan kualiti dengan brand are-ikan)

Tapi memang kelengkapan memasak kat sini memang besttttt. Menyawan sensorang kalau bawak duit tak cukup nak shopping. Pening weh nak korek tang mana lagi nak dapat duit, macam aku.

Ada banyak lagi tempat shopping selain HiG, antaranya :
1. Idaman Suri (ini pon famos amos, banyak design & harga untuk barang dapur)
2. RAMS
3. The Zon
4. Langkawi Mall

Pilih-pilih, jangan tak pilih, yang penting jangan lupa bwk duit okeh!

Untuk day traveller macam aku, lagi senang kalau guna perkhidmatan sewa kenderaan. Dan kitorg dapat sewa Perodua Viva, dengan harga RM40 je. Quite cheap la for a day. Kalau belum sewa kereta, jangan risau cik kak, cik abang, sebab keluar je dari bangunan terminal, kompem korang akan dipujuk rayu oleh perayu kereta sewa. Haha. 

Pilih, tapi make sure pilih yang reliable. Sebqb ade banyak kes, pelancong ditipu kaw-kaw punye harga sewa. Padahal rate biasa, Viva / Myvi RM40~60. Kalau Mpv RM100, Sedan RM70~80/ day. Tapi kalau dapat yag lebih murah rezeki la tu.

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Ehem, awat duk terkangkang tu cik kak?Tak bedung kaki ke?

Kitorang tak sempat berjalan pun, shopping je sempat. Ambik gambar Dataran Lang pun dari jauh, dari terminal jek. Dataran Lang dengan terminal pun sebelah menyebelah je pun.

Balik naik feri jam 7 malam. The last one. Perkhidmatan feri adalah setiap 1 jam rasanya. Tapi kena masuk awal la, ala-ala kat airport. Sebab feri kat sini very punctual. Lambat ko tinggal. Berenang la balik Perlis.

Tapi, ade tips ye if korang nak shopping dan balik naik feri. Make sure belian korang tu, masukkan dalam beg, jangan nampak macam korang bawak berbondong-bondong plastik. In case ditahan pihak berkuasa before naik feri, kena bayar 30% dari jumlah belian.

Sebab untuk kawasan free duty, memang ade certain limit uoll boleh shopping, lebih kena bayor la nak. Tu tandanya uoll banyak $$ ler tuh. Banyak nau shopping. Eheh. Kalau yg rasa mahaiiiii, kensel terus tak jadi nak bisnes online. Nak senang, balik bawak beg baru. Eheh. Lagipun, boleh beli beg tarik yg 360° pusing. Murah-murah youuuuu. Believe me lah.

Jadi, jumlah perbelanjaan kami :

1. Sewa prebet UUM~Kuala Perlis =RM50 + RM60(Kuala Perlis-UUM) = RM110
2. Sewa kenderaan kat Langkawi=RM40
3. Isi minyak kereta=RM15

Total = RM (110+40+15)
= RM 165 / 3 orang
= RM 55 / 1 orang

☆☆☆☆Tambah RM36 tambang feri, jumlah semua RM91. Kira korang prepare RM100 untuk bayar transport sahaja.

p.s: Kalau nak stay lama bercuti @ honeymoon ke, more than 3 days, ade alternatif lain, bawak kereta sendiri. Ada perkhidmatan feri yang bawa kenderaan, nama dia Feri Ro-ro. Search la, ade dlm fb jugak.

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis

From Langkawi with ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥





Read More