Thursday, November 12, 2020

Pen Insulin

Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah. Abah dah boleh cucuk insulin sendiri! Yeyyyyyyyy. 

Rasa gembira dan happy (bukan benda yang sama? 😂) bila abah dah mula dan willing cucuk insulin sebab sebelum ni abah taknak, takut jarum katanya.


Ingat tak sebelum ni aku pernah share yang abah warded Hospital Serdang lama, hampir 2 bulan sebab masalah sinus. Turns out, punca utama kalau diabetes tak terkawal, semua treatment kurang menjadi. Jadinya memang kena kawal gula dalam darah. Dan masa di hospital, memang cucuk insulin. Dan tentulah yang tukang cucuknya nurse kan. Anaknya jadi tukang tengok saja haha.


Bila balik rumah rupanya hospital ada bekalkan pen insulin. Cuma yang versi hospital kerajaan, larutan insulin (betul ke term ni?) kena dapatkan dari Klinik Kesihatan. 

Dan abah kita taknak pergi Klinik Kesihatan. Sebab abah kata takut jarum 😭


Tahanlah dia makan ubat je, tapi bacaan gula tu tak turun-turun. Kadang-kadang tinggi sangat, lebih 33. Macam mana tahu?

Sebab tiada bacaan yang keluar kat alat tu. Tak boleh baca. Naya betul.

Bacaan 20+ selalu sangat. Kalau belas-belas? Jarang-jarang. 

Fuh. Describe bacaan gula abah macam describe markah amali student 😂


Ada sekali tu, guna SOS yang paling agung. Minta tolong wan (nenek) untuk bincang hati ke hati dengan abah. Sebab wan pun cucuk insulin juga. Dan masih makan ubat kencing manis juga. Jadinya ini adalah calon terbaik untuk pujuk abah. Jomlah pergi klinik, swasta pun takpe untuk kita dapatkan insulin.


Tapi errrrrr. Gitulah. Hahaha.


Dia punya kentalnya hati tu. Seperti "hati kau kental Roy". Tapi kita cuba juga pujuk. Lagipun, rasanya semua orang mesti ada sesuatu yang kita takut, kan?


Kebanyakan orang takut nak pergi klinik gigi (akulah orangnya tu). Nak terkencing rasa bila ingat pengalaman cabut gigi sebelum ni (nah blogpost). Ada yang takut hospital dan sewaktu dengannya. Yang penting jangan berhenti pujuk tau!

La Hawla wala quwwata illa billah
La Hawla wala quwwata illa billah.


Tapi Alhamdulillah, baru-baru ni abah sendiri yang ajak pergi klinik. Ajak pergi dapatkan insulin shot. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Berita macam ni kecil pada sesetengah orang, tapi sangat besar pada kami sekeluarga. Iyelah, ko hari-hari hadap abah yang literally 3 kali sehari periksa bacaan gula dalam darah, tiap kali check tak sah tak lebih 20+.


Jadi bila abah sendiri yang willing ajak pergi klinik, kita pun laju-lajulah bersiap nak bawak, takut abah berubah hati. Berubah fikiran. Karang datang setan hasut-hasut jelmakan rupa jarum yang panjang dalam fikiran abah, terus kensel pulak. Even baru habis online meeting, kepala tepu dengan SOP interview online, takpe kita teruskan. 


Letssego abah!

Pen insulin untuk pesakit diabetes di klinik swasta
Sumber: Google

Pen insulin ada banyak jenis rupanya kan? Yang dapat kat klinik ni berupa begini. Yang macam warna biru tu. Tapi tak pasti benda yang sama ke tak. Yang pasti rupa dia macam tu.

Syukurlah jarum halus. Ingatkan macam yang jarum derma darah. Kalau yang macam tu, sebelum abah pengsan, kami yang pengsan dulu kahkah.


Senang pen insulin versi ni sebab insulin duduk dalam tu, tinggal nak pusing bacaan ikut berapa dos yang doktor cadangkn dan cucuk ke perut, tekan butang atas tu, tunggu 20 saat. Dan SIAP.


Maaflah sangat noob cara aku terangkan cara guna pen insulin 😅.


Tapi versi pen insulin ni senang sangat. Tak perlu refill. Kalau dah habis, buang dan beli pen baru. Sedia duit aje lah. Itu pun rasanya takdelah mahal sangat. InshaAllah mampu lagi.


Bila tengok kejap-kejap nak kena check kencing manis, kejap-kejap darah tinggi. Lepas tu nak makan ubat. Kejap lagi cucuk insulin. Tiba-tiba datang rasa insaf.

Bila Allah tarik nikmat kesihatan tu, kita sebagai hamba dah tak boleh buat apa. Apa yang kita (anak-anak, reader) boleh belajar adalah, dont take everything for granted. Learnt how to appreciate apa yang kita ada dan jaga sebaiknya. 


Nak makan manis?

Silakan. Tapi janganlah hari-hari togok air gas. 


Nak juga minum manis?

Guna gula yang sesuai untuk diebetes. Setakat ni dah beli Diebetasol, Stevia dan Equal. Nak lagi best pandang muka aku sambil minum air kosong. Laaaaagi manis.

Allah 😂.


Nak makan aiskrim?

Silakan. Tapi sila makan bersama aku.

Eh. Kahkah. 


Nak makan KFC?

Silakan. Tapi sila makan bersama aku juga. Ya Allah how I miss KFC so much 😭.


Jadi. Alhamdulillah. 

Semoga lepas ni abah beransur sihat. Lepas ni masih lagi ada appoinment hospital, tengah simpan ayat-ayat dalam kepala nak pujuk abah kalau kena warded lagi. Doakan aku berjaya bertukar menjadi sweet talker for my abah ya 😉. 


P/s: Rupanya kawan abah yang kata cucuk insulin ni lagi cepat berkesan berbanding makan ubat je. Now u see, orang laki ni tak kisah usia, memang cepat dan senang terpengaruh dengan kawan berbanding keluarga sendiri kan? Haha. Tapi tak kisahlah, yang penting pengaruh yang baik. Alhamdulillah.




No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (86) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *