Wednesday, August 5, 2020

Accident Lagi? Kali Ke-5 Dah Ni!

Accident Lagi? Kali Ke-5 Dah Ni! |  Salam. Hai! Baru nak cerita pasal accident yang jadi 2 minggu lepas. Minor accident je sebenarnya tapi still nak cerita dan simpan buat kenangan dalam blog.

Pengalaman Accident langgar belakang di Kajang Perdana

Lambat sikit cerita sebab baru ada mood baru lepas raya. Well hari raya kita bergembira, sekarang baru tiba masa berdepan realiti. Eh. Haha.

Ok minor accident aku ni jadi 23 Julai lepas. Hari Khamis pagi-pagi masa nak ke office. Masuk accident yang ini, masuk kali ke - 5 accident dengan kereta Myvi purple ni sepanjang aku kerja masuk tahun ke - 8. Gila track record, 'cemerlang' sangat kan? 😅

Accident kali pertama rasanya buat lutut gigil separuh mati? Entah lah, tapi bila pergi nak report polis, AO yang bertugas kata bukan salah aku. Jadi tak kena denda.
Boleh baca kat SINI cerita tersebut. 

Pengalaman pertama accident kan, gigil tu sampai seminggu traumanya! Tapi yang buat lagi teringat sebab ada cerita tak best disebaliknya. Tak pasti aku story ke tak dalam blogpost tu. 

Accident ke-2, kena langgar belakang kat parking lot masa aku tengah tapau makanan. Peh. Duduk diam-diam pun kena. 

Accident ke-3, kena langgar belakang jugak di traffic light on the way nak ke ofis. Pun masa tu tengah berhenti lampu merah, elok duduk diam-diam pun kena jugak. 'Rezeki' betul 😅
Pengalaman ke-3 ada aku cerita di SINI.

Accident ke-4, masa ni baru setahun balik KL. Kena betul-betul depan Plaza Tol NPE Pantai Dalam. Amoi main tukar lane tak tengok kereta tepi. Pun langgar tepi, kemek jugaklah fender tepi dan pintu penumpang depan. Yang ni ayah amoi tu settlekan, hantar pergi bengkel yang diorang suggest dan settled!

Accident ke-5, baru jadi yang ni lah. Baru nak masuk ceritanya haha.

Benda jadi kat Kajang Perdana, on the way nak pergi ofis jugak 😅. Masa tu tengah jam gila-gila, kereta elok berhenti. Aku pun sama berhenti, tapi masa kejadian langsung tak  tengok kiri kanan. Elok je pandang depan sebab nak tengok kereta bergerak kan.

Tengah sedap menyanyi tarik suara terasa kereta berhenjut. Dah kenapa kan? Bila aku buka pintu, keluar tuuuuuu dia ada brader motor dah tergolek belakang kereta aku, antara kereta aku dan kereta belakang.

Pengalaman Accident langgar belakang di Kajang Perdana

Rupanya brader motor ni dah sapu side mirror kereta belakang baru dia bergolek dan motor dia langgar bumper belakang kereta aku. Masa tengok benda ni jadi kan, gigil dah takde (mungkin sebab aku tahu bukan salah aku) tapi dah rasa annoyed. Adui, nak pergi kerja ni. Aduhai. Tapi bila tengok muka brader tu dah jatuh kesian. Nampak sangat tahan sakit.

Then pergi ke tepi, borak-borak sikit tanya owner kereta belakang apa yang jadi. Tapi dia pun sama 2x5 tak nampak apa jadi. Tau-tau side mirror dah kena sapu.

Pengalaman Accident langgar belakang di Kajang Perdana
Sikit je kena.
So aku blah masuk jugak office siap pesan, "takpe saya malas nak claim. Abang (brader motor yang tergolek) settle lah dengan owner kereta belakang".

Masuk kali ke-5 ni aku dah betul-betul faham maksud kalau kita tak langgar orang, orang yang langgar kita. Atau pun macam mana kita berhati-hati pun, benda kalau dah nak jadi, jadi jugak. So petang tu ambik half day dengan niat pergi report polis.

Rasanya badi aku ni, bila aku drive sendiri on the way ke office dengan Myvi purple. If tukar semua rutin (tukar kereta, takpun orang drivekan kahkahkah), agak-agak track record 'cemerlang' ni boleh berkurangan tak?


No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (85) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *