Tuesday, August 4, 2020

Burung Mati Dalam Tangki Air Rumah

Burung Mati Dalam Tangki Air Rumah Punca Air Paip Bau Busuk | 2 minggu lepas ada benda yang pelik jadi pada air paip di bilik air rumah. Ingatkan perasaan sendiri je air paip bilik air kami macam berbau klorok. Bau busuk pun boleh jadi juga. Bukan setakat bilik air bilik aku, benda ini jadi juga di bilik air bilik utama dan bilik air tetamu di dapur.

Burung Mati Dalam Tangki Air Rumah

Kebetulan pula masa kejadian tu, ada Loji Rawatan Air yang tercemar tapi kawasan rumah aku tak terlibat. So, tak mungkin ini bau klorin from water treatment.

Lagi pelik, air paip sinki ok je.
Takde bau apa-apa. Hari minggu masa kejadian tu kakak pula balik bawa anak-anak dia. Disebabkan air paip bau 'sedap' sangat anak buah aku taknak mandi dalam bilik air. Heboh nak mandi kat luar. Yang buat bengkek acik dari dalam rumah apabila diorang 3 beradik mandi manda sambil meluncur atas lantai.

Fuh.
Teringat zaman kita dulu-dulu.
Ini kalau acik buat dulu, rasanya dah makan tali pinggang 😂

Ok berbalik cerita tadi.
Air paip bilik air je yang berbau semacam. Jadinya kami buat kesimpulan yang mesti ada benda mati dalam tangki air ni. 

Bila bagitahu abah, abah kata "nasib baik bagitahu. Abah tak perasan dah".
Kan sebelum ni aku ada cerita yang abah ada resdung teruk kan sampai rosak saraf mata, so one of the side effect lagi adalah deria menghidu yang lemah.

Air tu pulak bau busuuuuuuuk gila sampaikan bila aku mandi, dah sabun. Kemudian bila bilas dengan air, bau air tu melekat kat kulit.

Euuuuwwwwwwww.
Serupa tak payah mandi kan?
Suspek macam ada benda mati, tapi pelik sangat macam mana boleh ada benda mati sedangkan tangki air kan tertutup?

Burung Mati Dalam Tangki Air Rumah
Abah bawak kawan dia naik tengok atas rumah nak tengok tangki.
Dah sampai atas hah kau, betullah ada benda mati dalam tangki air ni.

Burung mati.
Euuwwwwwwww, dah 2 hari mandi air bangkai burung 😣😣

Macam mana pulak boleh ada burung masuk dalam tangki air tu?
Sebabnya akhir tahun hari tu ada buat renovation. Kemungkinan besar tukang rumah ni terlupa nak tutup tangki air rapat-rapat.

Tang dari mana datangnya burung itu?
Entahlah. Pelik jugak. Sampai sekarang tak dapat jawapan lagi. Nak kata ada lubang di bumbung rasanya setakat ke hari ini takde bocor lagi.

Dah keluarkan bangkai burung, alang-alang tu terus cuci tangki.

Burung Mati Dalam Tangki Air Rumah
Horror tak warna air ni?
Merah menyala macam darah!
Bau pun busukkkk gila!

Warna merah ni bukan darah burung tu tau. Tapi ni sebab karat air.
Lebih 10 tahun duduk rumah ni, tak pernah cuci tangki air.
Memang penuhlah karat-karat di dasar tangki kan?

Tapi memang tak sangka warna air ni sampai macam ni. Seram!

Jadi, yang duduk rumah landed, rajin-rajinlah tengok kawasan tangki air tu. Jangan sampai jadi macam kat rumah aku sudah.

Settle buang semua air dari dalam tangki, baru buka semula paip nak masukkan air sampai penuh dalam tangki. Lepas 5 jam, bila buka paip bilik air, air dah kembali normal. Warna biasa dan paling penting. Tak busuk dahhhhhh, hehe.

Tapikan, walaupun air paip bilik air dah 'sihat', anak buah aku tetap nak mandi luar. Geram je tengok okeh!

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *