Wednesday, August 5, 2020

Accident Lagi? Kali Ke-5 Dah Ni!

August 05, 2020
Accident Lagi? Kali Ke-5 Dah Ni! |  Salam. Hai! Baru nak cerita pasal accident yang jadi 2 minggu lepas. Minor accident je sebenarnya tapi still nak cerita dan simpan buat kenangan dalam blog.

Pengalaman Accident langgar belakang di Kajang Perdana

Lambat sikit cerita sebab baru ada mood baru lepas raya. Well hari raya kita bergembira, sekarang baru tiba masa berdepan realiti. Eh. Haha.

Ok minor accident aku ni jadi 23 Julai lepas. Hari Khamis pagi-pagi masa nak ke office. Masuk accident yang ini, masuk kali ke - 5 accident dengan kereta Myvi purple ni sepanjang aku kerja masuk tahun ke - 8. Gila track record, 'cemerlang' sangat kan? ๐Ÿ˜…

Accident kali pertama rasanya buat lutut gigil separuh mati? Entah lah, tapi bila pergi nak report polis, AO yang bertugas kata bukan salah aku. Jadi tak kena denda.
Boleh baca kat SINI cerita tersebut. 

Pengalaman pertama accident kan, gigil tu sampai seminggu traumanya! Tapi yang buat lagi teringat sebab ada cerita tak best disebaliknya. Tak pasti aku story ke tak dalam blogpost tu. 

Accident ke-2, kena langgar belakang kat parking lot masa aku tengah tapau makanan. Peh. Duduk diam-diam pun kena. 

Accident ke-3, kena langgar belakang jugak di traffic light on the way nak ke ofis. Pun masa tu tengah berhenti lampu merah, elok duduk diam-diam pun kena jugak. 'Rezeki' betul ๐Ÿ˜…
Pengalaman ke-3 ada aku cerita di SINI.

Accident ke-4, masa ni baru setahun balik KL. Kena betul-betul depan Plaza Tol NPE Pantai Dalam. Amoi main tukar lane tak tengok kereta tepi. Pun langgar tepi, kemek jugaklah fender tepi dan pintu penumpang depan. Yang ni ayah amoi tu settlekan, hantar pergi bengkel yang diorang suggest dan settled!

Accident ke-5, baru jadi yang ni lah. Baru nak masuk ceritanya haha.

Benda jadi kat Kajang Perdana, on the way nak pergi ofis jugak ๐Ÿ˜…. Masa tu tengah jam gila-gila, kereta elok berhenti. Aku pun sama berhenti, tapi masa kejadian langsung tak  tengok kiri kanan. Elok je pandang depan sebab nak tengok kereta bergerak kan.

Tengah sedap menyanyi tarik suara terasa kereta berhenjut. Dah kenapa kan? Bila aku buka pintu, keluar tuuuuuu dia ada brader motor dah tergolek belakang kereta aku, antara kereta aku dan kereta belakang.

Pengalaman Accident langgar belakang di Kajang Perdana

Rupanya brader motor ni dah sapu side mirror kereta belakang baru dia bergolek dan motor dia langgar bumper belakang kereta aku. Masa tengok benda ni jadi kan, gigil dah takde (mungkin sebab aku tahu bukan salah aku) tapi dah rasa annoyed. Adui, nak pergi kerja ni. Aduhai. Tapi bila tengok muka brader tu dah jatuh kesian. Nampak sangat tahan sakit.

Then pergi ke tepi, borak-borak sikit tanya owner kereta belakang apa yang jadi. Tapi dia pun sama 2x5 tak nampak apa jadi. Tau-tau side mirror dah kena sapu.

Pengalaman Accident langgar belakang di Kajang Perdana
Sikit je kena.
So aku blah masuk jugak office siap pesan, "takpe saya malas nak claim. Abang (brader motor yang tergolek) settle lah dengan owner kereta belakang".

Masuk kali ke-5 ni aku dah betul-betul faham maksud kalau kita tak langgar orang, orang yang langgar kita. Atau pun macam mana kita berhati-hati pun, benda kalau dah nak jadi, jadi jugak. So petang tu ambik half day dengan niat pergi report polis.

Rasanya badi aku ni, bila aku drive sendiri on the way ke office dengan Myvi purple. If tukar semua rutin (tukar kereta, takpun orang drivekan kahkahkah), agak-agak track record 'cemerlang' ni boleh berkurangan tak?


Tuesday, August 4, 2020

Burung Mati Dalam Tangki Air Rumah

August 04, 2020
Burung Mati Dalam Tangki Air Rumah Punca Air Paip Bau Busuk | 2 minggu lepas ada benda yang pelik jadi pada air paip di bilik air rumah. Ingatkan perasaan sendiri je air paip bilik air kami macam berbau klorok. Bau busuk pun boleh jadi juga. Bukan setakat bilik air bilik aku, benda ini jadi juga di bilik air bilik utama dan bilik air tetamu di dapur.

Burung Mati Dalam Tangki Air Rumah

Kebetulan pula masa kejadian tu, ada Loji Rawatan Air yang tercemar tapi kawasan rumah aku tak terlibat. So, tak mungkin ini bau klorin from water treatment.

Lagi pelik, air paip sinki ok je.
Takde bau apa-apa. Hari minggu masa kejadian tu kakak pula balik bawa anak-anak dia. Disebabkan air paip bau 'sedap' sangat anak buah aku taknak mandi dalam bilik air. Heboh nak mandi kat luar. Yang buat bengkek acik dari dalam rumah apabila diorang 3 beradik mandi manda sambil meluncur atas lantai.

Fuh.
Teringat zaman kita dulu-dulu.
Ini kalau acik buat dulu, rasanya dah makan tali pinggang ๐Ÿ˜‚

Ok berbalik cerita tadi.
Air paip bilik air je yang berbau semacam. Jadinya kami buat kesimpulan yang mesti ada benda mati dalam tangki air ni. 

Bila bagitahu abah, abah kata "nasib baik bagitahu. Abah tak perasan dah".
Kan sebelum ni aku ada cerita yang abah ada resdung teruk kan sampai rosak saraf mata, so one of the side effect lagi adalah deria menghidu yang lemah.

Air tu pulak bau busuuuuuuuk gila sampaikan bila aku mandi, dah sabun. Kemudian bila bilas dengan air, bau air tu melekat kat kulit.

Euuuuwwwwwwww.
Serupa tak payah mandi kan?
Suspek macam ada benda mati, tapi pelik sangat macam mana boleh ada benda mati sedangkan tangki air kan tertutup?

Burung Mati Dalam Tangki Air Rumah
Abah bawak kawan dia naik tengok atas rumah nak tengok tangki.
Dah sampai atas hah kau, betullah ada benda mati dalam tangki air ni.

Burung mati.
Euuwwwwwwww, dah 2 hari mandi air bangkai burung ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ

Macam mana pulak boleh ada burung masuk dalam tangki air tu?
Sebabnya akhir tahun hari tu ada buat renovation. Kemungkinan besar tukang rumah ni terlupa nak tutup tangki air rapat-rapat.

Tang dari mana datangnya burung itu?
Entahlah. Pelik jugak. Sampai sekarang tak dapat jawapan lagi. Nak kata ada lubang di bumbung rasanya setakat ke hari ini takde bocor lagi.

Dah keluarkan bangkai burung, alang-alang tu terus cuci tangki.

Burung Mati Dalam Tangki Air Rumah
Horror tak warna air ni?
Merah menyala macam darah!
Bau pun busukkkk gila!

Warna merah ni bukan darah burung tu tau. Tapi ni sebab karat air.
Lebih 10 tahun duduk rumah ni, tak pernah cuci tangki air.
Memang penuhlah karat-karat di dasar tangki kan?

Tapi memang tak sangka warna air ni sampai macam ni. Seram!

Jadi, yang duduk rumah landed, rajin-rajinlah tengok kawasan tangki air tu. Jangan sampai jadi macam kat rumah aku sudah.

Settle buang semua air dari dalam tangki, baru buka semula paip nak masukkan air sampai penuh dalam tangki. Lepas 5 jam, bila buka paip bilik air, air dah kembali normal. Warna biasa dan paling penting. Tak busuk dahhhhhh, hehe.

Tapikan, walaupun air paip bilik air dah 'sihat', anak buah aku tetap nak mandi luar. Geram je tengok okeh!

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *