Friday, July 31, 2020

Tebus Insentif Kredit RM50 ePenjana Melalui Aplikasi TouchnGo

Tebus Insentif Kredit RM50 ePenjana Melalui Aplikasi TouchnGo eWallet | Salam Hi! Dah tebus insentif kredit RM50 ePenjana yang kerajaan sediakan yang boleh ditebus melalui aplikasi atas talian TouchnGo? 

Tebus Insentif Kredit RM50 ePenjana Melalui Aplikasi TouchnGo eWallet
Selain TouchnGo, antara platform ewallet lain yang menyediakan penebusan insentif kredit ePenjana adalah Boost dan Grab. Rugi kalau tak tebus kan? Benda dah diberi, kita ambil je guna untuk apa-apa yang patut hehe.

Macam aku memang setiap hari pergi  dan balik kerja wajib lalu tol, jadinya RM50 membantu juga untuk tol seminggu.


CARA TEBUS RM50 EPENJANA MELALUI APLIKASI TOUCHNGO


Senang je!
Langkah 1 : Buka aplikasi TouchnGo
Langkah 2 : Tekan Claim Now di paparan ePenjana.
Tebus Insentif Kredit RM50 ePenjana Melalui Aplikasi TouchnGo eWallet

Langkah 3 : ☑️ I agree to the term & conditions. Seterusnya tekan Claim Now!
Langkah 4 : Jika tidak pernah mendaftar mySejahtera, perlu daftar terlebih dahulu dalam masa 5 hari selepas tebus RM50 ePenjana.


Tebus Insentif Kredit RM50 ePenjana Melalui Aplikasi TouchnGo eWallet
Langkah 5 : Tunggu pengesahan tebus ePenjana berjaya. Pengesahan boleh dilihat melalui 2 cara, sama ada melalui notifikasi di aplikasi TouchnGo atau inbox di profile TouchnGo.


EWALLET TOUCHNGO BOLEH GUNA UNTUK?...

1)Topup
2)Beli tiket wayang
3)Bayar bil air / elektrik / astro dan sewaktu dengannya
4)Shopping.
Antara platform yang menyokong pembayaran secara ewallet TouchnGo adalah:
Lazada, Starbucks, Shell, Tealive, Watsons, FamiyMart, MrDIY, 7Eleven, TGV, Tesco, Pizza Hut, Kenny Rogers Roasters, Secret Recipes, Sushi King dan banyak lagi. 

Penebusan insentif kredit ePenjana boleh dibuat mulai 31 Julai 2020 hingga 30 September 2020.  Jadi, dah tebus insentif kredit RM50 ePenjana ke belum? 😁

P/s: Pastikan nama di TouchnGo ewallet dan mysSejahtera adalah sama seperti nama di dalam ic.


Baca juga:


2 comments:

  1. dah claim dh.. lepas la top up byr api air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah tu kan. Kiranya tercapai jugak matlamat insentif kredit ni...

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *