Tuesday, July 28, 2020

Kosong

Hari ini sepatutnya adalah hari yang menyenangkan.
Sepatutnya.


Sebab dari pagi Allah temukan dengan orang yang baik. 
Yang menyenangkan hati.
Mententeramkan jiwa.

Bangun pagi dapat lihat mak solat.
Nak keluar rumah dapat tengok wajah mak abah.

Lalu tol dapat pula jurutol ramah yang ucap selamat hari raya.
Dan senyum hingga ke telinga.
Sebagai balasan kita senyum juga.

Masuk kerja, di taklimat, walaupun puasa dapat juga makanan bungkus yang akhirnya diberi kepada kawan lain sebagai sedekah.

Nah bukankah itu peluangnya untuk menambah amalan?
Perkara menenangkan dan mendamaikan.

Waktu balik sempat pula hantar kereta ke bengkel untuk servis.
Dapat juga technician yang tidak berkira.
Tolong isikan angin tayar.
Tolong bersihkan filter aircond.
Tanpa kita pinta.
Dan bos kedai yang beri diskaun tanpa kita pinta juga.

Nah bukankah itu perkara yang menyenangkan juga?
Tiada 1 pun perkara di dalam hari ini yang tidak menyenangkan.
Semuanya dihiasi senyuman yang sempurna.
Semuanya dipenuhi niat murni yang nampaknya sama-sama ingin memanjangkan sedekah jariah dan pahala.

Namun mengapa,
Tika ke saat ini, hati ini serasanya kosong.
Seperti ada lubang halus yang menjerumus semua rasa.
Sedangkan hari ini nampaknya seharusnya sempurna.
Menyenangkan dan mendamaikan.
Lalu mengapa rasa kosong itu ada?

P/s: Bukan hari-hari aku boleh update perkara yang gembira. Today im a mess. Maaf ya.
P/s again: Selamat berbuka puasa bagi yang berpuasa sunat hari ini. 😊

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (86) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *