Friday, July 10, 2020

Penghormatan Hero Float Istimewa Untuk Petugas NKF (Kempen Mengumpul Dana PPE)

Salam dan hai! Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini menyaksikan semakin banyak NGOs dan badan amal bersatu hati dan menggembeling tenaga dalam usaha menyokong para frontliner kita berkhidmat kepada masyarakat. Dan sedang berlangsung ketika ini sehingga 12 Julai 2020 bertempat di Sunway Pyramid, Petaling Jaya "Kempen Mengumpul Dana PPE".


INOVATOR Carpe Ri Sdn Bhd bekerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang kebangsaan (NKF) dalam kempen membantu menyediakan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan NKF.

Pengasas bersama Carpe Ri, Danieul Mudali berkata, mereka mengambil kesempatan ini untuk menggunakan proses paten mereka "untuk mewujudkan penghormatan paling hebat untuk petugas barisan hadapan".


Sejukkan diri dengan Hero Float dan bayar mengikut keinginan anda untuk dana PPE buat petugas barisan hadapan.

Hero Float sedia untuk dinikmati di Sunway Pyramid mulai 6 Julai 2020 hingga 12 Julai 2020. Pengunjung boleh menikmati float ini dan pada masa yang sama berpeluang menghormati hero mereka. Hero Float bukan untuk dijual dan orang ramai boleh menderma dengan hati terbuka.


Selain sedap dan menarik, Hero Float halal, mesra alam dan mengndungi serat larut serta prebiotik yang sihat.


"Kami mendapat inspirasi untuk Hero Float dari semangat, dedikasi dan sikap tanpa jerih yang ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan" kata Danieul. Tambahnya lagi "Inovasi kami membawa warna yang cemerlang. Gabungan bahan yang digunakan dapat menyampaikan maksud positif tentang peranan petugas barisan hadapan".

Kempen Hero Float yang merangkumi kempen media sosial selama 3 bulan serta acara selama seminggu di Sunway Pyramid. 

Pengerusi NKF, Dato' Dr Zaki Morad Mohd Zaher berkata mereka bersyukur kerana terpilih untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini.

"Ini akan membantu memberi kesedaran dan meningkatkan asas kesukarelawan NKF selain mengumpulkan dana. Sebarang sumbangan bekalan perubatan untuk petugas barisan hadapan kami sungguh tepat pada masa ini" tambahnya.

Menurut Pegawai Eksekutif Social Grooves, Christopher Tock "sejak keadaan normal baru, kami telah melihat lonjakan pertambahan waktu yang dihabiskan di media sosial dan berpendapat bahawa kempen ini cara yang berkesan untuk mengumpulkan rakyat Malaysia demi menghormati dan mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan".


Selebriti popular, Vince Chong turut memberi sokongan semasa majlis pelancaran Hero Float. Dia berkata "petugas barisan hadapan pandemik ini sebenarnya penjaga kesihatan kerana NKF telah menyediakan keperluan kesihatan termasuk untuk pesakit dialisis serta pelbagai perkhidmatan lain semasa semua peringkat Perintah Kawalan Pergerakan".


Pengasas Bersama Carpe Ri, Joon Tan juga mengetuai Projek Nasi Goreng 100 yang mengumpulkan sukarelawan untuk memberi bantuan makanan kepada mereka yang serba kekurangan semasa PKP. 

Menurutnya "ini adalah projek yang sedabg digiatkan dan kami berharap kempen ini dapat memberi kesedaran dan dapat menarik lebih ramai sukarelawan untuk menawarkan diri.


Bersempena dengan pelancaran kempen Hero Float, Pecca menyumbang peralatan perubatan PPE bernilai RM20,000 kepada NKF.


(dari kiri ke kanan) Pengasas Bersama Carpe Ri Joon Tan, Pakar Strategi Korporat Pecca Group Kelly Teoh, CEO NKF Chua Hong Wee, Pengasas Bersama  Carpe Ri Danieul Mudali dan selebriti tempatan Vince Chong.

- PENAJA KEMPEN UTAMA : Kumpulan Pecca & Carpe Ri Sdn Bhd.
- PENAJA LOKASI UTAMA : Sunway Pyramid.
- PEMASARAN DIGITAL : Social Grooves.
- PEREKA LAMAN WAB : Brand You Sdn Bhd.
- PERUNDING PERHUBUNGAN AWAM : iPR
- PEMBEKAL BAHAN AIS KRIM : French Marque Sdn Bhd.






2 comments:

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *