Saturday, July 25, 2020

Kata Diet Tapi Makan Juga Domino's Pizza RM5 Sebelum Pukul 12 Tengahari

Domino's Personal Pizza RM5 Sebelum Pukul 12 Tengahari | Hai. Aku baru tahu yang kalau kita beli Personal Pan Domino's Pizza sebelum pukul 12 tengahari, harga Personal Pan Pizza tu hanyalah RM5. Sungguh ketinggalan zaman aku ni! Haha.

Domino's Personal Pizza RM5 Sebelum Pukul 12 Tengahari

Ok ini sebenarnya cerita hati Rabu hari tu. Collegue yang baru pindah masuk ke kolej ni ajak makan pizza. Dan pizza yang paling dekat dengan ofis adalah Domino's Pizza.

Makan domino's personal pizza harga RM5 jika order sebelum 12 tengahari
Masing-masing order sorang 1. 
Aku add-on chocolate larva cake. Ya ampunnnnnnn sedapnya lahai makan masa panas-panas. Bila ko cucuk kek tu, melimpah ruah coklat cair keluar. So tempting 😂😂

Patutnya hari tu nak teruskan diet, tak patut makan makanan tinggi carbo & of course tak makan benda manis. Tapi dah terlajak order, apa lagi kita telan aje kek tu sorang-sorang 😂. 

Makan domino's personal pizza harga RM5 jika order sebelum 12 tengahari
Fuh, settled craving!
Kalau makan Domino's, aku wajib order chocolate larva cake ni. Hehe. Tapi  bila balik ofis menyesal pulak. Jauh memikir masa depan, katanya diet........ Hm. Ye lah dah kenyang baru sampai kesedarannya.


Makan domino's personal pizza harga RM5 jika order sebelum 12 tengahari
Geng makan yang baru. Geng lama diet tak makan pizza. Diorang makan lauk yang sihat-sihat sajaaaaaaaaa.....

Sorang akak ni baru pindah dari jabatan. Dan sorang lagi adik PSH. Yang adik ni terer betul automotif ok! Serius terer. Bila berborak fuh banyak betul benda yang dia buat masa industry attachment. Kagum.

Dan oh ya. Adik ni lulusan politeknik 😌. Jadi jangan pandang lulusan institusi TVET (kolej komuniti, politeknik, ILP, Giat Mara dan yang lain-lain sebelah mata).

Makan domino's personal pizza harga RM5 jika order sebelum 12 tengahari
Beef Pepperoni.

Makan domino's personal pizza harga RM5 jika order sebelum 12 tengahari
Syok Domino's sini sebab cheese melimpah ruah. Bila tarik tu panjaaaaaaang cheese dia (panjang juga harkat aku baca). Saiz personal pan ni just nice je untuk sorang makan. Untuk akulah, tak tahulah kalau orang lain haha.

2 tahun lepas masa arwah nenek baru meninggal, kami tak buat kenduri makan-makan kat rumah. Cuma hantar makanan ke surau kat kampung.

Part cerita ni yang paling best adalah ...... Aku tak berapa ingat hari apa menu apa, tapi menunya aku ingat (sejenis kuat makan memang macam ni 🤣). Ada antaranya kami hantar Sate Willy, Burger McD dan Personal Pan Pizza Hut. Tak tahulah apa kata jemaah surau bila dapat menu 'urban' gitu wakakaka. Tapi Alhamdulillah setiap kali habis licin. 

Kenduri arwah kat rumah aku baru kami masak macam biasa. No more 'urban' food.

So, setiap kali makan pizza sekarang ni mesti teringat cerita kenduri arwah nenek. Well, there's must be some foods atau certain things yang akan hold some memories for us, right? 

Things end but memories last forever ~


Baca juga:


8 comments:

  1. nikmat makan hanya Allah sahaja yg tahu ..betul kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lagi best kalau makan banyak tapi badan tak naik. Ya Allah bestnyaaa! 😂

      Delete
  2. kak ana pun kalau dah lapar Sha tak leh bawa bincang dah biaq pii laa diet hehe :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Makan masa lapar dan pizza tengh panas-panas memang extra sedap jadinya

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (85) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *