Sunday, July 19, 2020

Cerita Seminggu | Live, Love & Laugh

Cerita Seminggu | Live, Love & Laugh | Salam. Hai! 
Ada banyak benda nak share, tapi asyik tak cukup masa nak menaip. Entahlah, apa yang sibuk sangat pun tak pasti haha. But today I got spare time! Yey. 

Seminggu ini is quite a busy week. Busy for work, busy for food! (wakakakaka). And yes, even katanya tengah diet (I've lost 4kg during GM diet. Tapi tu nanti next blogpost baru aku share okeh), bila ada peluang makan, kita makan. Bak pepatah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Gitu.

Kereta myvi bercalar
Ini cerita hari Isnin.
Tak sedar bila pulak kereta aku bertambah corak. Dah serupa belang harimau garisan calar tu. Ahad petang masa aku basuh kereta serius garisan warna-warna kehidupan ni masih takde di kereta. Pagi Isnin sampai office baru officemate aku tanya. Dah kenapa dengan kereta tu?

And then. Ya Allah! 
Patah hati sekejap! 
Biasanya calar sikit je itu kita boleh pejam mata. 
Ini calar panjanggggggggg (baca dengan harkat yang panjang), dari fender belakang ke fender depan. Sedih!

Bila tanya abah, sambil-sambil abah belek calar abah kata "ni kerja anak buah ko ni"
Agaknyalah kut sebab memang sedang elok je diorang main kat luar sehari dua sebelum tu. Kalau tak calar sebab seret basikal, ada yang seret syiling ke ape ni? 

Tapi nasiblah calar kena cat je. Tak sampai kena besi dalam. 
So acik ko tutup mata ajelah. Setakat hantar pergi carwash then polish InsyaAllah settle.
Tapi lain kali acik nampak ko seret basikal sebelah kereta acik, sebelum korang keluar pintu rumah dah acik jadi tarzan siap-siap kahkahkah.

Tapi kalau bukan diorang, then ....... Ada haters ke area office aku ni? Jengjengjeng...

Dapat Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 musim PKP
Cerita hari Selasa.
Alhamdulillah, Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dah sampai!
Dari awal kerja teringin nak rasa dapat APC. Selepas 8 tahun kerja, baru dapat :)
Alah, APC ni benda biasa je, but for me it is quite big. Aku pernah je rasa dapat markah SKT rendah, pernah rasa dapat moderate markah juga. Well, itu semua warna-warni kehidupan kan? 

Roda sentiasa berpusing. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Semoga selepas ini aku lebih tekun, lebih baik dari sebelumnya. Semoga walaupun monday blues tu ada, tapi blues tu singgah tak lama. Touch and go kaedahnya. Harap-haraplah 😅

Lunch makan lagi di Jiran Cafe PJCC. Aku pernah blog pasal cafe ni sebelum ini. Tapi itu masa pengurusan lama. Sekarang dah bawah pengurusan baru. 

Tahu tak Ustaz Abdullah Khairi (UAK). Haaaaaa, yes u are correct! UAK kan sebelum ni ada cafe lain, so bila dia take over Cafe Jiran PJCC ni nak tahu juga apa kelainan yang dibawa berbanding pengurusan lama.

So far, menu still sama (menu lama memang dah sedap punnnnn & harga pun ok), yang best dah ada dessert dan ada free appetiser. Waktu free appetiser tak tahu bila mula sebab lunch tak nampak lagi bayangnya.

Menu creamy cheese fish yang sedap di Cafe Jiran PJCC
Yang ni namanya CREAMY CHEESY FISH. Nama je diet tapi ambik menu yang guna sebeban cheese 😂.

Menu creamy cheese fish yang sedap di Cafe Jiran PJCC
Guna ikan dory rasanya. 
Ikan lembut juicy tak berbau! Kuah creamy cheese tu..... Sedap gila! Serius ngam ikan dengan kuah. Kalau nak repeat 2,3 kali pun sanggup wakaka.

Menu butter fried rice with lamb yang sedap di Cafe Jiran PJCC
Menu kawan. Butter fried rice with lamb.
Lamb guna lamb Rombau kut (kawan aku punya gurauan level tinggi), liat sikit. Tapi masih chewable. Bila banding dengan menu kawan yang satu lagi which is NZ (New Zealand) lamb grill, yang versi NZ very juicy dan lembut. Baru tarik guna garpu dah tercarik dari tulang.

Serius tak boleh hadam. Apa, ada beza ke kambing route oversea dengan kambing route domestik? Double standard betul lah 😂

Alhamdulillah makanan semua sedap. Puas hati. Cuma yang tak sedapnya masa menunggu lama. Almost 1 jam kami tunggu makanan sambil kenyang bau makanan meja sebelah tepi dan belakang. Pelik juga orang lain dah dapat makanan, kami ni bayang pinggan pun tak nampak. Rupanya missed order!

Second time kawan aku datang lagi sebab nak repeat creamy cheesy fish, pun jadi benda yang sama. Missed order! 

Tak tahulah samada kawan aku ni sejenis yang 'bad luck' wakakaka tapi seriously pihak pengurusan kena improve bab missed order ni. Harap-harap kes terpencillah kan sebab makanan sedapppppp dan rasa macam nak repeat lagi.

Pelajar automotif Kolej Komuniti Kelana Jaya
Pelajar automotif Kolej Komuniti Kelana Jaya
Hari Rabu.
'Anak-anak' datang kolej collect surat.
Best betul jumpa student ni sebab boleh tanya progress diorang. Alhamdulillah ramai dah kerja dan double Alhamdulillah sebab diorang kerja dalam bidang. Senang kerja kami nak isi data pengesanan graduan nanti 😁.

Ada yang bengkel customized bike (peh ini aku pun kagum), CS Toyota, bengkel kereta. Ada yang kerja Grab Food dan yang ini pada aku, aku takde masalah asalkan ada kerja dan rajin usaha tambah pendapatan. Kata kunci disini adalah RAJIN. Kalau tak rajin, ko kerja company ayah sendiri pun tak jadi apa, ye tak? 

Tak semestinya kita kena kerja apa yang kita belajar dulu. Berapa ramai yang terjun bidang lain dari zaman belajar dulu, kan? 

Hari Khamis.
Mari kita meronda ke Shah Alam pula. Kali ini lunch di Restoran Hatinie Seksyen 10. Plan diet masih diteruskan (sayang 4kg yang hilang itu kalau kita tambah kawan-kawan baru pulak), jadi tak ambik nasi. Tapi pinggan masih penuh 😂.
Lunch di Restoran Hatinie Seksyen 10 Shah Alam | Tempat makan best Shah Alam
Aku ambik ikan bakar, sambal tempe, hati, kerabu daun selom dan ulam. Sambal belacan jangan lupa! Lidah melayu kan. Sebelum ni rasanya melayu sungguh! Sebab i cant live without rice!

Hamboi. Speaking gitu. Tapi bila kurangkan makan nasi (in this case, tak ambik nasi) rupanya boleh je. Asalkan kenyang ratah lauk aku boleh lupa nasi. Selama ni dalam fikiran je yang tak boleh tinggal nasi. Soooooo, buat yang nak kurangkan kuantiti pengambilan nasi atas sebab kesihatan, u can do it babeh! Itu semua mainan minda je!

Hari Jumaat nothing special. Terkurung dalam office dan selesaikan kerja-kerja tertangguh sebelum nak cuti raya nanti. Lagipun awal bulan 8 student baru nak masuk dah, confirm lepas ni sibuk sokmo dengan kelas, consultation with student. Dengan nak dengar cerita student lagi (Kadang-kadang budak-budak ni suka cerita masalah girlpren. Acik dengar je), memang kena bersedia physically and mentally 😌.


"Be thankful for what you have, you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough"


Baca juga :




8 comments:

  1. Tahniah dapat APC
    Calar kereta tu sental wax aje boleh settel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq wak.
      Yup syukurlah calar tu kena cat je. Settle dengan wax & polish.

      Delete
  2. Tahniah dapat APC..teruskan kecemerlangan..Kereta ni kalau dh bercalar memang rasa tak puas hati tengok

    ReplyDelete
  3. wahhh TAHNIAH! TAHNIAH! semoga ia menjadi inspirasi utk bekerja lbh berdedikasi pd ms hadapan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tq Anies. InshaAllah lebih cemerlang 😉

      Delete
  4. Samalah..anak saya pun dah buat satu garisan panjang dengan basikal diorang allahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi, nangis dalam hati ajelah bila tengok kan?

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (85) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *