Friday, July 31, 2020

Tebus Insentif Kredit RM50 ePenjana Melalui Aplikasi TouchnGo

July 31, 2020
Tebus Insentif Kredit RM50 ePenjana Melalui Aplikasi TouchnGo eWallet | Salam Hi! Dah tebus insentif kredit RM50 ePenjana yang kerajaan sediakan yang boleh ditebus melalui aplikasi atas talian TouchnGo? 

Tebus Insentif Kredit RM50 ePenjana Melalui Aplikasi TouchnGo eWallet
Selain TouchnGo, antara platform ewallet lain yang menyediakan penebusan insentif kredit ePenjana adalah Boost dan Grab. Rugi kalau tak tebus kan? Benda dah diberi, kita ambil je guna untuk apa-apa yang patut hehe.

Macam aku memang setiap hari pergi  dan balik kerja wajib lalu tol, jadinya RM50 membantu juga untuk tol seminggu.


CARA TEBUS RM50 EPENJANA MELALUI APLIKASI TOUCHNGO


Senang je!
Langkah 1 : Buka aplikasi TouchnGo
Langkah 2 : Tekan Claim Now di paparan ePenjana.
Tebus Insentif Kredit RM50 ePenjana Melalui Aplikasi TouchnGo eWallet

Langkah 3 : ☑️ I agree to the term & conditions. Seterusnya tekan Claim Now!
Langkah 4 : Jika tidak pernah mendaftar mySejahtera, perlu daftar terlebih dahulu dalam masa 5 hari selepas tebus RM50 ePenjana.


Tebus Insentif Kredit RM50 ePenjana Melalui Aplikasi TouchnGo eWallet
Langkah 5 : Tunggu pengesahan tebus ePenjana berjaya. Pengesahan boleh dilihat melalui 2 cara, sama ada melalui notifikasi di aplikasi TouchnGo atau inbox di profile TouchnGo.


EWALLET TOUCHNGO BOLEH GUNA UNTUK?...

1)Topup
2)Beli tiket wayang
3)Bayar bil air / elektrik / astro dan sewaktu dengannya
4)Shopping.
Antara platform yang menyokong pembayaran secara ewallet TouchnGo adalah:
Lazada, Starbucks, Shell, Tealive, Watsons, FamiyMart, MrDIY, 7Eleven, TGV, Tesco, Pizza Hut, Kenny Rogers Roasters, Secret Recipes, Sushi King dan banyak lagi. 

Penebusan insentif kredit ePenjana boleh dibuat mulai 31 Julai 2020 hingga 30 September 2020.  Jadi, dah tebus insentif kredit RM50 ePenjana ke belum? ๐Ÿ˜

P/s: Pastikan nama di TouchnGo ewallet dan mysSejahtera adalah sama seperti nama di dalam ic.


Baca juga:


Tuesday, July 28, 2020

Kosong

July 28, 2020
Hari ini sepatutnya adalah hari yang menyenangkan.
Sepatutnya.


Sebab dari pagi Allah temukan dengan orang yang baik. 
Yang menyenangkan hati.
Mententeramkan jiwa.

Bangun pagi dapat lihat mak solat.
Nak keluar rumah dapat tengok wajah mak abah.

Lalu tol dapat pula jurutol ramah yang ucap selamat hari raya.
Dan senyum hingga ke telinga.
Sebagai balasan kita senyum juga.

Masuk kerja, di taklimat, walaupun puasa dapat juga makanan bungkus yang akhirnya diberi kepada kawan lain sebagai sedekah.

Nah bukankah itu peluangnya untuk menambah amalan?
Perkara menenangkan dan mendamaikan.

Waktu balik sempat pula hantar kereta ke bengkel untuk servis.
Dapat juga technician yang tidak berkira.
Tolong isikan angin tayar.
Tolong bersihkan filter aircond.
Tanpa kita pinta.
Dan bos kedai yang beri diskaun tanpa kita pinta juga.

Nah bukankah itu perkara yang menyenangkan juga?
Tiada 1 pun perkara di dalam hari ini yang tidak menyenangkan.
Semuanya dihiasi senyuman yang sempurna.
Semuanya dipenuhi niat murni yang nampaknya sama-sama ingin memanjangkan sedekah jariah dan pahala.

Namun mengapa,
Tika ke saat ini, hati ini serasanya kosong.
Seperti ada lubang halus yang menjerumus semua rasa.
Sedangkan hari ini nampaknya seharusnya sempurna.
Menyenangkan dan mendamaikan.
Lalu mengapa rasa kosong itu ada?

P/s: Bukan hari-hari aku boleh update perkara yang gembira. Today im a mess. Maaf ya.
P/s again: Selamat berbuka puasa bagi yang berpuasa sunat hari ini. ๐Ÿ˜Š

Jom Tukar Link Blog

July 28, 2020
Salam. Hi!
Join lagi segmen bloglist blogger, kali ni blogger Linda. Jom sama-sama support dengan join segmen blogger Linda. Syarat pun mudah sangat.


JOM TUKAR LINK BLOG

Segmen Blogger Jom Tukar Link Blog

Syarat-syarat :
1) Letak header di atas.
2) Tajuk : JOM TUKAR LINK BLOG dan linkkan banner ke blog.
3) Tinggalkan url entri di ruangan komen entri tersebut.

Mudahkan? 
Apa lagi. Jomlah.

Saturday, July 25, 2020

Kata Diet Tapi Makan Juga Domino's Pizza RM5 Sebelum Pukul 12 Tengahari

July 25, 2020
Domino's Personal Pizza RM5 Sebelum Pukul 12 Tengahari | Hai. Aku baru tahu yang kalau kita beli Personal Pan Domino's Pizza sebelum pukul 12 tengahari, harga Personal Pan Pizza tu hanyalah RM5. Sungguh ketinggalan zaman aku ni! Haha.

Domino's Personal Pizza RM5 Sebelum Pukul 12 Tengahari

Ok ini sebenarnya cerita hati Rabu hari tu. Collegue yang baru pindah masuk ke kolej ni ajak makan pizza. Dan pizza yang paling dekat dengan ofis adalah Domino's Pizza.

Makan domino's personal pizza harga RM5 jika order sebelum 12 tengahari
Masing-masing order sorang 1. 
Aku add-on chocolate larva cake. Ya ampunnnnnnn sedapnya lahai makan masa panas-panas. Bila ko cucuk kek tu, melimpah ruah coklat cair keluar. So tempting ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Patutnya hari tu nak teruskan diet, tak patut makan makanan tinggi carbo & of course tak makan benda manis. Tapi dah terlajak order, apa lagi kita telan aje kek tu sorang-sorang ๐Ÿ˜‚. 

Makan domino's personal pizza harga RM5 jika order sebelum 12 tengahari
Fuh, settled craving!
Kalau makan Domino's, aku wajib order chocolate larva cake ni. Hehe. Tapi  bila balik ofis menyesal pulak. Jauh memikir masa depan, katanya diet........ Hm. Ye lah dah kenyang baru sampai kesedarannya.


Makan domino's personal pizza harga RM5 jika order sebelum 12 tengahari
Geng makan yang baru. Geng lama diet tak makan pizza. Diorang makan lauk yang sihat-sihat sajaaaaaaaaa.....

Sorang akak ni baru pindah dari jabatan. Dan sorang lagi adik PSH. Yang adik ni terer betul automotif ok! Serius terer. Bila berborak fuh banyak betul benda yang dia buat masa industry attachment. Kagum.

Dan oh ya. Adik ni lulusan politeknik ๐Ÿ˜Œ. Jadi jangan pandang lulusan institusi TVET (kolej komuniti, politeknik, ILP, Giat Mara dan yang lain-lain sebelah mata).

Makan domino's personal pizza harga RM5 jika order sebelum 12 tengahari
Beef Pepperoni.

Makan domino's personal pizza harga RM5 jika order sebelum 12 tengahari
Syok Domino's sini sebab cheese melimpah ruah. Bila tarik tu panjaaaaaaang cheese dia (panjang juga harkat aku baca). Saiz personal pan ni just nice je untuk sorang makan. Untuk akulah, tak tahulah kalau orang lain haha.

2 tahun lepas masa arwah nenek baru meninggal, kami tak buat kenduri makan-makan kat rumah. Cuma hantar makanan ke surau kat kampung.

Part cerita ni yang paling best adalah ...... Aku tak berapa ingat hari apa menu apa, tapi menunya aku ingat (sejenis kuat makan memang macam ni ๐Ÿคฃ). Ada antaranya kami hantar Sate Willy, Burger McD dan Personal Pan Pizza Hut. Tak tahulah apa kata jemaah surau bila dapat menu 'urban' gitu wakakaka. Tapi Alhamdulillah setiap kali habis licin. 

Kenduri arwah kat rumah aku baru kami masak macam biasa. No more 'urban' food.

So, setiap kali makan pizza sekarang ni mesti teringat cerita kenduri arwah nenek. Well, there's must be some foods atau certain things yang akan hold some memories for us, right? 

Things end but memories last forever ~


Baca juga:


Sunday, July 19, 2020

Cerita Seminggu | Live, Love & Laugh

July 19, 2020
Cerita Seminggu | Live, Love & Laugh | Salam. Hai! 
Ada banyak benda nak share, tapi asyik tak cukup masa nak menaip. Entahlah, apa yang sibuk sangat pun tak pasti haha. But today I got spare time! Yey. 

Seminggu ini is quite a busy week. Busy for work, busy for food! (wakakakaka). And yes, even katanya tengah diet (I've lost 4kg during GM diet. Tapi tu nanti next blogpost baru aku share okeh), bila ada peluang makan, kita makan. Bak pepatah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Gitu.

Kereta myvi bercalar
Ini cerita hari Isnin.
Tak sedar bila pulak kereta aku bertambah corak. Dah serupa belang harimau garisan calar tu. Ahad petang masa aku basuh kereta serius garisan warna-warna kehidupan ni masih takde di kereta. Pagi Isnin sampai office baru officemate aku tanya. Dah kenapa dengan kereta tu?

And then. Ya Allah! 
Patah hati sekejap! 
Biasanya calar sikit je itu kita boleh pejam mata. 
Ini calar panjanggggggggg (baca dengan harkat yang panjang), dari fender belakang ke fender depan. Sedih!

Bila tanya abah, sambil-sambil abah belek calar abah kata "ni kerja anak buah ko ni"
Agaknyalah kut sebab memang sedang elok je diorang main kat luar sehari dua sebelum tu. Kalau tak calar sebab seret basikal, ada yang seret syiling ke ape ni? 

Tapi nasiblah calar kena cat je. Tak sampai kena besi dalam. 
So acik ko tutup mata ajelah. Setakat hantar pergi carwash then polish InsyaAllah settle.
Tapi lain kali acik nampak ko seret basikal sebelah kereta acik, sebelum korang keluar pintu rumah dah acik jadi tarzan siap-siap kahkahkah.

Tapi kalau bukan diorang, then ....... Ada haters ke area office aku ni? Jengjengjeng...

Dapat Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 musim PKP
Cerita hari Selasa.
Alhamdulillah, Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dah sampai!
Dari awal kerja teringin nak rasa dapat APC. Selepas 8 tahun kerja, baru dapat :)
Alah, APC ni benda biasa je, but for me it is quite big. Aku pernah je rasa dapat markah SKT rendah, pernah rasa dapat moderate markah juga. Well, itu semua warna-warni kehidupan kan? 

Roda sentiasa berpusing. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Semoga selepas ini aku lebih tekun, lebih baik dari sebelumnya. Semoga walaupun monday blues tu ada, tapi blues tu singgah tak lama. Touch and go kaedahnya. Harap-haraplah ๐Ÿ˜…

Lunch makan lagi di Jiran Cafe PJCC. Aku pernah blog pasal cafe ni sebelum ini. Tapi itu masa pengurusan lama. Sekarang dah bawah pengurusan baru. 

Tahu tak Ustaz Abdullah Khairi (UAK). Haaaaaa, yes u are correct! UAK kan sebelum ni ada cafe lain, so bila dia take over Cafe Jiran PJCC ni nak tahu juga apa kelainan yang dibawa berbanding pengurusan lama.

So far, menu still sama (menu lama memang dah sedap punnnnn & harga pun ok), yang best dah ada dessert dan ada free appetiser. Waktu free appetiser tak tahu bila mula sebab lunch tak nampak lagi bayangnya.

Menu creamy cheese fish yang sedap di Cafe Jiran PJCC
Yang ni namanya CREAMY CHEESY FISH. Nama je diet tapi ambik menu yang guna sebeban cheese ๐Ÿ˜‚.

Menu creamy cheese fish yang sedap di Cafe Jiran PJCC
Guna ikan dory rasanya. 
Ikan lembut juicy tak berbau! Kuah creamy cheese tu..... Sedap gila! Serius ngam ikan dengan kuah. Kalau nak repeat 2,3 kali pun sanggup wakaka.

Menu butter fried rice with lamb yang sedap di Cafe Jiran PJCC
Menu kawan. Butter fried rice with lamb.
Lamb guna lamb Rombau kut (kawan aku punya gurauan level tinggi), liat sikit. Tapi masih chewable. Bila banding dengan menu kawan yang satu lagi which is NZ (New Zealand) lamb grill, yang versi NZ very juicy dan lembut. Baru tarik guna garpu dah tercarik dari tulang.

Serius tak boleh hadam. Apa, ada beza ke kambing route oversea dengan kambing route domestik? Double standard betul lah ๐Ÿ˜‚

Alhamdulillah makanan semua sedap. Puas hati. Cuma yang tak sedapnya masa menunggu lama. Almost 1 jam kami tunggu makanan sambil kenyang bau makanan meja sebelah tepi dan belakang. Pelik juga orang lain dah dapat makanan, kami ni bayang pinggan pun tak nampak. Rupanya missed order!

Second time kawan aku datang lagi sebab nak repeat creamy cheesy fish, pun jadi benda yang sama. Missed order! 

Tak tahulah samada kawan aku ni sejenis yang 'bad luck' wakakaka tapi seriously pihak pengurusan kena improve bab missed order ni. Harap-harap kes terpencillah kan sebab makanan sedapppppp dan rasa macam nak repeat lagi.

Pelajar automotif Kolej Komuniti Kelana Jaya
Pelajar automotif Kolej Komuniti Kelana Jaya
Hari Rabu.
'Anak-anak' datang kolej collect surat.
Best betul jumpa student ni sebab boleh tanya progress diorang. Alhamdulillah ramai dah kerja dan double Alhamdulillah sebab diorang kerja dalam bidang. Senang kerja kami nak isi data pengesanan graduan nanti ๐Ÿ˜.

Ada yang bengkel customized bike (peh ini aku pun kagum), CS Toyota, bengkel kereta. Ada yang kerja Grab Food dan yang ini pada aku, aku takde masalah asalkan ada kerja dan rajin usaha tambah pendapatan. Kata kunci disini adalah RAJIN. Kalau tak rajin, ko kerja company ayah sendiri pun tak jadi apa, ye tak? 

Tak semestinya kita kena kerja apa yang kita belajar dulu. Berapa ramai yang terjun bidang lain dari zaman belajar dulu, kan? 

Hari Khamis.
Mari kita meronda ke Shah Alam pula. Kali ini lunch di Restoran Hatinie Seksyen 10. Plan diet masih diteruskan (sayang 4kg yang hilang itu kalau kita tambah kawan-kawan baru pulak), jadi tak ambik nasi. Tapi pinggan masih penuh ๐Ÿ˜‚.
Lunch di Restoran Hatinie Seksyen 10 Shah Alam | Tempat makan best Shah Alam
Aku ambik ikan bakar, sambal tempe, hati, kerabu daun selom dan ulam. Sambal belacan jangan lupa! Lidah melayu kan. Sebelum ni rasanya melayu sungguh! Sebab i cant live without rice!

Hamboi. Speaking gitu. Tapi bila kurangkan makan nasi (in this case, tak ambik nasi) rupanya boleh je. Asalkan kenyang ratah lauk aku boleh lupa nasi. Selama ni dalam fikiran je yang tak boleh tinggal nasi. Soooooo, buat yang nak kurangkan kuantiti pengambilan nasi atas sebab kesihatan, u can do it babeh! Itu semua mainan minda je!

Hari Jumaat nothing special. Terkurung dalam office dan selesaikan kerja-kerja tertangguh sebelum nak cuti raya nanti. Lagipun awal bulan 8 student baru nak masuk dah, confirm lepas ni sibuk sokmo dengan kelas, consultation with student. Dengan nak dengar cerita student lagi (Kadang-kadang budak-budak ni suka cerita masalah girlpren. Acik dengar je), memang kena bersedia physically and mentally ๐Ÿ˜Œ.


"Be thankful for what you have, you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough"


Baca juga :




Friday, July 17, 2020

RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..

July 17, 2020
RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI.. | Hai. Sekarang kan banyak platform e-dagang di Malaysia yang menyokong pengalaman membeli-belah dalam talian. Ramai pengguna beralih kepada membeli-belah dalam talian disebabkan lebih mudah, lebih banyak pilihan dan semestinya memberi penjimatan masa untuk mendapatkan barangan dengan hanya klik di hujung jari.

Bercakap mengenai pengalaman membeli-belah atas talian, pernah dengar tak mengenai  PG Mall (www.pgmall.my)?

RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..

Platform E-Dagang PG Mall 
PG Mall adalah platform e-dagang membeli-belah atas talian nombor 1 di Malaysia sejak tahun 2017 yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. Ia merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia dan menduduki carta ketiga sebagai laman membeli-belah atas talian kegemaran rakyat Malaysia (berdasarkan laporan laman iPrice).

Meriah dengan Sale
PG Mall memang meriah dengan tawaran harga dan deals yang best-best dan menarik. Antara Super Shocking Sale, Hot Day Sales, Loveyou 3000 dan ConsuMerchant Concept.

Tertarik dengan ConsuMerchant Concept, dimana pembeli boleh mendapat cashback sehingga 3.5% daripada pembelian atas talian di PG Mall. Selain daripada itu, pembeli juga dapat menjana pendapatan / insentif daripada PG Mall jika memperkenalkan pembeli dan peniaga lain melalui referral link. 

Jadi jangan lupa untuk kongsi referral link dengan barangan menarik di media sosial. Lagi banyak kita kongsi, lagi tinggi peluang ada pembelian dan kita dapat menjana pendapatan. Jadi, siapa kata membeli-belah tidak menguntungkan, ye tak? 


RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..

Apa yang sangat menarik perhatian apabila membeli-belah di PG Mall adalah tawaran harga yang berbaloi, malah kadang-kala ada tawaran harga yang tidak masuk akal! Manakan tidak, Super Shocking Sale di PG Mall menawarkan barangan serendah RM1 (limited time offer) dan tawaran baru untuk barangan berlainan hampir setiap hari.

RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..
RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..

Tawaran diskaun sehingga 77%.

Untuk yang dah lama intai-intai nak beli Chefology Asian Wok mesti rasa gembira dengan tawaran harga di PG Mall ini. Kan? 

RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..

Tertarik dengan HETCH Digital Turbo Air Fryer. Dengan harga yang ditawarkan RM359, setelah dibuat perbandingan dan setakat ini PG Mall yang menawarkan harga paling kompetitif.

Dan ada banyak lagi tawaran yang best-best dan menarik di PG Mall. Tawaran baru yang berbeza setiap hari, jadi jangan lupa untuk layari laman web PG Mall setiap hari untuk kejar deals yang berbaloi.


HOT DAY SALES
RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..

Save More With Discounts!
Ada 3 sesi HotDay Sale setiap hari, sesi pertama bermula pada jam 10 pagi, sesi kedua bermula jam 4 petang dan sesi ketiga bermula pada jam 9 malam. Pada sesi tersebut, PG Mall akan menawarkan pelbagai barangan menarik dengan potongan harga serendah 80%! Ada barangan yang berharga serendah RM0.39!

RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..
Naturactor Cover Face Foundation (RM29.00) - https://bit.ly/2Zx8PaF

RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..
 Hanabishi Oven Toaster 1Litre (RM99.00) - https://bit.ly/3fzNqDl

RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..
Multipurpose BBQ Grill and Steambot Pot (RM59.90) - https://bit.ly/390LG3j


LOVEYOU 3000
RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..



Setiap pembelian RM30 dan ke atas dalam 1 resit melayakkan pembeli sertai Kempen 'Loveyou 3000'. Pemenang kempen ini akan membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM3,000! Pemenang akan diumumkan pada setiap 15 dan 30 haribulan setiap bulan. 
The more you spend, the higher chances for win!

Ambil peluang untuk membeli-belah atas talian dengan harga yang best dan dan diskaun yang menarik ini tau! 
Lets shop now!
RM1 SUPER SHOCKING SALE HANYA DI PG MALL ONLINE! BERBALOI-BALOI..
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Supershockingsale #Hotdaysale #Loveyou3k

Laman Web Rasmi:
Facebook: 
Instagram: 

Friday, July 10, 2020

Penghormatan Hero Float Istimewa Untuk Petugas NKF (Kempen Mengumpul Dana PPE)

July 10, 2020
Salam dan hai! Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini menyaksikan semakin banyak NGOs dan badan amal bersatu hati dan menggembeling tenaga dalam usaha menyokong para frontliner kita berkhidmat kepada masyarakat. Dan sedang berlangsung ketika ini sehingga 12 Julai 2020 bertempat di Sunway Pyramid, Petaling Jaya "Kempen Mengumpul Dana PPE".


INOVATOR Carpe Ri Sdn Bhd bekerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang kebangsaan (NKF) dalam kempen membantu menyediakan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan NKF.

Pengasas bersama Carpe Ri, Danieul Mudali berkata, mereka mengambil kesempatan ini untuk menggunakan proses paten mereka "untuk mewujudkan penghormatan paling hebat untuk petugas barisan hadapan".


Sejukkan diri dengan Hero Float dan bayar mengikut keinginan anda untuk dana PPE buat petugas barisan hadapan.

Hero Float sedia untuk dinikmati di Sunway Pyramid mulai 6 Julai 2020 hingga 12 Julai 2020. Pengunjung boleh menikmati float ini dan pada masa yang sama berpeluang menghormati hero mereka. Hero Float bukan untuk dijual dan orang ramai boleh menderma dengan hati terbuka.


Selain sedap dan menarik, Hero Float halal, mesra alam dan mengndungi serat larut serta prebiotik yang sihat.


"Kami mendapat inspirasi untuk Hero Float dari semangat, dedikasi dan sikap tanpa jerih yang ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan" kata Danieul. Tambahnya lagi "Inovasi kami membawa warna yang cemerlang. Gabungan bahan yang digunakan dapat menyampaikan maksud positif tentang peranan petugas barisan hadapan".

Kempen Hero Float yang merangkumi kempen media sosial selama 3 bulan serta acara selama seminggu di Sunway Pyramid. 

Pengerusi NKF, Dato' Dr Zaki Morad Mohd Zaher berkata mereka bersyukur kerana terpilih untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini.

"Ini akan membantu memberi kesedaran dan meningkatkan asas kesukarelawan NKF selain mengumpulkan dana. Sebarang sumbangan bekalan perubatan untuk petugas barisan hadapan kami sungguh tepat pada masa ini" tambahnya.

Menurut Pegawai Eksekutif Social Grooves, Christopher Tock "sejak keadaan normal baru, kami telah melihat lonjakan pertambahan waktu yang dihabiskan di media sosial dan berpendapat bahawa kempen ini cara yang berkesan untuk mengumpulkan rakyat Malaysia demi menghormati dan mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan".


Selebriti popular, Vince Chong turut memberi sokongan semasa majlis pelancaran Hero Float. Dia berkata "petugas barisan hadapan pandemik ini sebenarnya penjaga kesihatan kerana NKF telah menyediakan keperluan kesihatan termasuk untuk pesakit dialisis serta pelbagai perkhidmatan lain semasa semua peringkat Perintah Kawalan Pergerakan".


Pengasas Bersama Carpe Ri, Joon Tan juga mengetuai Projek Nasi Goreng 100 yang mengumpulkan sukarelawan untuk memberi bantuan makanan kepada mereka yang serba kekurangan semasa PKP. 

Menurutnya "ini adalah projek yang sedabg digiatkan dan kami berharap kempen ini dapat memberi kesedaran dan dapat menarik lebih ramai sukarelawan untuk menawarkan diri.


Bersempena dengan pelancaran kempen Hero Float, Pecca menyumbang peralatan perubatan PPE bernilai RM20,000 kepada NKF.


(dari kiri ke kanan) Pengasas Bersama Carpe Ri Joon Tan, Pakar Strategi Korporat Pecca Group Kelly Teoh, CEO NKF Chua Hong Wee, Pengasas Bersama  Carpe Ri Danieul Mudali dan selebriti tempatan Vince Chong.

- PENAJA KEMPEN UTAMA : Kumpulan Pecca & Carpe Ri Sdn Bhd.
- PENAJA LOKASI UTAMA : Sunway Pyramid.
- PEMASARAN DIGITAL : Social Grooves.
- PEREKA LAMAN WAB : Brand You Sdn Bhd.
- PERUNDING PERHUBUNGAN AWAM : iPR
- PEMBEKAL BAHAN AIS KRIM : French Marque Sdn Bhd.






Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *