Tuesday, June 16, 2020

Siapa Rajin Kelebet Entry Blogpost Lama?

Mengaku cepat, siapa pulak yang rajin kelebet entry blogpost aku dari tahun 2011 tu? Dah 2, 3 hari ni aku perasan entry 'seperti istana di zaman silam' dari start blogging membawak ke zaman sekarang ni ada je dalam Real Time Analytics. Seram pulak memikir ada pula orang rajin nak baca benda apa entah yang aku tulis dari zaman tak siap tu haha. 

Ok macam mana aku tahu ada orang yang kelebet entry-entry lama tu?
Sebabkan ada Google Analytics untuk monitor UV dan PV blog. So dari situ selalu juga tengok Real Time Visitor. Dah kenapa hari ni aku nampak all the time semua entry-entry lama? Dari first blogpost yang sepatah haram aku nak paham, membawak ke entry blogpost next year nya.

Rajin betul ye baca ikut tahun. Tiba-tiba rasa menyesal pulak tak delete entry lama-lama tu. (Tapi tak delete sebab memang bagi untuk baca pun kahkah).

Mesti yang baca tu boleh nampak macam mana berbezanya style penulisan & penceritaan serta isi kandungan karangan cecehan aku dulu dengan sekarang hahaha. Dulu banyak betul benda nak cerita, malas nak lipat kain pun boleh jadi 1 entry blogpost!

Hebat tak hebat nak menceceh benda tu pun boleh jadi isu. Adui, kelakar bila fikir.

Sekarang ni kadang-kadang adalah benda merapu yang aku tulis, mostly sebab tangan gatal nak tulis kah! Jadi, TQVM sebab sudi baca walaupun tahap merapu kadang-kadang tak boleh tahan. Banyak yang kurangnya dulu berbanding sekarang (sekarang pun banyak kurang lagi) tapi consider sekarang oklah kut kan? Haha. And please tinggallah sikit tanda yang rajin baca apa yang aku tulis tu tau! Mungkin bagi cadangan juga how to improve mine?



P/s: Ada orang kata, orang boleh kenal kita dari cara kita makan. Atau dari cara kita bercakap. Ataupun paling best, dari cara kita menulis dan bercerita. Betul ke?

20 comments:

  1. kadang orang baca yang lama-lama sebab nak kenal kita... kot follower baru kita kan...

    ReplyDelete
  2. Sama, ada yang baca tulisan saya dari 2010. Saya pun kadang tak ingat apa saya tulis pos lama-lama tu.
    Hehe takpelah mungkin pembaca tu nak kenal Cik Shahira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2010 tu, lagi lama :)
      P/s: Mungkin bila diorang dah baca boleh nampak kecelaruan identiti disitu haha.

      Delete
  3. wak x kelebet ye sbb org dh unfriend wasap., hahaha

    ps. pompuan je BETOL khanns

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke unfriend wasap?
      Macam-macam lah wak ni..

      Delete
  4. ayu suka baca entry lama2 gak, tapi sendiri punya entry la. sbb tgk cita nak2 membesar, gi jalan sana, gi jalan sini.
    bab lipat baju pun leh jadi entry..pernah gak. he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, kelakar bila baca balik entry lama. Yg bestnya pulak boleh ingat kenangan sebelum ni. Priceless!

      Delete
  5. Kadang kadang orang baru nak belajar,nak tengok cara penulisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga. Tapi cara penulisan dulu ... Errr..

      Delete
  6. saya suka baca entry lama2 blogger jika saya rasa entry lastest dia menarik. nak tgk cara penulisan dia, samada enjoy tuk dibaca or sebaliknya. kalau tuk sendiri pula, tgk entry lama, compare entry skrg, seboleh nak perbaiki cara dalam menulis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Kadang-kadang baca entry lama sebab nk tengok cara menulis tu, tapi itulah. Tak sangka dulu boleh tulis macam tuuu hehe

      Delete
  7. Sebab blog ada traffic kan, dia ikut keyword, kadang dari google image pun ada, tapi saya sendiri haritu dah delete 500 lebih post lama yang bila diri sendiri tengok rasa nak lempang diri sendiri zaman muda hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah kenapa delete? Nanti lain kali nak baca dah takde 😅. Why not next time revert to draft aje? Hehe.

      Delete
  8. salah satu benda yang memalukan adalah membaca entry lama-lama... hahahahaha...!! ohhh tidaaaakkkk.. nak gi delete lah.. :p

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, jangan delete kak. Boh kat draft je. Nanti esok-esok rindu nak baca boleh tengok balik hihi.

      Delete
  9. Kadang-kadang baca post lama-lama dekat blog sendiri boleh buat gelak sorang-sorang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye. Siap boleh terfikir macam mana kita boleh tulis benda ni? Haha.

      Delete
  10. akak lately mmg baca entry lama sbb kat google console tu kan buat crawling...jenuh nak chk bila ada isu...bila baca tu sengih sesorang la jugak hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun masih tak boleh move on walaupun dah beberapa kali baca entry lama sendiri. Kelakar betul bila baca macam mana kita boleh tertulis begini? 😅

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *