Monday, June 1, 2020

Lontong & Sambal Tumis Ikan Bilis Menu Syawal Ke - 8 | Resepi Lontong Sedap, Simple & Cepat Dimasak

Lontong & Sambal Tumis Ikan  Bilis Menu Hari Raya Syawal ke-8 | Hai. Rupanya dah seminggu kita raya. Bila tak boleh keluar bebas beraya ni, rasa macam lambat je masa berlalu. Rupanya baru masuk seminggu raya ๐Ÿ˜‚. Sebelum ni rasa cepat je raya berlalu, tahu-tahu dah hujung Syawal. Open house pun terlajak buat bulan Zulkaedah.

Tapi walau takde open house, makan seolah ada open house raya tetap tak tinggal. Boleh kata tetiap hari buat menu raya. Macam semalam buat lontong & sambal bilis dannnnnnn rendang daging & nasi impit.

Lontong & Sambal Tumis Ikan Bilis Menu Syawal Ke - 8 | Resepi Lontong Sedap, Simple & Cepat Dimasak

Ye uols, rumah kami masih aktif merendang haha. 

Sebenarnya niat buat lontong ni sebab ada pakcik kata nak datang raya. Musykil juga, berani pulak pakcik aku ni nak rentas negeri nak datang raya. Pakcik aku ni duduk Seremban, sebelah je border dengan Beranang ni. Jarak sekentut orang kata. Tapi sebab lain-lain negeri kan? Nak kena ada kebenaran rentas negeri.

So petang Ahad tu saja mintak abah double confirm dengan pakcik aku betul ke nak datang raya. Sambil-sambil tu teruskan je masak lontong. Sayur-sayur semua dah siap potong. Mak tengahari tu dah siap masak rendang daging dan rebus nasi impit okeh.

Konsepnya orang datang tak datang belakang cerita. Yang penting benda ada dah siap masak. Orang datang kita hidang. Orang tak datang kita telan. Jangan kang orang datang ko hidang air coway dengan alas meja makan. Siap call confirmlah memang pakcik aku tak datang. Kan dah kata tak boleh rentas negeri sebab raya. Takpelah inshaAllah nanti kalau keadaan ok sikit habis raya pun kita bantai je raya hahaha. Raya kan setahun ๐Ÿ˜‚.

Lontong & Sambal Tumis Ikan Bilis Menu Syawal Ke - 8 | Resepi Lontong Sedap, Simple & Cepat Dimasak
Aku dah rasmi lontong dulu.

Peh sedap betul mak masak, dengan sambal tumis ikan bilis ni jadi laaaaaagi kawwwww. Telur rebus takde sebab telur habis. Tunggu Amin beli kat kedai, jawapannya tunggu dia habis lepak dulu sejam.

Tapi walau takde telur rebus, tetap sedap dan licin. Well, siapa lagi nak puji kalau bukan diri & family sendiri yang puji, ye tak? 

Lontong ni versi simple sebab jenis-jenis sayur yang dicampak dalam kuah lontong ni tak banyak. Dalam banyak tak banyak, dapatlah 1 periuk saiz sederhana. Puas makan.

RESEPI LONTONG  SEDAP, SIMPLE DAN CEPAT DIMASAK 

Lontong & Sambal Tumis Ikan Bilis Menu Syawal Ke - 8 | Resepi Lontong Sedap, Simple & Cepat Dimasak

Bahan-bahan:
- Terung bulat 1 biji *belah 8 bahagian
- Kacang panjang 3 batang
- Lobak merah 1 batang *potong panjang
- Kobis saiz kecil 1/2 *ricik kasar
- Tauhu putih 5 biji *goreng dulu baru potong
- Tempe 3 keping *potong
- Sayur pucuk & suun *rendam sebelum masak
- Udang 10 ekor buat kulit
- Santan 2 kotak
- Serai 2 tangkai *titik
- 2 ulas bawang putih *blender
- 1 biji bawang merah *blender

Cara Masak:
1) Potong sayur ikut saiz yang sesuai.
2) Blender bawang. Taknak blender boleh tumbuk dalam lesung batu.
3) Panaskan minyak.
4) Tumis bawang & serai.
5) Dah pecah minyak, masukkan santan 2 kotak. Kami guna santan Kara.
6) Tambah 3 cawan air / agak-agak. Jangan pekat sangat jangan cair sangat.
7) Kuah menggelegak , masukkan terung bulat.
8) Kacau rata. 
9) Bila terung agak lembut, masukkan sayur pucuk, lobak merah, kacang panjang dan kobis.
8) Bila lobak merah agak lembut, masukkan tauhu yang dah dipotong.
9) Masukkan suun. Kami suka masukkan suun sikit dan dan agak lambat sebab nanti suun serap kuah. Kuah jadi pekat.
10) Perasakan garam secukupnya.

Siap.
Nanti makan letak sambal tumis ikan bilis dan telur rebus. Nyummeh!

Baca Juga :


16 comments:

  1. sedap ni walaupun saya tak pernah cuba masak. rumah saya dah rehat menu raya, semalam last, makan ketupat, kari. hari ni layan fast food marry brown lak.

    ReplyDelete
  2. sedapnya Sha, salam lebaran maaf zahir batin dari kak ana buat Sha :)

    ReplyDelete
  3. heheheh berani sungguh pakcik tu kalau datang, mesti siap2 kene kompoun tu

    sedap nengoknya lodeh tu siap ada udang lagi

    ReplyDelete
  4. wah
    peminat lontong mesti suka nih

    ReplyDelete
  5. Resipi lontong ni ada letak udang.
    Makan ni macam lengkap 1 lauk sebab ada sayur-sayuran, protein, karbohidrat. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu buat awal sebab makan bawak ke makan malam. Senang settle 1 kali masak ๐Ÿ˜

      Delete
  6. sedapnya. raya kali ni tak dpt nak merasa lontong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah,takpe lepas ni boleh masak sendiri ๐Ÿ˜‰

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (86) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *