Wednesday, June 24, 2020

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan

Potluck Raya 1441H | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan | Salam. Hai! Semalam ofis ni sempatlah juga buat potluck sempena hari terakhir Syawal tahun 1441H. Sekali harung juga meraikan perpindahan 2 orang staf. Seorang berpindah bersempena naik pangkat, seorang lagi pula berpindah bersempena .... er, sebab mintak pindah?

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Well, tak kira apa pun alasannya perpindahan itu, kita doakan yang baik-baik dan semoga lebih berjaya dan cemerlang di tempat baru. InshaAllah 😊
Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Isnin lepas ex-student datang nak ambil surat. Cepat je diorang habis, macam baru semalam masuk kelas. Tiba-tiba dah habis. Ini kang tau-tau esok aku dapat jemputan kahwin 😂

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Gambar potluck dan dan sambutan raya tahun lepas. Sempat shooting ala-ala tetamu sebelum main bufet katering sampai. Rasanya masa ni 'bulat' juga. Tapi pipi aku tak sekembang setaman sekarang.

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Sekarang.
Ya ampun. Kembang setaman! 😂
Aku kan upload gambar ni dalam facebook. Actually, kebanyakan gambar yang diupload dalam facebook akan berakhir dalam blog juga. Kalau nak dengar kicauan pendek, sila ke facebook. Kicauan panjang tak pandai berhenti? Silakan ke dalam blog.

Jadinya, pagi ini kawan sebelah aku cakap, yang kawan dia tanya. Kenapa aku 'sihat' dan 'tebal' (kuajaq sungguh! tunggulah nanti aku menjadi senipis bawang! hahaha), whereas dia 'nipis'...... The actual words yang diguna adalah 'kenapa ko macam ni?'

😂😂😂
Aduiiiiiii, macam mana nak trim pipi kembang ni wahai kawan-kawan yang budiman? 


Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan

Orang yang diraikan.
Seorang tu bekas bos aku. Kiranya markah penilaian tahunan dia yang isi. Very good boss. Cara penyelesaian dia very the ayah sangat, haha. Memang kontra betul dengan anak buah dia ni yang 'bersemangat waja' 😂. Lagi seorang pula bekas bos kecik, ketua unit aku mengajar. Yang ini sebab masing-masing muda, adalah juga bercekau  dalam meeting (kah!), tapi overall semuanya ok. Habis meeting habislah yang bercekau itu.


Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Menu semalam. Ada butter bread pudding, biskut batik, karipap, nasi lemak, serawa durian, lemang & rendang daging, nasi impit & kuah kacang, tepung pelita, mee goreng dan pau. Isi serawa durian meriah sangat. Tepung pelita pun sedap. Ramai tapau bawak balik.

Potluck aku bawak kek batik. Gambar pun lupa ambik. Tapi feedback kata sedapppp. Alhamdulillah hehe. Kalau nak diikutkan pun, ada ke yang buat kek batik tak sedap? Rasanya semua sedap hehe. Guna resepi dari daridapur.com. Alhamdulillah menjadi. Cumanya aku tambah fresh milk 1/2 cawan sebab manis berdenting kalau tak tambah fresh milk.

RESEPI KEK BATIK LEMBUT KURANG MANIS PASTI MENJADI

Bahan-bahan :
- 1 bungkus biskut marie
- 250g buttercup
- 3/4 cawan susu pekat (boleh kurangkan kalau nak kurang manis)
- 5 sudu besar Milo
- 1 sudu besar serbuk koko (nak sedap guna serbuk koko Van Houten)
- 1/2 cawan susu segar


Cara buat:
1) Panaskan kuali. Masukkan buttercup. Gunakan api yang perlahan. Bila butter mula mencair, masukkan susu pekat. Kacau rata adunan. 2) Seterusnya, masukkan Milo dan serbuk koko. Kacau rata sehingga adunan menjadi sedikit likat berkilat.
3) Tutup api. Boleh patah-patahkan biskut marie dan gaul rata. Boleh ketuk-ketuk guna senduk kayu supaya tekstur biskut batik hancur sedikit. Kalau masukkan biskut semasa adunan masih panas, kek batik jadi lembut je. Confirm!
4) Sediakan loyang dan parchment paper / plastik. Masukkan lapisan pertama. Tekan sedikit kuat supaya kek jadi padat. Ulang letak lapisan kek lain dan tekan supaya padat. Pastikan isi kek dalam loyang padat dan tiada ruang kosong.
5) Dah siap, boleh letak topping yang disukai (nutella, Milo, creamcheese).
6) Masukkan dalam peti ais untuk disejukkan semalaman.
7) Dah keras, keluarkan dan boleh dipotong. 

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Main menu pula, nasi tomato, ayam masak merah, kurma telur dan acar jelatah. Yang ini kami collect duit setiap sorang nak cover main menu dan hadiah.

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Jengjengjeng. Pinggan aku. 
Nasi secoet seolah-olah diet. Padahal sebelum tu dah telan berpinggan potluck. Kenyang sangat makan sebelum tu sampai nak tertetas cangkuk kain ekeke. Ayam masak merah sedap! Even kenyang, ayam 2 ketul settled!

P/s: Bila penjarakan sosial, makan pun berjarak-jarak. Automatiknya suara pun jadi extra kuat, haha.

Baca juga:

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *