Wednesday, June 3, 2020

2 Kali Sakit Telinga | Rawatan & Ubat Sakit Telinga

2 Kali Sakit Telinga | Rawatan & Ubat Sakit Dalam Telinga | Rawatan Kesihatan di Klinik Kesihatan Beranang | Hai. Untuk kali kedua telinga aku sakit. Actually sakit dalam telinga, lepas tu rasa macam ada air terkumpul tak keluar. Rasa macam pressure imbalance (like in plane or tempat tinggi) pun ada jugak. Lepas tu telinga aku start tak dengar sebelah like something blocked gegendang telinga.

Aduh risau gila!
Pertama kali jadi kat telinga sebelah kanan. Rasa macam air taknak keluar. Alah kadang-kadang kan air masuk telinga kita masa mandi. So aku ingat macam tu. Tekan-tekan sikit area sebelah pipi tu then bunyi 'pop' boleh dengar dengan jelas. But then lepas tu telinga aku kembali blocked dan suasana sunyiiiiii di telinga itu.

After a few day benda yang sama jadi kat kat telinga kiri pulak. Dah kenapa bagus sangat kerjasama telinga kiri kanan ni? 

Jadinya awal bulan mei hari tu aku pun check-in Klinik Kesihatan Beranang. Aku pegi petang lepas habis keje terus shoot merempit dari PJ ke Beranang. Nasib la masa PKPB waktu kerja anjal 9.00 pagi - 2.00 petang je. Sempat aku merempit balik.

Waktu petang orang tak ramai. Alhamdulillah. Aku ni sejak sakit telinga bercakap pun dah serupa apa. Sebab macam berdengung lah apa kan. Kakak aku kata agaknya taik telinga keras? Sebab selalu memang kes sakit telinga berpunca dari tu kan? Aku macam suspek benda tu, tapi macam tak jugak sebab kalau taik telinga keras takkan dia kejap-kejap berdengung blocked, kejap ok. Apa taik telinga kejap lembut kejap keras? No no no.

Then aku googled. Cari kemungkinan kenapa boleh ada sakit telinga dan simptom macam aku. Dan too much infos! Seram apa yang ada di internet  boleh buat otak kita berfikir the worst!

Aku suka pegi KK Beranang sebab doktor perempuan. Dan doktor diorang baik. Dan sebab ada crush aku kat situ kahkah. Dan sebab kita bayar RM1 untuk rawatan terbaik setaraf klinik swasta. Ubat sama je yang dapatnya pun. But if korang tak sanggup queue up, better choice is always ke swasta lahkan.

Dan juga kenapa aku suka ke KK, sebab in case perlukan referral ke hospital lebih mudah dengan referral dari fasiliti kerajaan. Jadi berbalik kepada masalah sakit telinga tadi, from google kata mungkin boleh jadi juga eustachian tube problem? 

Thats the biggest problem! Amin pulak asyiklah takutkan aku hampeh punya budak. 

Jadi lepas checkup doktor, rupanya dalam telinga aku ada nanah. Entah macam mana boleh bernanah? Agaknya aku korek telinga kuat sangat kut? Teori taik telinga keras? Noooooo, in fact telinga aku bersih. Agaknya addiction aku korek telinga walaupun secara perlahan yang menyumbang benda ni jadi. Taubat nasuha rasanya nak korek telinga lagi lepas ni.

Rawatan & Ubat Sakit Telinga

Dapat 3 jenis ubat.
Ubat tahan sakit (sebab kadang-kadang dia berdenyut tu boleh buat ko bertukar jadi hulk), antibiotik amoxicilin & ear drop untuk 5 hari. 

Cukup 5 hari telinga aku pun dah baik. 

Ingatkan dah ok, tapi minggu lepas jadi balik telinga kanan aku. Bila aku menguap boleh ada bunyi bunga api meletup. Dah jadi berdengung, siap pakej kali ni jadi sunyi kalau ko tutup sebelah telinga kiri, satu hapah pun tak dengar. Dah kenapa? 😭 Bila tekan-tekan sebelah pipi pun tak jalan. Mak suggest masukkan air dalam telinga mana tau air yang blocked tu keluar. Tapi tak berjaya...

Kali ni sebab telinga aku jadi sunyi (the 1st time jadi tu aku still boleh dengar juga), aku tak boleh control frekuensi suara aku. Kuat sangat atau slow macam siput? Most of the time suara aku keluar ala-ala romantik rupanya sampaikan kawan aku kata diorang tak dengar apa yang aku cakap. Quite a shock sebab i was known as a vocal hahaha. 

Kenapa was? Sebab lepas sakit  telinga kakak taubat suara vocal, sekarang bercakap dalam nada suara telefon sahaja haha.

So aku ke KK Beranang lagi sekali, semasa PKP ni. Masuk-masuk je nampak crush fuhhhhh semangat! Even member pakai mask tetap ku kenal! Kalau masa sekolah dulu aku create crush untuk buatkan aku bersemangat nak pergi sekolah hari-hari. Now terpaksa create crush kat KK sebab nak bagi berani pergi klinik. Kahkah. Well as long as tak permanent rasanya doing no harm kan? After another checkup, rupanya dalam telinga aku ada nanah. Lagi. Seriuslah, kenapa masih ada lagi ni? Degil betul kumannya. 

Rawatan & Ubat Sakit Telinga

Hari tu aku dapat ubat yang sama (amoxicilin & ear drop) tapi untuk 10 hari pulak. Doktor pesan, after 10 days kalau berulang lagi kali ni diorang nak do something. Bukan bagi ubat je. Seram memikior. Aku dahlah penakut, rajin pegi klinik sebab tak tahan sakit je. Itu sebab yang aku pergi Klinik Gigi sebab nak cabut gigi, 2 kali pegi 2 kali tu aku pejam mata sampai ke sudah. Level pejam mata tu kan, sampai muka doktor tu pun aku tak perasan.


Baca Juga :

But overall, kalau sakit yang kita tak nampak ni, better cepat-cepat ke klinik dapatkan pemeriksaan. Kalau tak, takut jadi makin teruk or worst, ko googled dan dapat info pelik-pelik. Laaaaaaagi 1000 kali gabra. I refuse to live in that life, risau pasal benda yang tak patut itu sebab aku gigih juga check-in klinik.

Masuk hari ni ada baki 4 hari lagi ubat tu. Tapi telinga aku ni hari-hari merenyam. Kalau tangan kanan merenyam tanda nak dapat duit. Kalau telinga kanan merenyam? Adui. Itu tandanya apa? 😭

P/s: Selamat Hari Raya!

10 comments:

  1. alamak.. apa punca tu ye.. seram mama baca. syafakillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telinga bernanah. Dah sebulan lebih, 2 kali ke klinik pun tak surut-surut lagi.

      Delete
  2. Ada dengar dengung belah kanan ni. Tak sakit tapi kurang dengar.
    Takutlah pula baca.
    Harap-harap masalah awak selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga-moga selesailah. Hari ni dah dapat referral ke pakar. Nak tropong telingalah lepas ni 😁

      Delete
  3. adoi memang azab kalau sakit telinga ni , semoga Sha cepat2 sihat naa :)

    ReplyDelete
  4. Mudah-mudahan cepat sembuh sakit telinga tu.

    ReplyDelete
  5. OMG that hurts. seksanya. mesti susah nak tido ape semua sbb tak selesa.
    semoga cepat sembuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time nak tidur baringlah dia mula blocking telinga 😅

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *