Thursday, June 18, 2020

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka | Tips Selepas Rawatan Laser | Baiklah sambung cerita semalam yang pergi JPJ sebab nak renew lesen memandu yang hilang itu. Lepas jumpa Chuya, singgah Bangi sebab nak buat rawatan laser muka. Sebenarnya takde dalam perancangan pun nak buat, tapi terdetik nak cuba sebab fikir memandangkan dah cuti sehari dan sedang new norm pakai mask ni, tak nampak pelik sangat kalau aku berselubung mask sepanjang masa kat office.

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka
Muka redha.

Pertama kali nak cuba buat Laser CO2 peh berdebar sangat rasanya. Kenapa gigih sangat nak buat muka ni? (Soalan orang)

I guess, reward untuk diri sendiri agaknya? Sebab dah penat kerja, penat berulang alik rumah ke office 100km sehari nak jugak bercantik-cantik gitu (lepas ni kalau tak cantik jugak tak tau lah 🤭) Ada orang reward diri sendiri dengan beli barang kemas, ada yang bershopping handbag / kasut / baju. Ada juga yang travel melihat dunia.

Tapi aku tak buat semua tu (kecuali travel haha). I just have 1 watch yang dipakai tak kira masa. I just have 2 shoes for work everyday. Memang sejenis manusia yang kurang shopping (kecuali makanan). So i need something to boost my confidence. 

Lagi satu, kalau yang pernah jumpa depan-depan diorang tau lah parut jerawat berlekuk muka aku macam mana. Selalunya dalam gambar biasalah  efek kamera + kamera Oppo yang bagi flawless. Itu semua tipuuuuuuu. Jangan kamu semua tertipu dengan keindahan dunia.

Eh. Dah kenapa? 😂
Ok. Aku pergi sini. Klinik Dr. Bazilah Seksyen 9 Bangi.


RAWATAN LASER CO2 DI KLINIK DR. BAZILAH BANGI UNTUK HILANGKAN PARUT JERAWAT BERLUBANG


Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka

Actually lama dah follow Dr. Bazilah di instagram. Jadi niat hari tu nak dapat consultation dari dia lah. Tapi Dr. Bazilah cuti, aku jumpa pula dengan Dr. Suzana. After a brief introduction dan penerangan mengenai keadaan muka aku, Dr. Suzana come out with 2 treatment. 

Samada Subcission atau Laser CO2. Aku pilih Laser CO2 sebab selain induced collagen untuk ratakan parut berlekuk, dia juga benefited to oily skin as in dia help shrink pores. 

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka
Mesin Laser CO2 yang warna purple.

Wah cara terangkan macam dah boleh jadi beautician kan? Kahkah. Even Dr. Suzana pun boleh tanya aku "are u medical practitioner?"

I wish doctor. I wish.
But im not bright enough dan penakut dengan darah. Dan otot terkoyak. Dan luka.  Too many flaw. Itu sebab saya jadi Dr. enjin saja. Itu pun masih lagi level HO.

Turutan rawatan dia begini.
Facial cleansing. Numb cream. Laser CO2. Sunblock.

Facial cleansing itu biasalah. Nak bersihkan muka dari anasir-anasir yang kita pakai pagi sebelum keluar rumah.

Kemudian pakai numb cream (krim kebas) dalam tempoh 30-40 minit. Masa ni rasa mengantuk betul nak tidur, dengan lampu yang dimalapkan. Masa ni lah gunanya handphone nak skrol membawang dalam facebook sambil-sambil habiskan masa.

Selepas 40 minit, diorang cuci numb cream dan silakan bersedia. Oh, pakai dulu pelindung mata.

Dr Suzana very goodlah. Dia buat lembut je, tapi kan korang. Selepas pakai krim kebas pun, SAKIT GILA okeh Laser CO2 ni. Bila Dr. lalukan di bahagian yang kulit nipis (bahagian tepi muka area anak rambut), keluar air mata aku menahan kesyahduan. 

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka
Muka bengkak. Kalau zoom boleh nampak parut berlubang kat pipi dengan jelas. Marhaen macam aku je berani bare face dalam blog (statement berani mati).

Buat Laser CO2 ni, takdelah hilang terus parut berlekuk tu. Dia perbaiki dalam 20-30% sahaja keadaan parut itu. Downtime pula dalam masa 3-5 hari bergantung kepada keadaan kulit.

Habis laser, dah pakai sunblock, Dr. tanya lagi taknak ambik pakej ke? Pakej  3X  Laser CO2. Dengar macam best, tapi  hold dulu sebab nak tengok progress kulit dan rasa after effect laser (Mungkin tak ambil sebab trauma rasa sakit lepas laser as I have low tolerance in pain dan juga .... Dah start kerja semula ni poket bocor).

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka

Dapat antibiotik Doxymycin disebabkan ada kemungkinan jerawat naik disebabkan kulit dicetus dengan ganasnya oleh laser 🤣

Rupanya, Dr Suzana ni adalah Dr. yang sama yang aku jumpa duluuuuuu kat Skudai. Buat chemical peeling masa zaman jerawat aktif gila-gila. Tahun 2011. Kecik je dunia ni, pi mai pi mai tang tu jugak jumpanya. 

Blogpost  pasal buat chemical peeling di Klinik Suzana Bukit Indah JB ni memang hot. Sampai sekarang orang komen tanya feedback dan minta direction ke klinik. Ni aku letak balik blogpost lama pasal chemical peeling dan dermabrasion. Terpaksa edit betulkan ejaan dulu sebab ejaan aku tahun 2011 macam mangkuk. Boleh tahan rupanya menggila tadah muka zaman muda remaja. Berani betul. Ni mesti lenjan duit JPA 😂

Baca Juga :

Rasanya Dr. dah boleh bagi saya 1 free treatment lah kan? Promosi percuma dah 9 tahun. Hihi. Oh ya, Dr. Suzana dah buka cawangan klinik estetik baru di Dato Onn. 

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka
Keruping hitam dah tebal. Jangan ditanya kenapa gaya tangan itu.

Ini muka hari hari ketiga (Rabu). Malam Isnin tu dia punya berdenyut tu kuat betul sampai blur kepala. Malam terpaksa tidur awal sebab sakitnya tu disini. Fuhhh horror juga bila ingat.

Bangun hari kedua dah takde rasa berdenyut tu, cuma muka dah start naik tompok parut keruping hitam. Biarkan je dan stay cool. Dalam masa seminggu ni jangan pakai pencuci muka, toner, serum dan yang lain-lain tu. Cuma cuci muka dengan air dan pakai moisturizer waktu pagi dan malam. Air wuduk lagi digalakkan. Waktu siang pakai sunblock dan elakkan dari terdedah terus cahaya matahari.


TIPS SELEPAS RAWATAN LASER

1) Jangan cuci muka menggunakan pencuci muka dalam masa 3-5 hari atau sehingga muka tidak pedih.
2) Jangan pakai toner, krim siang, krim malam, serum dan seumpamanya kecuali sunblock dan pelembap muka (dalam masa seminggu dua).
3) Elakkan direct contact dengan haba / cahaya matahari.
4) Banyakkan minum air putih.
5) Bila muka mula menggelupas, jangan gatal tangan nak tarik. Biar kulit gugur sendiri.

Itu sebab orang cakap "Beauty is Pain". Menangis jugak rupanya aku masa laser tu. Tapi ku bersabar dengan harapan parut berlubang tu kambus tanah sikit hihi. Yang high pain tolerance kalau nak buat Laser CO2 ni dipersilakan. Ok je sebenarnya aku yang propa sakit lebih. Nanti lepas menggelupas semua keruping hitam ni, aku update progress ok 😉.

P/s: Nak tahu pasal harga boleh PM tepi segan nak tulis kat sini.




21 comments:

  1. teringin nk buat rawatan laser tapi dya ni penakut bila bab2 pedih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha takut juga, tapi buat-buat berani.
      Tapi lepas dah rasa laser sekali terus tobat sakitnya lahai.
      Seram bila ingat balik.

      Delete
  2. pasni mesti dh up hantaran rm20k .. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sikit sangat up-nya tu wak. Lebih lagi. Haha.

      Delete
  3. beraninya Sha...!! kak ain berani tengok je lah.. huhuhuu.. :)

    ...

    ReplyDelete
  4. Saya tak berani buat laser. Hehe sekarang tumpu pada pemakanan dan vitamin.
    Apapun kagumlah berani tadah muka dari 9 tahun. Nanti bagitahu perkembangan. Ek nak tanya harga tapi takut pengsan baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi 9 tahun lepas tu buat sekali itu je. Lepas tu bertahun-tahun tak buat apa-apa hehe.

      Delete
  5. Replies
    1. Cantik the makings (konfiden je ni) adoi... haha.

      Delete
  6. perghhh
    teringinnya nak buat
    tapi xmampu lah pula
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun sebab PKP tak pergi office ade extra duit minyak tak guna, hehe.
      Sekarang ni dah fullswing kerja memang tak dapatlah..

      Delete
  7. apabila sudah cantik...maka keyakinan meningkat..betul tak Sis..

    ReplyDelete
  8. baca kat sini pun dah terasa ngerinya... mesti sakitnya tuh alahai
    dulu2 masa muda pernahla akak buat rawatan laser utk buang jeragat... buatla sekali lepastu tobat tak buat pedih oooo itu masa tu umur akak 20an lagi...sekarang udah tua malas nk pikir psl jeragat, sebab jeragat ada sikit-sikit biarla ala-ala mcm omputih tu hahahha

    penatnya dik 100km tiap hari .,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak. Penat juga 100km tu.
      Tapi dah terpaksa hadap, telan dan kunyah je sendiri :)

      Delete
  9. Alamak, 100km ulang alik? Jauh tu Sha. Banyak² sabar ya ;)

    Betoi tu. Lain orang lain cara nak bahagia dan reward diri sendiri.

    Ruby pun suka reward diri dgn benda² yang boleh boostkan confident kita. Suka juga buat facial tapi tak pernah buat laser ni lagi. Hehehe.

    Lekuk² tu Sha cuba amik supplement protein berkualiti. Yang boleh hasilkan sel kulit baru. InsyaAllah lekuk tu akan tertutup dan rata. #justmy2cent 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni pun tengah makan supplement juga. Harap-harap ok serasi dengan Sha :)

      Delete
  10. waahhhh buat laser treatment tuuuu... x pe sesekali reward diri kan... sy pun ada buat jg... part paling x suka bila x boleh cuci muka... ya allah semggu x cuci rs sgt2 belengas muka ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg seminggu x cuci muka guna pencuci muka memang trauma. Tapi paling sakit malam hari buat laser tu. Berdenyut-denyut muka. Nangis!

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *