Wednesday, June 10, 2020

Neurofibroma | The Bad Skin Clinic Program

Neurofibroma | The Bad Skin Clinic Astro TLC | Hai. Siang tadi aku ke Hospital Serdang pergi Klinik Pakar ENT. Alang-alang nak ke Hospital Serdang, bawa abah sekali nak sambung checkup hidung dia. Sepatutnya hari tu bulan 4 ada operation, tapi oleh sebab pkp jadi operation tangguh. Now nak bawa dan semoga  tarikh barunya tak lambat sangat. 

So pernah dengar neurofibroma?

Lepas Astro tarik semula free channel dia (Aku dahlah suka layan movie. Sentap kita wak channel 411 takde. Nak bayar rasa tak berbaloi sebab tak tengok tv sangat hari biasa bila kerja), i was browsing channel apa nak tengok ni? Haha.

Then i came up to TLC Channel. Jap. Berapa no. channel dia? 707 rasanya. Program The Bad Skin Clinic.

Seriously pada aku best dan bila tengok baru tahu yang ada banyaaaaaaak lagi penyakit kulit selain jerawat, ekzema dan so on.

Sebelum umur 30 tahun, masalah jerawat aku memang teruk. Dan tak berkesudahan orang kata. Macam-macam produk, samaada prescribed by pharmacies, on shelf product, produk kedai jamu, bedak sejuk tradisional, makan antibiotik dan sampai ke tahap ke klinik kulit.

But to no avail.

I guess hormon + stress zaman belajar + kelenjar minyak over sensitif + darah yang buat jerawat tak berhenti. Magically when reach 30s, semua tu berkurang dan sekarang tinggal muka berminyak dan parut jerawat? Dah satu kerja pulak nak pergi buat laser hilangkan parut (kalau ada duitlah. Laser is so mahal 😭).

Masa zaman berjerawat tu kan, rasa rendah diri tu memang rendah sangat. Kalau boleh tanam diri dalam tanah sambil berjalan rasanya dah buat macam tu. Nak pula masa tu kena jaga kedai runcit abah. Ada satu tahap tu budak kecik dalam umur 5 tahun rasanya tanya mak dia "mak kenapa dengan muka kakak tu?"

I'm so heartbroken, tapi still kena senyum sebab itu customer.

Tapi bila tengok program The Bad Skin Clinic ni rupanya, setakat jerawat aku ni alahai. Not the worst rupanya. Ada orang lain yang laaaaagi teruk masalah kulit dan diorang tak mengalah pun untuk menjadi lebih baik.

neurofibroma, which is a nerve tumor that form soft bumps on or under the skin.

Contohnya ini.
This woman having neurofibroma, which is a nerve tumor that form soft bumps on or under the skin. The bumps tumbuh all over the body tau! Ada yang besar dan sangat obvious. Kesian sangat tengok. Dan rawatan yang sesuai dia buat laser. Nak laser pun bukan boleh buat sekali gus. Buat sikit-sikit dibahagian badan tertentu dulu.  Settle laser tunggu downtime lagi. Bayangkan berapa lama nak settle untuk 1 badan?

Yang bestnya program ni dia tunjuk dia buat operation. Yang Neurofibroma ni tak sempat rakam sebab baru tengok. Tak expect dia akan tunjuk operation.

neurofibroma, which is a nerve tumor that form soft bumps on or under the skin.

Yang ni sempat rakam. The patient ada masalah big bump kat belakang badan. Bump tu pulak lembik macam ada cecair dalam dia. Masa pemeriksaan, nampak betul bump dah macam the hunchback of notre dam, tapi takdelah sebongkok itu. Dia ada bump sikit je tapi masih jelas nampak. Yang gambar tu dia tebuk sikit kawasan bump, dan tarik keluar benda alah tu. Gaya tarik tu dah macam tarik ulat keluar dari tanah okeh. Nak termuntah tengok tapi layan je lah. Haha.


Jadi yang ni sempat rakam sebab nak tunjuk dalam blog hehe. Menarik kan? Dinasihatkan jangan makan semasa tonton program ni. Kalau makan nasi surely terkeluar nasi dari mulut 😂. 

Back to the program. After watch the program, buat aku rasa takdelah 'malang' sangat masa jerawat menggila tu. Sekurang-kurangnya ada alternatif dan the condition on off. Ada banyak lagi penyakit kulit yang pelik-pelik kat luar sana yang nampaknya menggerunkan but somehow the patient dalam program tu usaha untuk sihat kembali. Dan kalau kita rasa kita dah teruk, rupanya ada orang lain are having worst than us.

If it can boost my confidence, rasanya those yang watch for surely benefited too. Korang tengoklah nanti tau! Dengan syarat jangan makan atau minum masa tengok. Kalau tersedak jangan salahkan aku ya 😉. 

Kalau Malaysia boleh buat beauty program macam ni mesti boom meletop! Ini tidak, katanya drama ada tajuk Tentera. Tapi operasi tentera pun tak tunjuk. Kakak is kecewaaaa. 

Baca juga :
+ [ Yakin ]
+ [ 297km ]

12 comments:

  1. Memang selalu rasa tak sanggup nak tengok macam cerita Dr Pimple Poppers tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang tak sanggup gak. Tapi kadang-kadang layan je sambil pejam sebelah mata haha.

      Delete
  2. Assalamualaikum. Baru tahu pasal neurofibroma ni. Betul lah, kita rasa masalah kita tak teruk. baru nak 1 jerawat kecik dah mcm2 perasan dtg.. apatah lagi mereka ni. Bila tengok dia keluarkan tu, kite pulak rasa puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati ek? Haha. masa tengok dia keluarkan tu rasa loya tekak.

      Delete
  3. suami saya selalu ada masalah kulit. kesian sebab kena pantang macam2...duit habis pun boleh tahan juga sebab klinik pakar kulit ni mahal

    ReplyDelete
  4. Auuu geli pulak tengok tapi nak tengok. Kak feni pulak sekarang ni banyak naik biji-biji kolesterol kat atas kelopak mata. Macam nak pergi klinik juga nak tanya kenapa. Harap ada la masanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik biji kolestrol tu bukan sebab kolestrol ke Kak Feni?

      Delete
  5. hahah saya kalau tengok dalam video camni boleh layan,
    tapi kalau bagi daging korban depan mata... rasa terawang -awang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Saya pernah tengok korban live, rasanya lepas ni taknak tengok dah. Rasa kesian kat lembu tu punyalah meluap-luap. In the end tak dapat makan. Sedih.

      Delete
  6. alamak.. ngerinya mama tgk gambar2 tu

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *