Thursday, June 11, 2020

Menu Pantang Abah | Tenggiri Goreng Bawang & Cili Potong

Menu Pantang Abah | Tenggiri Goreng Bawang & Cili Potong Paling Simple, Senang & Cepat | Menu simple Ikan Tenggiri Goreng Bawang & Cili Potong ni memang selalu masak kat rumah. Biasanya guna tenggiri, kalau ikan lain takde pulak nak masak macam ni haha. 

Menu Pantang Abah | Tenggiri Goreng Bawang & Cili Potong

Kan aku ada cerita sebelum ni yang abah warded sebab severe sinusitis kan? Bila discharge sambil tunggu turn operation, bila balik rumah memang kena pantang makan. Ada sekali tu bila termakan sambal udang, abah kata hidung & mata sakit. Jadi nak tak nak sekarang kat rumah ni seafood dikurangkan. Kalau nak masak kena sorok sikit. Tapi kalau semua nak makan, kita masak. Takpelah. Abah rasa sikiiiiiit je tau!

Senang gila lauk ni. Basically ikan goreng yang diletak sekawanan bawang digoreng diatasnya. Tak sampai 10 minit siap dah boleh makan. 

RESEPI TENGGIRI GORENG BAWANG & CILI POTONG PALING SIMPLE DAN CEPAT



Bahan-bahan:
Ikan tenggiri *2 keping
Bawang merah *1 labu
Bawang putih *2 ulas
Cili merah *1 tangkai
Serbuk kunyit
Garam
Minyak masak
*Nak ganti cili merah dengan cili api pun boleh.

Cara masak:
1) Lumur ikan tenggiri dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng.
2) Angkat ikan. Ketepikan.
3) Goreng bawang merah, bawang putih dan cili hingga layu.
4) Dah layu, matikan api dan angkat dari kuali.
5) Letak atas ikan dan ratakan. 

Siap.
Betulkan tak sampai 10 minit.

Menu Pantang Abah | Tenggiri Goreng Bawang & Cili Potong
Versi cili api dan bawang seciput

Abah request masak macam ni sebabnya kalau buat sambal guna cili kering, kadang-kadang ada rasa sakit kat tekak dan hidung. Tapi abah ni by nature suka makan pedas. Orang nogori kan. Tak lari dari makan pedas. So masak macam ni bolehlah nak dapat hint pedas hujung-hujung lidah hehe.


16 comments:

  1. simple tapi sedap nih... yelah orang tak sihat kan... selain goreng gini kalau bakar mesti layan jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakar pun sedap kak. Lawan dengan air asam fuhh..

      Delete
  2. saya kalau goreng ikan tenggiri suka makan dengan air asam. Ratah je. Jarang2 makan dengan nasi. heheh

    ReplyDelete
  3. Walaupun simple Tapi menyelerakan ni..kena pulak makan masa nasi tengah panas... perrggh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, yang simple yang selalunya buat bertambah nasi kan?

      Delete
  4. Ya Allah!!! Sedapnya ikan tenggiri!!!

    ReplyDelete
  5. Makanan pantang macam ni lah yang sedap. Bawang potong dengan cili potong tu buat tambah menu tu jadi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya banyak makanan pantang tapi sedap-sedappp hehe

      Delete
  6. so masak mcm tu bolehla abah dapat bakal menantu hujung bulan nih.. ihiksss wak gurau2 jeeew :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Bakal aje kan wak? Confirmnye entah bila 😅

      Delete
  7. kadang2 buat jugak cemni.. kalo xde ikan ganti dengan ikan bilis hehe..
    pun sodappp..

    ReplyDelete
  8. simple tapi sedap tu mama suka tenggiri goreng mcm ni

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *