Tuesday, June 9, 2020

Salah Baju ke Salah Perut?

Kali ketiga ke KK Beranang hari ni, baru dapat referral ke Klinik Pakar ENT Hospital Serdang. Dah agak dah kali ni confirm dapat sebab dah lama sangat nanah dalam telinga ni, tak kering-kering. 2 kali makan antibiotik, the first time untuk 5 hari, the second time 10 hari pun tak jalan juga. 

Masuk jumpa doktor di Consultation Room, dua-dua belah telinga ada nanah. Banyak pula tu. Itu menjawab soalan aku yang awal dulu, kenapa sekarang telinga belah kiri pulak yang blocking. Rupanya dah ke sebelah kiri pulak.

So hari ini sampai ke saat ini telinga aku sunyi macam di dalam hutan huhu. Tadi pun masa tunggu ubat depan farmasi, rupanya no. giliran siap terlepas. Entah sebab tak dengar ke ralit buat benda lain. Aku suspek ralit lah. Tak sanggup nak mengaku tak dengar. Seram memikirnya.

Sebelum masuk klinik kan ada saringn suhu kat luar pintu. Macam biasa soalan nurse 
"Ada demam, batuk, selsema?"
"Puan mengandung ke?"

Mengandung? 
Mengandung?
Mengandung?

Terpaku kejap.
Kejap.
Kejap.

Actually dah tahu itu soalan standard sebenarnya bila yang datang ke klinik tu wanita. Tapi still nak rasa terpaku juga.

Dapat referral ke Klinik Pakar ENT Hospital Serdang

Hari ni aku pakai blouse merah dengan skirt hitam. Ala-ala nak pergi pejabatlah konon. Kita kan BDR kiranya keje jugalah. Aku suka blouse merah ni sebab very loose. Berangin gitu. Kalau makan banyak confirm tersimpan helok je spare tire tu.

But then, bila dapat soalan mengandung tu ........ Pedih juga di dalam hati hahahahaha. Salah bajukah? (Sedapkan hati). Salah perutkah? Nampaknya itu juga satu hint to lose weight. Tepuk perut marah dia kenapa makan banyak sangat?

Dapat referral ke Klinik Pakar ENT Hospital Serdang | Ubat antibiotik erythtromycin dan eardrop sakit telinga

Dapat antibiotik lain. Amoxicilin sebelum ni tak cukup umph nak reduce nanah tu. Infection sampai ke telinga kiri ni buat sakit kepala juga. Jadinya doktor tukar antibiotik lain. Erythromycin.

Macam biasa, masuk je KK Beranang bila nak letak kad pesakit luar kebetulan ada crush kita kat situ. Awwwww, ada yang dapat teka ke? Hahaha.  Tak dapat teka sudah.


U know aku percaya sangat bila kita bahagia, sinar bahagia tu akan terpancar melalui sinar muka, raut wajah dan lenggok badan. People glow differently when they are happy. So please, be happy dalam apa yang kita buat. Apa-apa yang kita nak buat dalam hidup fikirkan diri kita. Kuatkan diri untuk bantu diri sendiri baru orang lain boleh bantu kita.

Why? I read somewhere, an abused wife minta pendapat orang lain mengenai rumah tangga dia, but then dia terlalu takut untuk take action. Kesian sangat sebab ramai orang yang willing to help. Tapi dia terlalu takut untuk kuatkan diri. Semoga Allah akan menjaga kita semua, jadikan kita kuat bila perlu, jadikan kita seorang yang punyai hati untuk diletakkan kasih sayang ditempatnya. 

P/s: Crush kita muda level anak ikan. Itu sebab dia jadi crush je 😁


Baca juga :

26 comments:

  1. omg tak elok lg ke sakit telinga tu? i hope it'll be better soon.

    ReplyDelete
  2. semga cepat2 sembuh Sha, alaa salah baju jer tu haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ kak.
      Saya memang dah ambik keputusan, semua ni memang salah baju. Grrrr.

      Delete
  3. Harap sembuh telinga tu. Sabar jerla lama juga tak elok.

    ReplyDelete
  4. aduhai seksanya telinga ada nanah, teringat masa telinga sakit tak tau sebab apa pun dah seksa macam apa... ni kalau bernanah... mesti tak selesa kan, akak pun suka pakai blouse yang kembang kt perut hehehhe

    ReplyDelete
  5. biasala tanye org pompuan mengandung., hehehe

    ReplyDelete
  6. Salah baju tu.. salah baju..

    ReplyDelete
  7. hihihi...saya pun selalu terima soalan "puan mengandung ke?"..
    redhalahhh..perut mmg bunch..hihihi

    ReplyDelete
  8. itu laaaa... baju saya pun banyak yang dah mengecil...
    muat masa seminggu raya je.. sobs sobs sobs..

    ReplyDelete
  9. Baju punya pasal lah ni kan. nak juga salahkan baju. stay cool. jom kurus sama-sama. semoga cepat sembuh Sha..Aaminn

    ReplyDelete
  10. sepanjang pengalaman saya yang pernah menjadi suami..

    lebih swweet jika proses pemeriksaan ibu mengandung bersama suami mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, setuju sangat.
      Tapi dalam cerita ni masalah tak mengandung pun haha, itu yang menusuk ke kalbu.

      Delete
  11. Setuju. Kita perlu bersedia untuk dibantu baru lah orang lain boleh bantu kita :)

    ...

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *