Friday, June 12, 2020

Cermin Mata Baru

Buat Cermin Mata Baru di Yes Optical Tesco Semenyih | Salam. Hai! Hari ini bersiaran dari office, menjaga office namanya bagi laluan kepada staf yang dah berumahtangga ni pulang ke kampung berhari raya. Well, kita ni dah setiap hari balik kampung jumpa mak abah (hiks), bagi chancelah kat perantau kota.

Dah buat cermin mata baruuuuu. Last aku buat cermin mata bulan 10 tahun 2016 kat Johor Premium Outlet JB. Ha ambik ko, siap ingat bulan dan tahun over sangat tau! Jadi kiranya sesuai sangat 4 tahun kemudian buat cermin mata baru. Cermin mata lama pun dah bercalar balar macam kena cakar kucing. Power pun dah tak sama sebab bila pakai asyik pening-pening. Tapi bila fikir logik, terbaiknya setiap tahun periksa mata untuk monitor rabun kita, ye tak?

Aku rasakan rabun aku makin teruk sebab bila buka spek habis semua jadi berdouble  triple. Hari tu kat rumah ingatkan benda atas meja tu kurma, rupanya pemadam 😂. Sia-sia je kalau gigit 😂

Biasa pergi kerja pakai contact lens. Kalau datang malas nak tenyeh mata, baru pakai cermin mata. Atau masa-masa takde kelas tak jumpa student pun baru pakai cermin mata. Aku pakai daily contact lens, pada aku agak mahal nak maintain itu yang tak boleh pakai setiap hari. Kena alternate between spectacle dan contact lens. Kalau lens yang monthly dah cuba banyak brand tapi pernah kena tiba-tiba mata jadi kelabu asap, haaa takut gila terus taknak pakai yang monthly punya (padahal orang lain ok je awak je yang over).

Kenapa bila jumpa student je baru pakai contact lens?
Sebab nak tunjuk mata cantik baru student pay attention dalam kelas.
Kahkahkah. Gila punya yakin ya Allah.



Buat Cermin Mata Baru di Yes Optical Tesco Semenyih
Tak pakai cermin mata. 
Masa awal-awal kerja dulu aku pakai color contact lens dah serupa mata kucing. Sekarang kita pakai colorless je. Natural beauty gitu (keyakinan kena 100% kah!)

Buat Cermin Mata Baru di Yes Optical Tesco Semenyih
Pakai cermin mata. Versi teleng kiri.
Lebar nau muka banyak makan lemang 🤣.

So, versi mana lagi ok?

Kali ni buat kat Yes Optical Tesco Semenyih. Pakej lens + bingkai + ape entah lagi yang aku tak ingat (again apa yang kau ingat) RM220. Siap dalam masa sejam. So sejam tu aku pun merayau dalam Tesco. Tau-tau je lepas sejam aku bawak keluar 2 plastik 😂. Padahal niat asal nak pergi buat roadtax je. Dah terbabas buat spek + shopping benda lain. 

Oh ya, mata super power saiya dah naik 400 pulak kiri dan kanan. Kalau naik 500 dah boleh bertukar jadi Profesor X. Adui, macam mana ni? Ada tips tak macam mana nak kurangkan rabun ni?

Baca juga :
+ [ Tilam SweetDream Beranang Warehouse SALE ]
+ [ Penangan Sale 12.12 ]
+ [ Makan Gaji ]




26 comments:

  1. Tinggi ya rabun. Silau tinggi tak? Saya power -300 dan silau -100 lebih.
    Tips memang dengar macam-macam tapi tak konsisten. Kena makan banyak unsure vitamin S.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silau takde. Ni memang fully rabun je 400 ni. Unsure vitamin S tu susu ke?

      Delete
    2. Alamak salah taip. Nasib baik baca balik komen. Hehe. Maksud vitamin A. Maaf ya.

      Delete
    3. Oh hahaha. Ok ok Vitamin A ye. Hmmm. Kena tengok balik ni sayur mana banyak Vitamin A.

      Delete
  2. Nasib baik x tmakan pemadam tu 😅😅😅

    ReplyDelete
  3. Anak akak dua2 ni tahun pertama pakai spek. Memamg kena tunggu diaorang pening ke baru tukar spek tu?

    Tapi memang diaorang berdua pun malas pakai spek. Jenuh suruh pakai bila tengok tv atau komputer. kalau tak pakai mata makin teruk..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau optometris pesan, setiap tahun check power mata utk monitor power je. Kalau dah pakai spek, better pakai terutama masa tengok tv & pc & henpon sebab rays dari 3 item tu yg penyumbang terbesar mata rabun.

      Delete
  4. lama jugak dah tak bertukar spek sebab pakai spek kat rumah je. kalau keluar lebih selesa pakai lens sebab taknak tudung mengembang kalau pakai spek. Tapi spek wajib ada lah kan. standby. versi tak pakai spek okay lagi. pakai spek pun comel what :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha even pakai lens, spek tetap standby dlm henbeg. Samalah tak suka sangat spek sebab buat tudung mengembang 😅

      Delete
  5. mata saya rabun sejak 20 tahun yang kepas..

    tetapi saya tidak biasakan diri untuk guna cermin mata..

    alhandulilah tahap rabun semakin teruk juga

    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha. Pengsanlah gitu. Serius memang tak pakai spek?

      Delete
  6. saya tiap 2 tahun sekali tukar spec. contact lens dah retired guna, dh tak sesuai tuk mata rabun jauh dekat ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus, memang saranan optometris utk sentiasa tukar spec ikut power semasa. Cuma selalunya kemalasan yg buat kita tak tukar spec ni 😅

      Delete
  7. Assalamualaikum. nice laa dgn spek mata baru...

    ReplyDelete
  8. salam cik nurul tuuh..
    lastweek sakit telinga ye..
    mingu sakit mata pula..
    mcm kawan wak tu.. tp dia sakit gigi pulak.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wak.
      Sakit telinga still lagi sampai ke minggu ni.
      Sape pulak kawan wak yg sakit gigi itu?

      Delete
  9. dedua pun comeeey hehe.. kite suka pakai cermin mata dari contact..
    sebab troma da pakai contact.. heeh..

    ReplyDelete
  10. bagus tu confident level tu penting wpun guna lense apa salahnya

    ReplyDelete
  11. Lebih kurang sama rabun kita huhuhuhu...
    Mrs. A sebelah 375 dan sebelah 400 tapi kalau beli contact lense dedua belah amik power 375 senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah naik sampai 400 ni rasa makin seriau pulak kan. Aduhhh.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *