Wednesday, June 17, 2020

Pertama Kali Hilang Lesen Memandu

Pertama Kali Hilang Lesen Memandu | Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang | Cerita Isnin lepas sebenarnya, aku ke JPJ Putrajaya disebabkan nak renew Lesen Memandu yang baru .... Lesen memandu yang lama mana? Jawapannya lesen memandu yang lama hilang! 

Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang

Nama pun benda hilang. Tak pasti pula aku cicir dimana. Yang ingat kali terakhir aku keluarkan lesen masa ke MYEG Tesco Semenyih, nak buat roadtax. Lepas tu campak dalam handbag dan selepas itu terus lupa.

Hari Sabtu lepas sebelum nak keluar shopping barang rumah dengan mak baru perasan lesen hilang?  Lama juga hampir 2 minggu aku memandu kereta dengan yakin tanpa kehadiran lesen haha. Rezeki sebelum ini drive jauh Beranang - Petaling Jaya tiada roadblock. Kalau tak seram juga nak reka ayat apa kan? Kalau buat muka blur baru sedar lesen hilang waktu itu, agaknya dipercayai tak?

Baca juga :

Hari Isnin lepas ambil cuti siap-siap dan pagi tu terus ke cawangan JPJ terdekat. Cawangan JPJ paling dekat dengan Beranang adalah JPJ Cawangan Bangi. 

Ada yang tanya kenapa tak pergi pejabat pos je? 
Entahlah. Boleh ke buat yang baru tanpa lesen lama di pejabat pos? Setahu aku kalau hilang kena pegi JPJ terus. Setahu aku lah. Dan satu lagi sebab, Pejabat Pos punyalah pack! Sesak! 

Sampai JPJ Cawangan Bangi Seksyen 9, dari jauh dah nampak lautan manusia beratur depan tu. Selautan manusia ya, dengan barisan yang panjang dan berlapis-lapis. 2 kali berpusing nak dapatkan parking pun tak dapat-dapat. Give up dan ambil keputusan ke cawangan JPJ terdekat lain.

JPJ Putrajaya pula.
Mana tahu ke hq JPJ ni kaunter lagi banyak dibuka, staf lebih ramai, kawasan lebih besar dan urusan lebih cepat? 

Tapi....
Naifnya aku membayangkan JPJ Cawangan Putrajaya berada di Menara MOT. Rupanya JPJ Cawangan Putrajaya berada di Bangunan Galleria PJH. Sebelah Bangunan MOT. Bangunan hq jabatan tempat aku bekerja. Bangunan yang boleh kata kerap juga pergi untuk mesyuarat, bengkel dan kursus. For almost 8 years in service. Bangunan itu lah yang aku tuju. Dan aku tak perasan JPJ Cawangan Putrajaya disitu? 

Ya ampunnnnnnnnn. 
Apa teruknya tahap pemerhatian diri sendiri ni? Astaghfirullahaladzim.

Boleh tak perasan yang tingkat bawah sekali tu yang selalu orang ramai beratur rupanya JPJ? Gelakkan diri sendiri sekejap. Ok mungkin perasan (nak sedapkan hati sekejap) tapi aku tak ingat? (Sedapkan hati lagi). Tapi kenapa sampai kena google lokasi dia? Hahahaha. Adusssss.

Dah dapat parking, baru je turun tangga dah nampak barisan panjang manusia juga. Alamak... Ini barisan nak masuk Galleria ke JPJ sahaja? Kalau nak masuk Galleria sahaja dah panjang macam ni gila kentang! Strict betul administration Galleria.

Tapi rupanya manusia yang ramai itu ... Semuanya urusan JPJ. Gila kentang lagi sekali 😂.

Oleh sebab limit masuk 30 orang untuk setiap urusan, bercinta juga nak tunggu orang keluar dari dalam JPJ. Yang kelakarnya ingatkan beratur di koridor luar Galleria PJH tu, lepas saringan suhu boleh terus masuk.

Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang

Tapi ... Depan pintu kaca JPJ pun beratur lagi. Siap dah ada 2 baris 😂 hahahahaha. 

Sambil tunggu, nampaklah staf JPJ meronda dan tanya kami yang tengah beratur ni. Ada sesetengah urusan seperti renew roadtax boleh dibuat menggunakan mesin di Bangunan MOT, jadi mereka maklumkan untuk ke Bangunan MOT.

Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang

Sebab lama tunggu, sempat juga lari masuk toilet. Muka dah berminyak-minyak kita touch up dulu mana tahu kena tangkap gambar? Bila upload dalam facebook, ada pulak yang cam tandas hq ni hahaha. Nampak sangat selalu pergi hq. Sebab dalam facebook aku tag lokasi JPJ. Itu yang kawan komen, mostly semua tanya ehhhhh tu bukan hq ke? 

Iya. 
Memang ini bangunan hq. Tapi aku bukan buat urusan rasmi. Kelakar bila fikir, selama datang sini tak pernah beratur. Bila datang untuk urusan tak rasmi beraturnya bukan main. Itu yang orang kata roda tak sentiasa berada di atas.
Eh betul ke tidak?

Alhamdulillah tak lama beratur depan pintu kaca, datang staf JPJ tanya dan bawa kami yang nak renew lesen ke tepi Galleria. Rupanya ada coaster bergerak JPJ. Yey..... Syukur Bangunan MOT kat sebelah bolehlah diorang backup bila jadi hal-hal sesak luar jangka begini kan?
Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang

Bayaran renew lesen baru hanya RM30 dan alang-alang buat baru, minta renew untuk tempoh setahun lagi. Jadi tahun 2023 baru renew lesen baru. Sekejap je renew. Tak sampai 5 minit! Bila dah dapat lesen tu rasa lega betul. Lepas ni kalau jumpa roadblock tak risau dah! 

Apa Yang Perlu Dibuat Sekiranya Lesen Memandu Hilang?

Pergi terus ke mana-mana Cawangan JPJ yang berdekatan.

Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Memohon Lesen Memandu Baru:

1) Kad Pengenalan
2) Bayaran RM30

Dan tempoh untuk dapat lesen memandu baru sekejap sangat. Dalam masa 5 minit dah siap! Dalam masa PKP ni, rasanya kalau urusan kurang kritikal elakkan tempat-tempat tumpuan ramai seperti JPJ ni sebabnya orang sangat ramai! Kalau ada alternatif lain seperti nak renew lesen yang boleh dibuat di pejabat pos, mungkin boleh pertimbangkan ke pejabat pos (kalau pejabat pos kurang sesak juga). Tapi kalau dah memang tak boleh elak, mohon tingkatkan kesabaran ya.
Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang
Jumpa kawan lama dari Form 1.
Chuya ni ni antara kawan lama aku yang still remain in touch. Lamanya berkawan tu nak masuk 19 tahun juga. Kalau ada anak, dah jadi anak dara pun. 

After 19 years, aku masih ingat first treat dia. Masa tu baru masuk Tingkatan 1, baru masuk asrama. Aku lah tu yang stay asrama. Chuya ni pulak outsider (term untuk student yang tak stay asrama). Sekolah kami ni pulak kat Kampung Bharu. Dekat sangat dengan Chow Kit. Ada sekali jalan kaki ramai-ramai nak naik LRT (dulu-dulu kita panggil Putra LRT kan), kami boleh terserempak dengan 'social workers' baru balik kerja? 

Macam mana boleh tahu itu 'social workers'? Well, dari segi dressing & mekap tebal lah. Mana ada orang pukul 6.30 pagi pakai mekap tebal? Takkan pergi office mekap macam tu? Haaaa.

Ok first treat Chuya.
Pizza Hut uols. 
Aku ni dulu duduk kampung je. Fast food yang pernah aku makan hanyalah KFC. Kira itu paling gempak sekali dalam hidup. Jadi bila Chuya ni belanja Pizza Hut fuhhhhh memang teringat-ingat membawak ke tua ni hah 🤣.

Kali terakhir jumpa tahun lepas. Tahun ni nak singgah raya musim PKP pulak. Tapi jumpa nak membawang tetap onzzzzz. Borak dalam kereta tepi jalan depan Starbuck pun jadi. 45 minit jugaklah membawang itu pun rasa tak cukup 😂. Kami tak keluar pun, dua-dua kebetulan hari tu puasa 6. Just nice je duduk depan Starbuck tengok orang bawak keluar berbungkus air. 

Dalam pukul 2 lebih baru gerak balik. Tapi kan dah ambil cuti sehari. Baru pukul 2 kira awal lagi nak balik. Jadinya sebelum balik rumah kita singgah Bangi pulak. Buat apa? Hah. Cuba teka.

Cuba Rawatan Laser Fractional CO2 di Klinik Bazilah Bangi

16 comments:

  1. aduhai punyalah panjang barisan tu yek... lepas tu dah cari betul-betul ke, kot lah ada jugak selit kt mana-mana ke heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cari kak, tapi entahlah. Tak jumpa juga. Tapi bila dah berjaya renew ni tak fikir apa dah hehe.

      Delete
  2. untunglar ada girlfren., hehehe

    ReplyDelete
  3. wahhh panjang tu Sha...mau lenguh kaki beratur tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lenguh sikitlah kak. Tapi nasin baik geng jpj lain backup ada coaster bergerak.

      Delete
  4. Baca pun dah mengikut sama penat kikiki

    ReplyDelete
  5. pergi bangi buat facial ke? hehe..
    terima kasih for the info camna if lesen hilang, saya aritu renew thn sekali, nx yr baru expired. malas nak renew selalu, mls que

    ReplyDelete
  6. Jangan membawang waktu puasa. Hehe.
    Syukurlah ya lepas tu dipermudahkan untuk memperbaharui lesen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, awalnya sukar hujungnya manis hehe.

      Delete
  7. alhamdulillah semua berjalan lancar akhirnya

    ReplyDelete
  8. adoiiii tgk panjang mcm tu tingat video pelanggan yg dtg ke kedai mart Ust Ebit smlm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai Ust Ebit Lew laaaaaagi panjang barisan manusia. Berpusing-pusing 1 bangunan.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *