Monday, June 15, 2020

Anak Dara Balik Raya

Anak Dara Balik Raya | Hi, salam raya 2.0! Hehe. So apa cerita raya 2.0 korang. Semenjak dah boleh merentas negeri, sejak minggu lepas ramai yang ambik peluang balik kampung. Kakak dengan anak buah 3 orang tu pun sama naik balik rumah nenek dia ni. Well, sebelum ni kami nak ke rumah diorang tak boleh (even ke Seremban aje pun) sebab roadblock kan, now apa lagi zassss lah mereka sampai.

Pagi Sabtu lagi dah sampai. Masa tu aku dengan mak tengah shopping barang dapur. Best pulak pagi-pagi (takdelah pagi sangat dalam pukul 10 pagi) masuk Econsave, orang tak ramai, barang pun banyak. Sangat bertenang kelebet tempe satu-satu.

Rupanya Econsave pun ada scan qrcode. Tapi dia letak kat belakang-belakang, yang depan tu buku tulis. Lepas tulis nama tu baru nampak qrcode dia adussss dah kenapa letak kat belakang. Kalau boleh kurangkan contact, pen yang guna untuk tulis nama tu entah dah berapa ramai pegang. 

Lepas tulis je nama cepat-cepat pakai hand sanitizer sendiri. Ada pernah baca kat wall fb (ke ig?) siapa entah, owner advice untuk kita pakai hand sanitizer sendiri sebab yang ada depan pintu masuk mall / kedai tu entah berapa % alkohol dan air semata. Takut tak comply je sebab syarat pkp ni kan kena letak hand sanitizer depan pintu masuk. Diorang betul guna hand sanitizer atau dettol je, Wallahualam. Tapi lebih baik guna hand sanitizer sendiri punya.

Shopping barang dapur di Econsave Semenyih

Mak carik nenas nak buat masak lemak nenas dengan ikan masin. Ikan masin beli dari kawan yang jual ketam nipah hari tu. Aku beli ikan masin kurau dan talang. Buat masak lemak nenas dengan ikan masin, settle kurau + guna separuh talang memang menambah nasi jadinya. Abahlah yang menambah tu haha. Abah kata dah lama tak makan lauk macam ni, well nak buat macam mana abah kan tengah pantang makan sementara nak tunggu operation. Ini dah terbabas masak bolehlah makan sikit-sikit.

Baca juga : Masak Lemak Nenas Dengan Ikan Masin

Anak dara kemas rumah mop lantai

Mokcik tak dera dia tau. Ini memang anak dara rajin nak mengemop rumah 😂. Siap berebut lagi 2 beradik tu nak mop lantai. Solution mokcik yang adil lagi saksama adalah, korang bahagilah mop hall. Tapi yang menang mop first tentulah kakak dia. Punyalah semangat mop rumah siap menari okeh. Dia tak tahu kemudian hari dah besar nanti ko nak mop rumah pun malas (macam mokcik dia) 🤣. Kalau boleh beli mesin mop rumah tu dah lama beli okeh haha.

Tengahari tu makcik datang, kebetulan sedang cantik je settle masak lunch. Lepas berjemaah lunch, abah beli durian! Fuhhhhh bergaduh nasi, ikan masin, nenas dengan durian dalam perut. 

Durian murah Semenyih Beranang RM5/kg

3 round makan durian, lepas tu semua dah terbaring pengsan. Murah durian ni, RM5/kg. Isi pun cantik-cantik. 

Aktiviti mandi kolam musim pkp

Sambil mokcik nenek semua baring, anak buah aku terjun dalam kolam. Kali ni mak diorang beli kolam baru yang laaaaaagi besar dari kolam diorang sebelum ni. Saiz sebijik kereta myvi lah jugak. Kemain Kazim berenang okeh. Anak dara 2 orang + 1 sepupu boleh berenang kuak lentang lagi (over sangat).

Overall Alhamdulillah raya 2.0 yang oklah juga. Walaupun tak berjalan raya sangat tapi sekurang-kurangnya dah boleh rentas negeri berdekatan. Takdelah nak pegi jauh sangat sebab takut juga Covid-19 ni masih bebas kat luar sana. Nanti karang orang tak bagi kat kita, kita pula jadi punca kluster baru. No no no jangan jadi macam tu. Kalau kita boleh sabar 3 bulan lebih, sabar lagi sikit je lagi. Mana tau Raya Haji nanti laaaagi super duper meriah? 


Baca juga:
+ [ Elon Kakak ]


18 comments:

  1. Raya 2.0 saya pun meriah juga. Ingat tak nak peluk dan cium tapi sampai rumah Uwan, makcik terus cium pipi. Harap takde apa-apa.
    Masih belum makan durian lagi.
    Takpe ada Raya Haji pula, raya 3.0. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah dah tercium pipi. InshaAllah takde apa-apa :)
      Raya 3.0 semestinya ditunggu-tunggu pula lepas ni. Semoga by the time raya haji tu keadaan dah semakin ok.

      Delete
  2. Selamat menikmati rumah setelah sekian lama hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, those for yang baru kembali ke rumah terchenta selepas lama terpisah pkp hehe.

      Delete
  3. hamboih seronok lah balik kampung, meriah dengan anak buah... layan durian ramai-ramai tu bestnya, pastu memang seronok shopping awal pagi dan orang tak ramai.... akak pun sentiasa standby hand sanitizer sendiri dlm beg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan,standby hand sanitizer sendiri lagi ok rasanya.

      Delete
  4. Menyenangkan sekali berkumpul bersama :).

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah raya 2.0 pun tetap raya dan meriah juga.

    Mula-mula Mrs. A macam leceh nak scan QRcode tu tapi sekarang dah normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya scan qrcode lagi mudahkan dari tulis buku. More secure.

      Delete
  6. bolwh sangat tu..

    boleh la berjumpa dengan orang tua yang pasti rindu dengan anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.
      Dah lebih 3 bulan kan tak jumpa rindu itu pasti ada :)

      Delete
  7. Ya Allah durian tuu. Tak merasa durian lagi so far ni. Nurul pun lagi suka scan dari tulis. Rasa tak hygiene je bila ramai-ramai pegang pen dengan buku tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, so lepas ni pergi mana-mana nak cari dulu scan qrcode. Kalau takde baru tulis.
      P/s: Cepat-cepatlah beli durian sementara tengah murah ni hehe.

      Delete
  8. syoknya berendammmmm mesti x igt nk mkn kalau mcm tu laa gayanya hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh diorang still ingat makan. Menjerit-jerit dari luar mintak hantar makanan 😂

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (86) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *