Wednesday, June 24, 2020

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan

June 24, 2020
Potluck Raya 1441H | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan | Salam. Hai! Semalam ofis ni sempatlah juga buat potluck sempena hari terakhir Syawal tahun 1441H. Sekali harung juga meraikan perpindahan 2 orang staf. Seorang berpindah bersempena naik pangkat, seorang lagi pula berpindah bersempena .... er, sebab mintak pindah?

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Well, tak kira apa pun alasannya perpindahan itu, kita doakan yang baik-baik dan semoga lebih berjaya dan cemerlang di tempat baru. InshaAllah ๐Ÿ˜Š
Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Isnin lepas ex-student datang nak ambil surat. Cepat je diorang habis, macam baru semalam masuk kelas. Tiba-tiba dah habis. Ini kang tau-tau esok aku dapat jemputan kahwin ๐Ÿ˜‚

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Gambar potluck dan dan sambutan raya tahun lepas. Sempat shooting ala-ala tetamu sebelum main bufet katering sampai. Rasanya masa ni 'bulat' juga. Tapi pipi aku tak sekembang setaman sekarang.

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Sekarang.
Ya ampun. Kembang setaman! ๐Ÿ˜‚
Aku kan upload gambar ni dalam facebook. Actually, kebanyakan gambar yang diupload dalam facebook akan berakhir dalam blog juga. Kalau nak dengar kicauan pendek, sila ke facebook. Kicauan panjang tak pandai berhenti? Silakan ke dalam blog.

Jadinya, pagi ini kawan sebelah aku cakap, yang kawan dia tanya. Kenapa aku 'sihat' dan 'tebal' (kuajaq sungguh! tunggulah nanti aku menjadi senipis bawang! hahaha), whereas dia 'nipis'...... The actual words yang diguna adalah 'kenapa ko macam ni?'

๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Aduiiiiiii, macam mana nak trim pipi kembang ni wahai kawan-kawan yang budiman? 


Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan

Orang yang diraikan.
Seorang tu bekas bos aku. Kiranya markah penilaian tahunan dia yang isi. Very good boss. Cara penyelesaian dia very the ayah sangat, haha. Memang kontra betul dengan anak buah dia ni yang 'bersemangat waja' ๐Ÿ˜‚. Lagi seorang pula bekas bos kecik, ketua unit aku mengajar. Yang ini sebab masing-masing muda, adalah juga bercekau  dalam meeting (kah!), tapi overall semuanya ok. Habis meeting habislah yang bercekau itu.


Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Menu semalam. Ada butter bread pudding, biskut batik, karipap, nasi lemak, serawa durian, lemang & rendang daging, nasi impit & kuah kacang, tepung pelita, mee goreng dan pau. Isi serawa durian meriah sangat. Tepung pelita pun sedap. Ramai tapau bawak balik.

Potluck aku bawak kek batik. Gambar pun lupa ambik. Tapi feedback kata sedapppp. Alhamdulillah hehe. Kalau nak diikutkan pun, ada ke yang buat kek batik tak sedap? Rasanya semua sedap hehe. Guna resepi dari daridapur.com. Alhamdulillah menjadi. Cumanya aku tambah fresh milk 1/2 cawan sebab manis berdenting kalau tak tambah fresh milk.

RESEPI KEK BATIK LEMBUT KURANG MANIS PASTI MENJADI

Bahan-bahan :
- 1 bungkus biskut marie
- 250g buttercup
- 3/4 cawan susu pekat (boleh kurangkan kalau nak kurang manis)
- 5 sudu besar Milo
- 1 sudu besar serbuk koko (nak sedap guna serbuk koko Van Houten)
- 1/2 cawan susu segar


Cara buat:
1) Panaskan kuali. Masukkan buttercup. Gunakan api yang perlahan. Bila butter mula mencair, masukkan susu pekat. Kacau rata adunan. 2) Seterusnya, masukkan Milo dan serbuk koko. Kacau rata sehingga adunan menjadi sedikit likat berkilat.
3) Tutup api. Boleh patah-patahkan biskut marie dan gaul rata. Boleh ketuk-ketuk guna senduk kayu supaya tekstur biskut batik hancur sedikit. Kalau masukkan biskut semasa adunan masih panas, kek batik jadi lembut je. Confirm!
4) Sediakan loyang dan parchment paper / plastik. Masukkan lapisan pertama. Tekan sedikit kuat supaya kek jadi padat. Ulang letak lapisan kek lain dan tekan supaya padat. Pastikan isi kek dalam loyang padat dan tiada ruang kosong.
5) Dah siap, boleh letak topping yang disukai (nutella, Milo, creamcheese).
6) Masukkan dalam peti ais untuk disejukkan semalaman.
7) Dah keras, keluarkan dan boleh dipotong. 

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Main menu pula, nasi tomato, ayam masak merah, kurma telur dan acar jelatah. Yang ini kami collect duit setiap sorang nak cover main menu dan hadiah.

Potluck Raya | Bawa Kek Batik Yang Lembut, Mudah Dibuat dan Sedap Dimakan
Jengjengjeng. Pinggan aku. 
Nasi secoet seolah-olah diet. Padahal sebelum tu dah telan berpinggan potluck. Kenyang sangat makan sebelum tu sampai nak tertetas cangkuk kain ekeke. Ayam masak merah sedap! Even kenyang, ayam 2 ketul settled!

P/s: Bila penjarakan sosial, makan pun berjarak-jarak. Automatiknya suara pun jadi extra kuat, haha.

Baca juga:

Monday, June 22, 2020

Pancit

June 22, 2020
Salam. Hi! Minggu lepas baru mula balik jogging (masalahnya banyak berjalan je dari lari kahkah!). Masalah betul makan bukan main banyak raya ni. Dengan babat-babat yang diternak semasa 2 bulan PKP lagi, seram fikir bila nak naik mesin penimbang. Lepas kejadian pritttt pritttt di Souh Creek Eco Hill 2, ini kira first time selepas sebulan (berapa kali first time entah?) sambung jogging.

Kali ini jogging dalam taman perumahan sendiri je. Tak pergi park macam hari tu sebab malas nak drive.

Masakan lontong sempena raya yang sedap, simple dan confirm jadi
Masakan lontong sempena raya yang sedap, simple dan confirm jadi
Melontong dulu kita.

Ini kejadian hari Sabtu. Aku ni lambatlah nak panas enjin puasa sunat 6. Orang lain dah berzaman habis buat, siap ada yang dah siap habis puasa ganti, aku baru terhegeh-hegeh nak puasa sunat. Tapi takpelah kan, Alhamdulillah sempat juga. Jadi sempena nak meraikan Raya 3.0 (kahkah!), Sabtu tu request dengan mak nak makan LONTONG. Lagi!


Map runner kegunaan marathon, fun run atau jogging

Ada orang challenge aku share maps jogging aku. Nak tengok berapa km dan berapa kalori terbakor masa jogging. Apa ingat aku tak berani nak bagi? Silap oranglah. Even aku jalan macam kura-kura, share running map tetap share ๐Ÿ˜‚. 

4km nak dekat sejam. Ini kalau aku join marathon / fun run mau jadi yang sisa-sisa penghabisan penutup tirai ni. Tak tahulah, aku rasa aku memang dilahirkan dengan low stamina. Dari zaman sekolah rendah, tiap kali marathon akulah antara manusia yang baki-baki yang perlu disorak bila sampai finish point ๐Ÿ˜…. Benda yang sama jadi membawa ke zaman uni, pun sama. Marathon? Fun run? 

Naaaa, apa semua tu? 

Tapi bila orang ajak jogging tetap onzzzzzz. Yang penting, ko jogginglah lari laju-laju kat depan sana, aku jalan je kat belakang ni. Yang penting balik karang silakan tunggu aku ๐Ÿ˜‚. Bijak tak?

Ok, kawasan perumahan aku ni, dia didesign macam dalam loop. Ada bulatan besar main road, kiranya sepanjang loop tu ada fasa-fasa lain. Separuh laluan penuh dengan rumah dan ramai orang lalu. Separuh laluan lagi pulak, dipenuhi dengan tanah lot yang orang dah beli (agaknya) tapi masih tiada pembangunan. Kiranya rumah tak naik lagi.

Ada beberapa buah rumah je dan laluan masuk ke fasa yang belakang sikit. Jadinya laluan tu agak sunyi tapi masih ada banyak kenderaan cuma tak sebanyak laluan yang sebelum tu.

Aku ni pun, keluar jogging pagi gelap, sampai je laluan sunyi tu dah gabra. Siap berhenti depan rumah last dan merenung ke hadapan ke luar jendelaaa....

Ini nak lalu ke nak pusing? 

Tapi aku lalu je sambil pegang handphone kuat-kuat dan lariiiiiiii!! Kahkahkah. 

Ada rumah kawan Eja kat tengah-tengah laluan tu. So aku pun berhenti ambik nafas sambil tengok kiri-kanan depan-belakang. Bila pandang belakang rupanya ada brader lalu. Kelam-kabut  follow belakang dia. 

Tapi laju pulak brader ni jalan. Aku kan level kura-kura (nasib bukan labi-labi kah!), tertinggal aku kat belakang. Kemudiannya ada pulak 1 family 3 orang naik basikal lalu. Lega selagi nampak bayang diorang ok lah. Then depan sikit ada 1 family juga tengah jogging. 

Laaaaaahhhh, ko nak gabra dah kenapa? Kan ramai je yang ada ni? Hahahahahaha. Drama betul.

Map runner kegunaan marathon, fun run atau jogging
Dah sampai rumah.
Fuh lega. Boleh tahan pancit nak menghabiskan jogging ni. Nasib baik bila call mak, abah & amin takde. Kalau ade dah mintak jemput tengah jalan.

Breakfast sambung makan lontong. 
There goes my burned calories ๐Ÿ˜‚

Baca juga :

Friday, June 19, 2020

Thursday, June 18, 2020

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut

June 18, 2020
Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka | Tips Selepas Rawatan Laser | Baiklah sambung cerita semalam yang pergi JPJ sebab nak renew lesen memandu yang hilang itu. Lepas jumpa Chuya, singgah Bangi sebab nak buat rawatan laser muka. Sebenarnya takde dalam perancangan pun nak buat, tapi terdetik nak cuba sebab fikir memandangkan dah cuti sehari dan sedang new norm pakai mask ni, tak nampak pelik sangat kalau aku berselubung mask sepanjang masa kat office.

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka
Muka redha.

Pertama kali nak cuba buat Laser CO2 peh berdebar sangat rasanya. Kenapa gigih sangat nak buat muka ni? (Soalan orang)

I guess, reward untuk diri sendiri agaknya? Sebab dah penat kerja, penat berulang alik rumah ke office 100km sehari nak jugak bercantik-cantik gitu (lepas ni kalau tak cantik jugak tak tau lah ๐Ÿคญ) Ada orang reward diri sendiri dengan beli barang kemas, ada yang bershopping handbag / kasut / baju. Ada juga yang travel melihat dunia.

Tapi aku tak buat semua tu (kecuali travel haha). I just have 1 watch yang dipakai tak kira masa. I just have 2 shoes for work everyday. Memang sejenis manusia yang kurang shopping (kecuali makanan). So i need something to boost my confidence. 

Lagi satu, kalau yang pernah jumpa depan-depan diorang tau lah parut jerawat berlekuk muka aku macam mana. Selalunya dalam gambar biasalah  efek kamera + kamera Oppo yang bagi flawless. Itu semua tipuuuuuuu. Jangan kamu semua tertipu dengan keindahan dunia.

Eh. Dah kenapa? ๐Ÿ˜‚
Ok. Aku pergi sini. Klinik Dr. Bazilah Seksyen 9 Bangi.


RAWATAN LASER CO2 DI KLINIK DR. BAZILAH BANGI UNTUK HILANGKAN PARUT JERAWAT BERLUBANG


Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka

Actually lama dah follow Dr. Bazilah di instagram. Jadi niat hari tu nak dapat consultation dari dia lah. Tapi Dr. Bazilah cuti, aku jumpa pula dengan Dr. Suzana. After a brief introduction dan penerangan mengenai keadaan muka aku, Dr. Suzana come out with 2 treatment. 

Samada Subcission atau Laser CO2. Aku pilih Laser CO2 sebab selain induced collagen untuk ratakan parut berlekuk, dia juga benefited to oily skin as in dia help shrink pores. 

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka
Mesin Laser CO2 yang warna purple.

Wah cara terangkan macam dah boleh jadi beautician kan? Kahkah. Even Dr. Suzana pun boleh tanya aku "are u medical practitioner?"

I wish doctor. I wish.
But im not bright enough dan penakut dengan darah. Dan otot terkoyak. Dan luka.  Too many flaw. Itu sebab saya jadi Dr. enjin saja. Itu pun masih lagi level HO.

Turutan rawatan dia begini.
Facial cleansing. Numb cream. Laser CO2. Sunblock.

Facial cleansing itu biasalah. Nak bersihkan muka dari anasir-anasir yang kita pakai pagi sebelum keluar rumah.

Kemudian pakai numb cream (krim kebas) dalam tempoh 30-40 minit. Masa ni rasa mengantuk betul nak tidur, dengan lampu yang dimalapkan. Masa ni lah gunanya handphone nak skrol membawang dalam facebook sambil-sambil habiskan masa.

Selepas 40 minit, diorang cuci numb cream dan silakan bersedia. Oh, pakai dulu pelindung mata.

Dr Suzana very goodlah. Dia buat lembut je, tapi kan korang. Selepas pakai krim kebas pun, SAKIT GILA okeh Laser CO2 ni. Bila Dr. lalukan di bahagian yang kulit nipis (bahagian tepi muka area anak rambut), keluar air mata aku menahan kesyahduan. 

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka
Muka bengkak. Kalau zoom boleh nampak parut berlubang kat pipi dengan jelas. Marhaen macam aku je berani bare face dalam blog (statement berani mati).

Buat Laser CO2 ni, takdelah hilang terus parut berlekuk tu. Dia perbaiki dalam 20-30% sahaja keadaan parut itu. Downtime pula dalam masa 3-5 hari bergantung kepada keadaan kulit.

Habis laser, dah pakai sunblock, Dr. tanya lagi taknak ambik pakej ke? Pakej  3X  Laser CO2. Dengar macam best, tapi  hold dulu sebab nak tengok progress kulit dan rasa after effect laser (Mungkin tak ambil sebab trauma rasa sakit lepas laser as I have low tolerance in pain dan juga .... Dah start kerja semula ni poket bocor).

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka

Dapat antibiotik Doxymycin disebabkan ada kemungkinan jerawat naik disebabkan kulit dicetus dengan ganasnya oleh laser ๐Ÿคฃ

Rupanya, Dr Suzana ni adalah Dr. yang sama yang aku jumpa duluuuuuu kat Skudai. Buat chemical peeling masa zaman jerawat aktif gila-gila. Tahun 2011. Kecik je dunia ni, pi mai pi mai tang tu jugak jumpanya. 

Blogpost  pasal buat chemical peeling di Klinik Suzana Bukit Indah JB ni memang hot. Sampai sekarang orang komen tanya feedback dan minta direction ke klinik. Ni aku letak balik blogpost lama pasal chemical peeling dan dermabrasion. Terpaksa edit betulkan ejaan dulu sebab ejaan aku tahun 2011 macam mangkuk. Boleh tahan rupanya menggila tadah muka zaman muda remaja. Berani betul. Ni mesti lenjan duit JPA ๐Ÿ˜‚

Baca Juga :

Rasanya Dr. dah boleh bagi saya 1 free treatment lah kan? Promosi percuma dah 9 tahun. Hihi. Oh ya, Dr. Suzana dah buka cawangan klinik estetik baru di Dato Onn. 

Pengalaman Buat Rawatan Laser CO2 Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berlubang di Muka
Keruping hitam dah tebal. Jangan ditanya kenapa gaya tangan itu.

Ini muka hari hari ketiga (Rabu). Malam Isnin tu dia punya berdenyut tu kuat betul sampai blur kepala. Malam terpaksa tidur awal sebab sakitnya tu disini. Fuhhh horror juga bila ingat.

Bangun hari kedua dah takde rasa berdenyut tu, cuma muka dah start naik tompok parut keruping hitam. Biarkan je dan stay cool. Dalam masa seminggu ni jangan pakai pencuci muka, toner, serum dan yang lain-lain tu. Cuma cuci muka dengan air dan pakai moisturizer waktu pagi dan malam. Air wuduk lagi digalakkan. Waktu siang pakai sunblock dan elakkan dari terdedah terus cahaya matahari.


TIPS SELEPAS RAWATAN LASER

1) Jangan cuci muka menggunakan pencuci muka dalam masa 3-5 hari atau sehingga muka tidak pedih.
2) Jangan pakai toner, krim siang, krim malam, serum dan seumpamanya kecuali sunblock dan pelembap muka (dalam masa seminggu dua).
3) Elakkan direct contact dengan haba / cahaya matahari.
4) Banyakkan minum air putih.
5) Bila muka mula menggelupas, jangan gatal tangan nak tarik. Biar kulit gugur sendiri.

Itu sebab orang cakap "Beauty is Pain". Menangis jugak rupanya aku masa laser tu. Tapi ku bersabar dengan harapan parut berlubang tu kambus tanah sikit hihi. Yang high pain tolerance kalau nak buat Laser CO2 ni dipersilakan. Ok je sebenarnya aku yang propa sakit lebih. Nanti lepas menggelupas semua keruping hitam ni, aku update progress ok ๐Ÿ˜‰.

P/s: Nak tahu pasal harga boleh PM tepi segan nak tulis kat sini.




Wednesday, June 17, 2020

Pertama Kali Hilang Lesen Memandu

June 17, 2020
Pertama Kali Hilang Lesen Memandu | Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang | Cerita Isnin lepas sebenarnya, aku ke JPJ Putrajaya disebabkan nak renew Lesen Memandu yang baru .... Lesen memandu yang lama mana? Jawapannya lesen memandu yang lama hilang! 

Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang

Nama pun benda hilang. Tak pasti pula aku cicir dimana. Yang ingat kali terakhir aku keluarkan lesen masa ke MYEG Tesco Semenyih, nak buat roadtax. Lepas tu campak dalam handbag dan selepas itu terus lupa.

Hari Sabtu lepas sebelum nak keluar shopping barang rumah dengan mak baru perasan lesen hilang?  Lama juga hampir 2 minggu aku memandu kereta dengan yakin tanpa kehadiran lesen haha. Rezeki sebelum ini drive jauh Beranang - Petaling Jaya tiada roadblock. Kalau tak seram juga nak reka ayat apa kan? Kalau buat muka blur baru sedar lesen hilang waktu itu, agaknya dipercayai tak?

Baca juga :

Hari Isnin lepas ambil cuti siap-siap dan pagi tu terus ke cawangan JPJ terdekat. Cawangan JPJ paling dekat dengan Beranang adalah JPJ Cawangan Bangi. 

Ada yang tanya kenapa tak pergi pejabat pos je? 
Entahlah. Boleh ke buat yang baru tanpa lesen lama di pejabat pos? Setahu aku kalau hilang kena pegi JPJ terus. Setahu aku lah. Dan satu lagi sebab, Pejabat Pos punyalah pack! Sesak! 

Sampai JPJ Cawangan Bangi Seksyen 9, dari jauh dah nampak lautan manusia beratur depan tu. Selautan manusia ya, dengan barisan yang panjang dan berlapis-lapis. 2 kali berpusing nak dapatkan parking pun tak dapat-dapat. Give up dan ambil keputusan ke cawangan JPJ terdekat lain.

JPJ Putrajaya pula.
Mana tahu ke hq JPJ ni kaunter lagi banyak dibuka, staf lebih ramai, kawasan lebih besar dan urusan lebih cepat? 

Tapi....
Naifnya aku membayangkan JPJ Cawangan Putrajaya berada di Menara MOT. Rupanya JPJ Cawangan Putrajaya berada di Bangunan Galleria PJH. Sebelah Bangunan MOT. Bangunan hq jabatan tempat aku bekerja. Bangunan yang boleh kata kerap juga pergi untuk mesyuarat, bengkel dan kursus. For almost 8 years in service. Bangunan itu lah yang aku tuju. Dan aku tak perasan JPJ Cawangan Putrajaya disitu? 

Ya ampunnnnnnnnn. 
Apa teruknya tahap pemerhatian diri sendiri ni? Astaghfirullahaladzim.

Boleh tak perasan yang tingkat bawah sekali tu yang selalu orang ramai beratur rupanya JPJ? Gelakkan diri sendiri sekejap. Ok mungkin perasan (nak sedapkan hati sekejap) tapi aku tak ingat? (Sedapkan hati lagi). Tapi kenapa sampai kena google lokasi dia? Hahahaha. Adusssss.

Dah dapat parking, baru je turun tangga dah nampak barisan panjang manusia juga. Alamak... Ini barisan nak masuk Galleria ke JPJ sahaja? Kalau nak masuk Galleria sahaja dah panjang macam ni gila kentang! Strict betul administration Galleria.

Tapi rupanya manusia yang ramai itu ... Semuanya urusan JPJ. Gila kentang lagi sekali ๐Ÿ˜‚.

Oleh sebab limit masuk 30 orang untuk setiap urusan, bercinta juga nak tunggu orang keluar dari dalam JPJ. Yang kelakarnya ingatkan beratur di koridor luar Galleria PJH tu, lepas saringan suhu boleh terus masuk.

Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang

Tapi ... Depan pintu kaca JPJ pun beratur lagi. Siap dah ada 2 baris ๐Ÿ˜‚ hahahahaha. 

Sambil tunggu, nampaklah staf JPJ meronda dan tanya kami yang tengah beratur ni. Ada sesetengah urusan seperti renew roadtax boleh dibuat menggunakan mesin di Bangunan MOT, jadi mereka maklumkan untuk ke Bangunan MOT.

Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang

Sebab lama tunggu, sempat juga lari masuk toilet. Muka dah berminyak-minyak kita touch up dulu mana tahu kena tangkap gambar? Bila upload dalam facebook, ada pulak yang cam tandas hq ni hahaha. Nampak sangat selalu pergi hq. Sebab dalam facebook aku tag lokasi JPJ. Itu yang kawan komen, mostly semua tanya ehhhhh tu bukan hq ke? 

Iya. 
Memang ini bangunan hq. Tapi aku bukan buat urusan rasmi. Kelakar bila fikir, selama datang sini tak pernah beratur. Bila datang untuk urusan tak rasmi beraturnya bukan main. Itu yang orang kata roda tak sentiasa berada di atas.
Eh betul ke tidak?

Alhamdulillah tak lama beratur depan pintu kaca, datang staf JPJ tanya dan bawa kami yang nak renew lesen ke tepi Galleria. Rupanya ada coaster bergerak JPJ. Yey..... Syukur Bangunan MOT kat sebelah bolehlah diorang backup bila jadi hal-hal sesak luar jangka begini kan?
Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang

Bayaran renew lesen baru hanya RM30 dan alang-alang buat baru, minta renew untuk tempoh setahun lagi. Jadi tahun 2023 baru renew lesen baru. Sekejap je renew. Tak sampai 5 minit! Bila dah dapat lesen tu rasa lega betul. Lepas ni kalau jumpa roadblock tak risau dah! 

Apa Yang Perlu Dibuat Sekiranya Lesen Memandu Hilang?

Pergi terus ke mana-mana Cawangan JPJ yang berdekatan.

Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Memohon Lesen Memandu Baru:

1) Kad Pengenalan
2) Bayaran RM30

Dan tempoh untuk dapat lesen memandu baru sekejap sangat. Dalam masa 5 minit dah siap! Dalam masa PKP ni, rasanya kalau urusan kurang kritikal elakkan tempat-tempat tumpuan ramai seperti JPJ ni sebabnya orang sangat ramai! Kalau ada alternatif lain seperti nak renew lesen yang boleh dibuat di pejabat pos, mungkin boleh pertimbangkan ke pejabat pos (kalau pejabat pos kurang sesak juga). Tapi kalau dah memang tak boleh elak, mohon tingkatkan kesabaran ya.
Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang
Jumpa kawan lama dari Form 1.
Chuya ni ni antara kawan lama aku yang still remain in touch. Lamanya berkawan tu nak masuk 19 tahun juga. Kalau ada anak, dah jadi anak dara pun. 

After 19 years, aku masih ingat first treat dia. Masa tu baru masuk Tingkatan 1, baru masuk asrama. Aku lah tu yang stay asrama. Chuya ni pulak outsider (term untuk student yang tak stay asrama). Sekolah kami ni pulak kat Kampung Bharu. Dekat sangat dengan Chow Kit. Ada sekali jalan kaki ramai-ramai nak naik LRT (dulu-dulu kita panggil Putra LRT kan), kami boleh terserempak dengan 'social workers' baru balik kerja? 

Macam mana boleh tahu itu 'social workers'? Well, dari segi dressing & mekap tebal lah. Mana ada orang pukul 6.30 pagi pakai mekap tebal? Takkan pergi office mekap macam tu? Haaaa.

Ok first treat Chuya.
Pizza Hut uols. 
Aku ni dulu duduk kampung je. Fast food yang pernah aku makan hanyalah KFC. Kira itu paling gempak sekali dalam hidup. Jadi bila Chuya ni belanja Pizza Hut fuhhhhh memang teringat-ingat membawak ke tua ni hah ๐Ÿคฃ.

Kali terakhir jumpa tahun lepas. Tahun ni nak singgah raya musim PKP pulak. Tapi jumpa nak membawang tetap onzzzzz. Borak dalam kereta tepi jalan depan Starbuck pun jadi. 45 minit jugaklah membawang itu pun rasa tak cukup ๐Ÿ˜‚. Kami tak keluar pun, dua-dua kebetulan hari tu puasa 6. Just nice je duduk depan Starbuck tengok orang bawak keluar berbungkus air. 

Dalam pukul 2 lebih baru gerak balik. Tapi kan dah ambil cuti sehari. Baru pukul 2 kira awal lagi nak balik. Jadinya sebelum balik rumah kita singgah Bangi pulak. Buat apa? Hah. Cuba teka.

Cuba Rawatan Laser Fractional CO2 di Klinik Bazilah Bangi

Tuesday, June 16, 2020

Siapa Rajin Kelebet Entry Blogpost Lama?

June 16, 2020
Mengaku cepat, siapa pulak yang rajin kelebet entry blogpost aku dari tahun 2011 tu? Dah 2, 3 hari ni aku perasan entry 'seperti istana di zaman silam' dari start blogging membawak ke zaman sekarang ni ada je dalam Real Time Analytics. Seram pulak memikir ada pula orang rajin nak baca benda apa entah yang aku tulis dari zaman tak siap tu haha. 

Ok macam mana aku tahu ada orang yang kelebet entry-entry lama tu?
Sebabkan ada Google Analytics untuk monitor UV dan PV blog. So dari situ selalu juga tengok Real Time Visitor. Dah kenapa hari ni aku nampak all the time semua entry-entry lama? Dari first blogpost yang sepatah haram aku nak paham, membawak ke entry blogpost next year nya.

Rajin betul ye baca ikut tahun. Tiba-tiba rasa menyesal pulak tak delete entry lama-lama tu. (Tapi tak delete sebab memang bagi untuk baca pun kahkah).

Mesti yang baca tu boleh nampak macam mana berbezanya style penulisan & penceritaan serta isi kandungan karangan cecehan aku dulu dengan sekarang hahaha. Dulu banyak betul benda nak cerita, malas nak lipat kain pun boleh jadi 1 entry blogpost!

Hebat tak hebat nak menceceh benda tu pun boleh jadi isu. Adui, kelakar bila fikir.

Sekarang ni kadang-kadang adalah benda merapu yang aku tulis, mostly sebab tangan gatal nak tulis kah! Jadi, TQVM sebab sudi baca walaupun tahap merapu kadang-kadang tak boleh tahan. Banyak yang kurangnya dulu berbanding sekarang (sekarang pun banyak kurang lagi) tapi consider sekarang oklah kut kan? Haha. And please tinggallah sikit tanda yang rajin baca apa yang aku tulis tu tau! Mungkin bagi cadangan juga how to improve mine?



P/s: Ada orang kata, orang boleh kenal kita dari cara kita makan. Atau dari cara kita bercakap. Ataupun paling best, dari cara kita menulis dan bercerita. Betul ke?

Monday, June 15, 2020

Anak Dara Balik Raya

June 15, 2020
Anak Dara Balik Raya | Hi, salam raya 2.0! Hehe. So apa cerita raya 2.0 korang. Semenjak dah boleh merentas negeri, sejak minggu lepas ramai yang ambik peluang balik kampung. Kakak dengan anak buah 3 orang tu pun sama naik balik rumah nenek dia ni. Well, sebelum ni kami nak ke rumah diorang tak boleh (even ke Seremban aje pun) sebab roadblock kan, now apa lagi zassss lah mereka sampai.

Pagi Sabtu lagi dah sampai. Masa tu aku dengan mak tengah shopping barang dapur. Best pulak pagi-pagi (takdelah pagi sangat dalam pukul 10 pagi) masuk Econsave, orang tak ramai, barang pun banyak. Sangat bertenang kelebet tempe satu-satu.

Rupanya Econsave pun ada scan qrcode. Tapi dia letak kat belakang-belakang, yang depan tu buku tulis. Lepas tulis nama tu baru nampak qrcode dia adussss dah kenapa letak kat belakang. Kalau boleh kurangkan contact, pen yang guna untuk tulis nama tu entah dah berapa ramai pegang. 

Lepas tulis je nama cepat-cepat pakai hand sanitizer sendiri. Ada pernah baca kat wall fb (ke ig?) siapa entah, owner advice untuk kita pakai hand sanitizer sendiri sebab yang ada depan pintu masuk mall / kedai tu entah berapa % alkohol dan air semata. Takut tak comply je sebab syarat pkp ni kan kena letak hand sanitizer depan pintu masuk. Diorang betul guna hand sanitizer atau dettol je, Wallahualam. Tapi lebih baik guna hand sanitizer sendiri punya.

Shopping barang dapur di Econsave Semenyih

Mak carik nenas nak buat masak lemak nenas dengan ikan masin. Ikan masin beli dari kawan yang jual ketam nipah hari tu. Aku beli ikan masin kurau dan talang. Buat masak lemak nenas dengan ikan masin, settle kurau + guna separuh talang memang menambah nasi jadinya. Abahlah yang menambah tu haha. Abah kata dah lama tak makan lauk macam ni, well nak buat macam mana abah kan tengah pantang makan sementara nak tunggu operation. Ini dah terbabas masak bolehlah makan sikit-sikit.

Baca juga : Masak Lemak Nenas Dengan Ikan Masin

Anak dara kemas rumah mop lantai

Mokcik tak dera dia tau. Ini memang anak dara rajin nak mengemop rumah ๐Ÿ˜‚. Siap berebut lagi 2 beradik tu nak mop lantai. Solution mokcik yang adil lagi saksama adalah, korang bahagilah mop hall. Tapi yang menang mop first tentulah kakak dia. Punyalah semangat mop rumah siap menari okeh. Dia tak tahu kemudian hari dah besar nanti ko nak mop rumah pun malas (macam mokcik dia) ๐Ÿคฃ. Kalau boleh beli mesin mop rumah tu dah lama beli okeh haha.

Tengahari tu makcik datang, kebetulan sedang cantik je settle masak lunch. Lepas berjemaah lunch, abah beli durian! Fuhhhhh bergaduh nasi, ikan masin, nenas dengan durian dalam perut. 

Durian murah Semenyih Beranang RM5/kg

3 round makan durian, lepas tu semua dah terbaring pengsan. Murah durian ni, RM5/kg. Isi pun cantik-cantik. 

Aktiviti mandi kolam musim pkp

Sambil mokcik nenek semua baring, anak buah aku terjun dalam kolam. Kali ni mak diorang beli kolam baru yang laaaaaagi besar dari kolam diorang sebelum ni. Saiz sebijik kereta myvi lah jugak. Kemain Kazim berenang okeh. Anak dara 2 orang + 1 sepupu boleh berenang kuak lentang lagi (over sangat).

Overall Alhamdulillah raya 2.0 yang oklah juga. Walaupun tak berjalan raya sangat tapi sekurang-kurangnya dah boleh rentas negeri berdekatan. Takdelah nak pegi jauh sangat sebab takut juga Covid-19 ni masih bebas kat luar sana. Nanti karang orang tak bagi kat kita, kita pula jadi punca kluster baru. No no no jangan jadi macam tu. Kalau kita boleh sabar 3 bulan lebih, sabar lagi sikit je lagi. Mana tau Raya Haji nanti laaaagi super duper meriah? 


Baca juga:
+ [ Elon Kakak ]


Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *