Friday, May 29, 2020

Resepi Simple | Udang Cili Padi Dengan Kentang

Resepi Simple | Udang Cili Padi Dengan Kentang | Hai. Macam biasa kembali dengan #resepisimple tapi #sedapgila. Kalau tanya aku, biasanya aku nak makan sedap tapi cara masak simple dan senang. Lagi cepat siap masak lagi hurrayy. Jadinya kali ini masak udang cili padi dengan kentang. Resepi simple ini guna 5 bahan utama sahaja (tak termasuk garam dan minyak).

Ada orang tanya, ngam ke udang masuk ke dengan kentang? Hmmm, as long as diorang tak bergaduh dalam kuali, all is well haha.

So jom kita masak udang cili padi dengan kentang.

#RESEPISIMPLE UDANG CILI PADI DENGAN KENTANG


Bahan-bahan :
- 300g udang putih (boleh tukar udang besar)
- 2 biji kentang *potong dadu
- 1 biji bawang merah *racik
- 2 ulas bawang putih *racik
- 10 biji cili padi *tumbuk
- Garam
- Gula
- Minyak

Cara masak :
1) Panaskan minyak.
2) Goreng separuh masak kentang. Ketepikan di sebelah atas kuali.
3) Masukkan bawang merah & bawang putih. 
4) Setelah bawang layu, masukkan cili padi.
5) Pecah minyak, masukkan udang. Gaul rata semua bahan dalam kuali.
6) Setelah air udang kering sedikit, perasakan dengan garam dan gula.

#resepisimple udang masak cili padi dengan kentang
Siap.

Kadang-kadang guna cara ni jugak tukar dari cili kering ke cili padi bila buat sambal sotong. Cuma sambal sotong takde kentang dan biasanya tumbuk halia bersama cili padi. Oh ye, kalau ada petai pehhhhh lagi sedap jadinya kan?

Okeh. #resepisimple kan? Setaraflah simplenya dengan Resepi Sambal Telur Hancur Paling Mudah dan Simple hihi. 

BACA JUGA :

4 comments:

  1. Replies
    1. Yang simple tu yang buat bertambah nasi hehe

      Delete
  2. sedap ni, nurul.
    kalu aida, tambah skit hirisan cili padi.
    simple. but boleh buat kita bertambah nasi!
    ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa betul tu tambah hirisan cili. Hari tu buat tak perasan hehe.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (86) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *