Wednesday, May 27, 2020

Pasca Raya 1441H

Pasca Raya 1441H | Hai. Salam Syawal hari ke-4. Ada yang dah mula kerja ke? Aku dah mula kerja lepas cuti raya ni. Actually, tak ambik cuti pun sebab dah overrrrrr lemau PKP + PKPB yang lama sangat + Work From Home (katanya) sampaikan dah rasa rindu dengan jalan yang jem.

Baca juga :

Melampau sangat overnya kan? 
Sepanjang kerja ni, pertama kali dalam sejarah langsung tak ambik cuti raya. Biasanya kalau di Tawau dulu, cuti raya seminggu setengah atau 2 minggu itu satu kemestian. Then bila dah balik sini, beberapa tahun lepas, sepanjang raya mesti ambik cuti juga dalam 2,3 hari.

This time?
Sempena COVID-19 agaknya, langsung tak ambik cuti. Dan rasanya ramai je yang macam aku kan? Kalau nak cuti raya lama-lama nak pergi mana pun weh? Bukannya boleh keluar beraya sungguh-sungguh. Takut nak pergi rumah orang, orang pun takut nak mai rumah kita haha. Tapi takpe, jimat cuti tahun. So yang kerja gomen tu, jangan lupa pulun cuti tu masuk GCR okeh.

Pasca Raya 1441H
Ni muka datang office masa PKP. Siapa kata orang gomen goyang kaki kat rumah tak buat kerja. Kami masih kena datang office bergilir-gilir. Kan baru-baru masa PKP ini ada penghantaran pelajar IPT pulang ke kampung kan? Kami panggil Program IPTPulang. 

Ada frontliner yang terlibat uruskan penghantaran pelajar pulang dari institusi. Macam kolej kami terlibat kumpul & terima pelajar dari institusi dan hantar batch-by-batch balik kampung. Collegue aku ada yang kena jadi Liaison Officer (LO) sambut pelajar di lapangan terbang dan hantar pelajar balik. 

Hantar sampai pintu rumah okeh!
Kalau batch ramai setempat, ada yang kami hantar sampai ke IPD dan from there frontliner IPD akan sambut pulak. Ada juga kawan aku yang hantar pelajar naik bas sampai ke Terengganu. Dan the rest of us, we coordinate location, follow up pelajar either dah sampai ke tempat berkumpul. Contact dengan PIC tempat berkumpul, follow up pendaftaran and so on. Jaga sampai student bawah batch kami dah sampai rumah! 

Fuh sapa kata buat coordination tak penat? It takes whole beberapa hari jugak. Takdelah. Saja je nak cakap kami work from home, betul-betul work from home tau! Haha. Dan ada je benda lain buat, ala tapi semua orang yang work from home pun sama kan? 

 On the way ke office lalu Lebuhraya Persekutuan rasa sangat bahagia + sayu. Kenapa bahagia?
Federal Highway lengang!
Nak ke office selalunya ada beberapa jalan yang aku akan lalu ikut keadaan trafik semasa. Paling kerap lalu NPE. Kadang-kadang lalu KESAS. Kalau ada mesyuarat di Putrajaya dan nak masuk office waktu bukan puncak, baru boleh lalu Federal.

Now, pukul 8 pagi pun Federal Highway lengang. Heaven!
Tapi sayu sebab ..... Confirm ramai kat rumah. Tak kerja. In this times now, how to survive kalau tak kerja? Banyak company yang tak boleh sustain / rolling, dan ini affect ramai orang. Hipotesis aku semasa ini adalah, highway yang pack adalah baik untuk ekonomi rasanya. On the other side, masa PKP ni, aku dapat tahu banyak SMEs yang jana keuntungan yang tinggi. Entahlah blessing in disguise?

Beli kolonsong ketupat di Semenyih
Beli kolonsong ketupat di Semenyih
Hari Khamis lepas balik kerja singgah Tesco Semenyih cari barang. Ternampak pulak orang jual kelonsong ketupat ni. Lepas call dan tanya mak nak beli ke tak kelonsong ketupat, baru aku tahu yang ketupat ada 2 jenis? Ketupat sate? Ketupat ketupat?

Peh. Inilah kesan orang bandar tak tahu nak anyam ketupat! Kahkah. Kalau tanya aku, aku tahu ketupat rupa macam kat atas itulah. Ketupat palas rupa lain, itu aku tahu. Harga Semenyih sempena raya 1441H adalah RM10/1 set. 1 set ada 10 biji ketupat. Mak aku kata mahal, well kalau nak murah kena buat sendiri anyam sendiri ye tak? 

Takpelah mak, kita redha dalam pasrah jawapannya.

Gambar raya keluarga 1441H
Gambar raya keluarga 1441H
Gambar raya keluarga 1441H
Pagi raya.

Even tak keluar berziarah, pagi raya tetap pakai baju raya. 
Actually bukan baju raya sangat pun. Mostly adik beradik aku pakai baju recycle kenduri Eja bulan 3 lepas. Aku je yang pakai baju entah tahun bila punya, tak pernah pakai sebab masa buat badan kurus sikit. Lepas je baju siap macam dipam-pam pulak selera makan. Nak pakai baju sangkut kat tekak. 

Baru ini je lepas sikit nak pakai. Agaknya masa puasa hari tu turun 500g. Syukurrrrrr.

Gambar raya keluarga 1441H
1440H vs 1441H.
Sama je gendutnya. Hmmm.

Gambar raya keluarga 1441H
Gambar raya keluarga 1441H
Raya tahun lepas 1440H.

Meriahnya bila ingat balik raya - raya kita tahun lepas kan? Takde masalah siang ke malam nak keluar beraya. Berapa ramai orang dalam 1 rumah. Family aku kalau raya biasanya janji siap-siap hari ni nak pergi rumah sape, esok nak pergi rumah sape. Jadinya turn datang beraya tu memang meriah sokmo turn rumah tu. 

Apa yang beza raya tahun lepas dan raya tahun ini?
Well, selain kurang keluar berziarah raya, dah takde ramai sedara mara datang segerombolan macam gambar kat atas ni, tahun ni tahun paling jimat duit raya hahahahaha. Musim PKPB kan, duit raya aku pun kena tempiasa PKPB. Orang - orang terdekat memang dapat duit raya lah, tapi biasanya kalau balik kampung memang aku dah prepare duit raya sebeban nak bagi anak buah & sedara mara. Family sebelah abah aku family besar. So memang selalunya banyak melabur duit raya kat sini.

Tapi.... Hehe...
Kita forward ke raya tahun depanlah.

Malam raya pertama dah carik lauk lain. 
Masuk Tesco hari raya pertama memang heaven! Jalan lengang. Tesco lengang! Tapi barang basah dan kering banyak! Nafsu menyopping makanan membuak-buak okeh! 
Sambil jalan jumpa pulak haiwan cengkerang ni, laju terus ambik.


Masak Kerang rebus & kepah masak halia
Kerang rebus & kepah masak halia.

Dah lama tak makan kepah. Last aku makan dan masak kepah kat Tawau dulu. Jap aku carik ada tak blogpost kepah aku. Pasar Tawau dulu segala macam haiwan cengkerang ada. Lokan, kepah, lala, kerang dan ada lagi sebesar-besar cengkerang aku tak tahu nama. Nak masak lagi lah tak tahu cara nak masak macam mana. Ada cengkerang saiz sebesar lampu gate yang bulb tu. Nak korek keluar macam mana isi cengkerang tu aku pun tak tahu. But thats the magic penyebab aku suka pergi Pasar Ikan Tawau. 

Well. Kalau korang pergi Tawau suatu hari nanti, jangan lupa singgah sana okeh.

Baca juga :

So today dah mula kerja almost full swing. Siapkan face mask dan hand sanitizer dalam handbag dan kereta. Hari ni pun bawak buah nak makan-makan kat office. Makanan paling senang kan? Hahaha. 

Aku dengar cerita ada yang siap buat open house musim PKP ni? Betul ke?
Ya ampunnnnnn kalau betul. Banyak sangat duit ke nak tabur sampai tak tahu nak buat ape sampai nak buat open house segala? Orang lain CLOSED HOUSE, Dato Rosyam Nor siap letak banner depan rumah mak dia kata closed house, ada pulak buat open house? Nak ajak ramai orang datang rumah lagi? What a weird world we having right now.


10 comments:

  1. selamat hari raya...selamat bekerja..ramai dh start keje arini...tgk menu kerang ngan kepah tu tgh puasa ni..lapar plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alalala, lepas settle puasa boleh buat nanti :)

      Delete
  2. selamat hari raya. saya ada terbaca pasal saudari ada beli dirham nubex. ada lagi ka dirham tu? nak jual tak ? saya berminat jika kena dengan harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dirham Nubex tu masih ada dalam simpanan. But then, kenapa tak beli direct dengan Nubex?

      Delete
  3. Selamat menyambut raya dalam norma baharu

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya dan selamat bekerja.

    ReplyDelete
  5. berckp pasal raya thn ni, hmmmmmm sedih sayu...
    aida x ke mana and x jumpa sape pun.
    berlima saje di pagi raya. solat. takbir. khutbah. bergambar.
    then vc dgn famili. emak abah aida bersama 3 beradik aida kat Bangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aida. Takpe Aida, semoga dengan kesabaran kita dapat memelihara & menjaga keluarga kita semua dari bahaya..

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *