Sunday, May 31, 2020

Langsir Rumah Sewa

Pasang Langsir Rumah Sewa | Sekarang ni kan katanya kita dah boleh keluar beriadah luar rumah kan? Kiranya bolehlah kan nak bersenam kat taman? Ke yang boleh sebenarnya beriadah luar pagar rumah sendiri je, taman awam tak boleh?

Sebab pagi Sabtu lepas masa jogging kat South Creek Eco Hill 2 Beranang, datang pak guard tiup wisel prittttt prittttt kat semua orang yang ada. Hahahaha. Nasib baik route aku memang dah nak ke kereta, even baru 1 round, teruslah balik ke kereta. Fuh. 

Memang terbaik guard sini. Memang laksanakan penjarakan sosial & serius bekerja! Even kena halau balik, apeadekes, salah diri sendirilah. Padahal kan dah nampak tag Closed Park, degil nau nak bersenam. Masa-masa macam nilah kononnya ko nak jaga badan 🤣. 

1 round pun jadilah, asalkan keluar peluh jantan. Balik tu aku singgah kedai tapau nasik lemak 2 bungkus. Kahkahkah. 

Pasang langsir rumah sewa

Ni whatsapp dalam group family aku. Cuba korang tengok apa yang pelik kat gambar tu?

Haaaaaaaa dapat ke tak?

Dapat? Tahniah. Yang dapat cari apa yang pelik dalam gambar tu mesti biasa pasang langsir.

Eja kan baru kawen awal tahun hari tu, plan nya lepas raya nak masuk rumah sewa baru. Tapi sebab PKP banyak benda tergendala. Lately baru boleh nak siapkan apa yang patut. So malam Sabtu tu pulak husband dia bawak kawan untuk tolong drill rail langsir & pasang langsir baru. 

Settle drill & pasang langsir semua, bila tengok dia update dalam group, Eja dah gelak. Siap kata "biasalah lelaki yang pasang" 😂😂. Tingkap 3 panel member pasang 1 helai je langsir wak 😂😂

Aku tanya, ko bawak langsir tu 1 ke 2? Jawabnya 2. Tapi entahlah. Yang memasangnya tak biasa, agaknya ingat asalkan ada langsir untuk tutup tingkap sudehhh. Hahahaha. Nasiblah ko dik. Nanti ko sambunglah dengan laki ko pasang sebelah lagi langsir tu. Takpe, lepas ni duduk rumah sendiri banyak belajar benda baru mesti terel.

Bila tengok balik kan, baru aku teringat. Sebelum ni bila pergi rumah makcik aku yang stay apartment, bila lalu rumah sewa yang penghuni dia lelaki kalau tak langsir pasang macam kat atas tu, ikat kain pelekat je siap. So sekarang nak tanya, betul ke ramai lelaki macam tu?

4 comments:

  1. Agaknya tak jumpa satu lagi langsir.
    Hehe memula tak nampak apa yang pelik gambar tu. Memang nyata tak biasa pisang langsir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekeke. Yang nyatanya juga kita bukan setiap bulan tukar langsir. So faham disitu 😅

      Delete
  2. bagus lah guard jaga bebetul macm ni

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (86) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *