Sunday, May 31, 2020

Langsir Rumah Sewa

May 31, 2020
Pasang Langsir Rumah Sewa | Sekarang ni kan katanya kita dah boleh keluar beriadah luar rumah kan? Kiranya bolehlah kan nak bersenam kat taman? Ke yang boleh sebenarnya beriadah luar pagar rumah sendiri je, taman awam tak boleh?

Sebab pagi Sabtu lepas masa jogging kat South Creek Eco Hill 2 Beranang, datang pak guard tiup wisel prittttt prittttt kat semua orang yang ada. Hahahaha. Nasib baik route aku memang dah nak ke kereta, even baru 1 round, teruslah balik ke kereta. Fuh. 

Memang terbaik guard sini. Memang laksanakan penjarakan sosial & serius bekerja! Even kena halau balik, apeadekes, salah diri sendirilah. Padahal kan dah nampak tag Closed Park, degil nau nak bersenam. Masa-masa macam nilah kononnya ko nak jaga badan ๐Ÿคฃ. 

1 round pun jadilah, asalkan keluar peluh jantan. Balik tu aku singgah kedai tapau nasik lemak 2 bungkus. Kahkahkah. 

Pasang langsir rumah sewa

Ni whatsapp dalam group family aku. Cuba korang tengok apa yang pelik kat gambar tu?

Haaaaaaaa dapat ke tak?

Dapat? Tahniah. Yang dapat cari apa yang pelik dalam gambar tu mesti biasa pasang langsir.

Eja kan baru kawen awal tahun hari tu, plan nya lepas raya nak masuk rumah sewa baru. Tapi sebab PKP banyak benda tergendala. Lately baru boleh nak siapkan apa yang patut. So malam Sabtu tu pulak husband dia bawak kawan untuk tolong drill rail langsir & pasang langsir baru. 

Settle drill & pasang langsir semua, bila tengok dia update dalam group, Eja dah gelak. Siap kata "biasalah lelaki yang pasang" ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Tingkap 3 panel member pasang 1 helai je langsir wak ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Aku tanya, ko bawak langsir tu 1 ke 2? Jawabnya 2. Tapi entahlah. Yang memasangnya tak biasa, agaknya ingat asalkan ada langsir untuk tutup tingkap sudehhh. Hahahaha. Nasiblah ko dik. Nanti ko sambunglah dengan laki ko pasang sebelah lagi langsir tu. Takpe, lepas ni duduk rumah sendiri banyak belajar benda baru mesti terel.

Bila tengok balik kan, baru aku teringat. Sebelum ni bila pergi rumah makcik aku yang stay apartment, bila lalu rumah sewa yang penghuni dia lelaki kalau tak langsir pasang macam kat atas tu, ikat kain pelekat je siap. So sekarang nak tanya, betul ke ramai lelaki macam tu?

Friday, May 29, 2020

Resepi Simple | Udang Cili Padi Dengan Kentang

May 29, 2020
Resepi Simple | Udang Cili Padi Dengan Kentang | Hai. Macam biasa kembali dengan #resepisimple tapi #sedapgila. Kalau tanya aku, biasanya aku nak makan sedap tapi cara masak simple dan senang. Lagi cepat siap masak lagi hurrayy. Jadinya kali ini masak udang cili padi dengan kentang. Resepi simple ini guna 5 bahan utama sahaja (tak termasuk garam dan minyak).

Ada orang tanya, ngam ke udang masuk ke dengan kentang? Hmmm, as long as diorang tak bergaduh dalam kuali, all is well haha.

So jom kita masak udang cili padi dengan kentang.

#RESEPISIMPLE UDANG CILI PADI DENGAN KENTANG


Bahan-bahan :
- 300g udang putih (boleh tukar udang besar)
- 2 biji kentang *potong dadu
- 1 biji bawang merah *racik
- 2 ulas bawang putih *racik
- 10 biji cili padi *tumbuk
- Garam
- Gula
- Minyak

Cara masak :
1) Panaskan minyak.
2) Goreng separuh masak kentang. Ketepikan di sebelah atas kuali.
3) Masukkan bawang merah & bawang putih. 
4) Setelah bawang layu, masukkan cili padi.
5) Pecah minyak, masukkan udang. Gaul rata semua bahan dalam kuali.
6) Setelah air udang kering sedikit, perasakan dengan garam dan gula.

#resepisimple udang masak cili padi dengan kentang
Siap.

Kadang-kadang guna cara ni jugak tukar dari cili kering ke cili padi bila buat sambal sotong. Cuma sambal sotong takde kentang dan biasanya tumbuk halia bersama cili padi. Oh ye, kalau ada petai pehhhhh lagi sedap jadinya kan?

Okeh. #resepisimple kan? Setaraflah simplenya dengan Resepi Sambal Telur Hancur Paling Mudah dan Simple hihi. 

BACA JUGA :

Thursday, May 28, 2020

Dapat Juga Refund Shopee | Cara Request Refund Shopee Disebabkan Barang Tak Sampai

May 28, 2020
Dapat Juga Refund Shopee | Cara Refund Shopee Disebabkan Barang Tak Sampai | Hai. Akhirnya dah 2 bulan lebih baru dapat notification dari Shopee mengatakan refund yang aku mohon melalui platform Shopee berjaya. Sebenarnya pertama kali juga request refund dari Shopee ni. Pengalaman bertahun-tahun shopping online melalui Shopee tak pernah mengecewakan. Barang sampai dengan selamat walaupun kadangkala lambat. Tapi mungkin disebabkan lambakan barang ditambah pula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam 2,3 bulan ini, macam-macam perkara jadi.

Well, we don't get lucky all the time right?

Sebelum mula PKP hari tu harga hand sanitizer memang naik melambung-lambung kan? Farmasi kawasan rumah dan office pun dah mula habis stock. Serius masa awal-awal tu dah jadi macam tikus berebut beras nak cari hand sanitizer. Aku pun sampai berpeluh jantan berjalan kat farmasi cari. Tapi nan hado stock weh. Pelik betul ada yang mandi hand sanitizer agaknya.

Tapi online platform still ada lagi. Dan harga pun ok. Ngam. So aku order je online melalui Shopee. 

Tapi silap aku adalah ..... Aku letak alamat penghantaran ke office. 2,3 hari lepas place order & item dalam proses penghantaran, PKP bermula dan aku tak dapat ke office. Office pun tutup seal like a safe. 

So delivery kali pertama gagal.
Dah takde sape nak terima kan?

After that aku call customer service courier tu. Masa awal-awal PKP, talian customer service courier memang pick up weh. Aku rearrange untuk another delivery dan tukar alamat ke area rumah aku. Masa tu katanya boleh tukar. Mungkin masa awal PKP, orang pun belum berpusu-pusu shopping. Barang pun belum melimpah ruah dalam pejabat courier.

Cara Request Refund Shopee Disebabkan Barang Tak Sampai

Tapi lepas seminggu aku tengok apesal hand sanitizer aku kejung gitu je tak gerak-gerak, aku call dan ...... tak connect pun call tersebut. Kahkahkah. Mesti dah mula hujanan panggilan orang cari barang shopping tak gerak agaknya.

Ramai juga rupanya yang tak dapat barang diorang masa musim PKP ni. Apa nak buat kan, kalau tengok ada orang update lambakan parcel di kebanyakan office kurier, horror tengoknya. Dengan kuantiti longgokan barang yang banyak macam tu, confirm ada potensi missplace & lost. Kalau letak anak kucing celah parcel & bungkusan tu semua, aku rasa anak kucing tu tak mati sesat, boleh bertukar jadi kucing dewasa baru jumpa jalan balik.

BACA JUGA :

Lepas tu aku shopping online benda lain pulak. Takde rezeki, dari 2 item yang aku beli pada hari yang sama, 1 item je sampai. 1 lagi sangkut entah kat mana. STRESS. 

Tapi yang kes kedua tu, aku bertuah sebab jumpa seller yang bagus. Dia ambik inisiatif hantar lagi sekali barang yang aku order. Alhamdulillah kali yang kedua tu barang sampai. Status barang yang tak sampai tu? 

Entahlah. Kelaut agaknya.

Request Refund Shopee Disebabkan Barang Tak Sampai.

Lepas chat dengan seller shopee, seller cadangkan request refund je. Alhamdulillah seller ok. Sebab ada kes yang bila kita request refund ada seller reject tau! So chat dulu baik-baik. Kalau dah chat seller buat ketegaq, haaa cara paling cepat adalah chat & email shopee. 

Selepas request refund, kalau seller setuju nanti akan keluar notification shopee tajuk DISPUTE : ACTION REQUIRED. Haaa kalau keluar notification ini, dah ada hawa-hawa nak dapat refund. Dah boleh bertenang sedikit lepaskan angin kus-kus.
Cara Request Refund Shopee Disebabkan Barang Tak Sampai

Tekan notification tu, nanti dia keluar tab Discuss. Ada bahagian untuk kita upload bukti kenapa barang tak sampai. Kalau boleh screenshot perjalanan kat mana barang korang sangkut tu, upload kat situ.

Lepas tu korang tunggu aje lah. Kalau tak kepilkan bukti ambil masa lama sikit nak tunggu Shopee verify. Kalau upload chances tinggi cepat Shopee proses refund kita.

Refund Shopee Berjaya.

Cara Request Refund Shopee Disebabkan Barang Tak Sampai

Dapat notification refund request berjaya, boleh pilih nak ke ShopeePay (perlu aktifkan terlebih dahulu) atau boleh masuk terus akaun bank kita. Kalau pilih nak masuk ke akaun bank, kena masukkan dahulu no. akaun bank.

Fuh, walaupun hanya RM39 tapi duit tetap duit. Dengan RM39, boleh shopping lagi sekali kat Shopee ekekekeke. Semoga kali ini barang aku tak hilang kali ketiga.



Wednesday, May 27, 2020

Pasca Raya 1441H

May 27, 2020
Pasca Raya 1441H | Hai. Salam Syawal hari ke-4. Ada yang dah mula kerja ke? Aku dah mula kerja lepas cuti raya ni. Actually, tak ambik cuti pun sebab dah overrrrrr lemau PKP + PKPB yang lama sangat + Work From Home (katanya) sampaikan dah rasa rindu dengan jalan yang jem.

Baca juga :

Melampau sangat overnya kan? 
Sepanjang kerja ni, pertama kali dalam sejarah langsung tak ambik cuti raya. Biasanya kalau di Tawau dulu, cuti raya seminggu setengah atau 2 minggu itu satu kemestian. Then bila dah balik sini, beberapa tahun lepas, sepanjang raya mesti ambik cuti juga dalam 2,3 hari.

This time?
Sempena COVID-19 agaknya, langsung tak ambik cuti. Dan rasanya ramai je yang macam aku kan? Kalau nak cuti raya lama-lama nak pergi mana pun weh? Bukannya boleh keluar beraya sungguh-sungguh. Takut nak pergi rumah orang, orang pun takut nak mai rumah kita haha. Tapi takpe, jimat cuti tahun. So yang kerja gomen tu, jangan lupa pulun cuti tu masuk GCR okeh.

Pasca Raya 1441H
Ni muka datang office masa PKP. Siapa kata orang gomen goyang kaki kat rumah tak buat kerja. Kami masih kena datang office bergilir-gilir. Kan baru-baru masa PKP ini ada penghantaran pelajar IPT pulang ke kampung kan? Kami panggil Program IPTPulang. 

Ada frontliner yang terlibat uruskan penghantaran pelajar pulang dari institusi. Macam kolej kami terlibat kumpul & terima pelajar dari institusi dan hantar batch-by-batch balik kampung. Collegue aku ada yang kena jadi Liaison Officer (LO) sambut pelajar di lapangan terbang dan hantar pelajar balik. 

Hantar sampai pintu rumah okeh!
Kalau batch ramai setempat, ada yang kami hantar sampai ke IPD dan from there frontliner IPD akan sambut pulak. Ada juga kawan aku yang hantar pelajar naik bas sampai ke Terengganu. Dan the rest of us, we coordinate location, follow up pelajar either dah sampai ke tempat berkumpul. Contact dengan PIC tempat berkumpul, follow up pendaftaran and so on. Jaga sampai student bawah batch kami dah sampai rumah! 

Fuh sapa kata buat coordination tak penat? It takes whole beberapa hari jugak. Takdelah. Saja je nak cakap kami work from home, betul-betul work from home tau! Haha. Dan ada je benda lain buat, ala tapi semua orang yang work from home pun sama kan? 

 On the way ke office lalu Lebuhraya Persekutuan rasa sangat bahagia + sayu. Kenapa bahagia?
Federal Highway lengang!
Nak ke office selalunya ada beberapa jalan yang aku akan lalu ikut keadaan trafik semasa. Paling kerap lalu NPE. Kadang-kadang lalu KESAS. Kalau ada mesyuarat di Putrajaya dan nak masuk office waktu bukan puncak, baru boleh lalu Federal.

Now, pukul 8 pagi pun Federal Highway lengang. Heaven!
Tapi sayu sebab ..... Confirm ramai kat rumah. Tak kerja. In this times now, how to survive kalau tak kerja? Banyak company yang tak boleh sustain / rolling, dan ini affect ramai orang. Hipotesis aku semasa ini adalah, highway yang pack adalah baik untuk ekonomi rasanya. On the other side, masa PKP ni, aku dapat tahu banyak SMEs yang jana keuntungan yang tinggi. Entahlah blessing in disguise?

Beli kolonsong ketupat di Semenyih
Beli kolonsong ketupat di Semenyih
Hari Khamis lepas balik kerja singgah Tesco Semenyih cari barang. Ternampak pulak orang jual kelonsong ketupat ni. Lepas call dan tanya mak nak beli ke tak kelonsong ketupat, baru aku tahu yang ketupat ada 2 jenis? Ketupat sate? Ketupat ketupat?

Peh. Inilah kesan orang bandar tak tahu nak anyam ketupat! Kahkah. Kalau tanya aku, aku tahu ketupat rupa macam kat atas itulah. Ketupat palas rupa lain, itu aku tahu. Harga Semenyih sempena raya 1441H adalah RM10/1 set. 1 set ada 10 biji ketupat. Mak aku kata mahal, well kalau nak murah kena buat sendiri anyam sendiri ye tak? 

Takpelah mak, kita redha dalam pasrah jawapannya.

Gambar raya keluarga 1441H
Gambar raya keluarga 1441H
Gambar raya keluarga 1441H
Pagi raya.

Even tak keluar berziarah, pagi raya tetap pakai baju raya. 
Actually bukan baju raya sangat pun. Mostly adik beradik aku pakai baju recycle kenduri Eja bulan 3 lepas. Aku je yang pakai baju entah tahun bila punya, tak pernah pakai sebab masa buat badan kurus sikit. Lepas je baju siap macam dipam-pam pulak selera makan. Nak pakai baju sangkut kat tekak. 

Baru ini je lepas sikit nak pakai. Agaknya masa puasa hari tu turun 500g. Syukurrrrrr.

Gambar raya keluarga 1441H
1440H vs 1441H.
Sama je gendutnya. Hmmm.

Gambar raya keluarga 1441H
Gambar raya keluarga 1441H
Raya tahun lepas 1440H.

Meriahnya bila ingat balik raya - raya kita tahun lepas kan? Takde masalah siang ke malam nak keluar beraya. Berapa ramai orang dalam 1 rumah. Family aku kalau raya biasanya janji siap-siap hari ni nak pergi rumah sape, esok nak pergi rumah sape. Jadinya turn datang beraya tu memang meriah sokmo turn rumah tu. 

Apa yang beza raya tahun lepas dan raya tahun ini?
Well, selain kurang keluar berziarah raya, dah takde ramai sedara mara datang segerombolan macam gambar kat atas ni, tahun ni tahun paling jimat duit raya hahahahaha. Musim PKPB kan, duit raya aku pun kena tempiasa PKPB. Orang - orang terdekat memang dapat duit raya lah, tapi biasanya kalau balik kampung memang aku dah prepare duit raya sebeban nak bagi anak buah & sedara mara. Family sebelah abah aku family besar. So memang selalunya banyak melabur duit raya kat sini.

Tapi.... Hehe...
Kita forward ke raya tahun depanlah.

Malam raya pertama dah carik lauk lain. 
Masuk Tesco hari raya pertama memang heaven! Jalan lengang. Tesco lengang! Tapi barang basah dan kering banyak! Nafsu menyopping makanan membuak-buak okeh! 
Sambil jalan jumpa pulak haiwan cengkerang ni, laju terus ambik.


Masak Kerang rebus & kepah masak halia
Kerang rebus & kepah masak halia.

Dah lama tak makan kepah. Last aku makan dan masak kepah kat Tawau dulu. Jap aku carik ada tak blogpost kepah aku. Pasar Tawau dulu segala macam haiwan cengkerang ada. Lokan, kepah, lala, kerang dan ada lagi sebesar-besar cengkerang aku tak tahu nama. Nak masak lagi lah tak tahu cara nak masak macam mana. Ada cengkerang saiz sebesar lampu gate yang bulb tu. Nak korek keluar macam mana isi cengkerang tu aku pun tak tahu. But thats the magic penyebab aku suka pergi Pasar Ikan Tawau. 

Well. Kalau korang pergi Tawau suatu hari nanti, jangan lupa singgah sana okeh.

Baca juga :

So today dah mula kerja almost full swing. Siapkan face mask dan hand sanitizer dalam handbag dan kereta. Hari ni pun bawak buah nak makan-makan kat office. Makanan paling senang kan? Hahaha. 

Aku dengar cerita ada yang siap buat open house musim PKP ni? Betul ke?
Ya ampunnnnnn kalau betul. Banyak sangat duit ke nak tabur sampai tak tahu nak buat ape sampai nak buat open house segala? Orang lain CLOSED HOUSE, Dato Rosyam Nor siap letak banner depan rumah mak dia kata closed house, ada pulak buat open house? Nak ajak ramai orang datang rumah lagi? What a weird world we having right now.


Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *