Sunday, April 5, 2020

Mudahnya Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB

Mudahnya Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB | Bayar Bil Elektrik TNB Secara Online |  Hai. Aku pelik betul bulan lepas ni tak dapat-dapat bil elektrik TNB ni, selalunya laju je dapat. Tetiap bulan juga mesti nampak brader TNB datang baca meter, kali ni tak nampak. Dan bil elektrik takde dalam peti surat. Hmmmm.

Rupanya musim COVID-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), TNB tak datang untuk baca meter penggunaan elektrik kita. Nak mengurangkan risiko jangkitan, juga backup untuk staf sendiri ye tak?


Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB

Sepanjang PKP, there will be no meter reading and also. No physical electric bill macam yang selalu kita dapat setiap bulan dalam peti surat. Jadi macam mana nak tahu berapa bil elektrik kita untuk bulan semasa tersebut?

Mudah je. TNB ada ada senaraikan beberapa alternatif yang boleh dihubungi sekiranya perlu. 

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB

Medium Semak Bil Elektrik TNB

1) Hubungi TNB Careline di 1300-88-5454
2) Guna myTNB apps

Paling mudah semestinya melalui myTNB apps 😉


Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB

Rasanya ramai yang bayar bil elektrik menggunakan Maybank2U terus. Iyelah, bil dah ada kan? Tapi kalau jadi kes begini tiada bil elektrik untuk bulan semasa, guna aplikasi myTNB memang sangat membantu.

Selain semak bil bulanan, boleh juga terus buat pembayaran melalui myTNB apps. Antaramuka apps tersebut juga simple dan tidak mengelirukan. Setakat yang telah digunakan untuk beberapa bulan ini untuk beberapa bil elektrik rumah yang berlainan, tiada crash atau lagging. So far ok.

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Download myTNB apps

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Register untuk yang pertama kali. Kalau dah ada akaun, log in. 

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Masukkan Activation PIN yang dihantar ke no. telefon yang didaftarkan.

[BACA JUGA] : 

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Tekan [+] untuk masukkan bil pertama. Namakanlah bil tersebut kalau ada banyak bil elektrik premis lain, contohnya akaun rumah, akaun kedai.

Tekan ADD ANOTHER ACCOUNT kalau nak tambah akaun bil elektrik premis lain. Yang tolong bayarkan bil elektrik rumah parents dan rumah sendiri boleh tambah sekali.

Bayar Bil Elektrik Secara Online Melalui Aplikasi myTNB

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Isikan amaun yang nak dibayar. Boleh bayar terus untuk beberapa bil. Klik (✓) untuk bil yang nak dibayar.

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Boleh bayar menggunakan Kad Debit/Kredit atau Perbankan Internet.

Ok. Jom tengok antaramuka myTNB apps.

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Pay My Bill - Bayar bil bulan semasa.
View My Bill - Tengok bil semasa.

Kalau nak tengok past payments atau bil bulan-bulan sebelumnya, tekan BILLS di column bawah sekali.

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Bil dan pembayaran lepas. Untuk rekod, hanya bil dan pembayaran setelah register akaun myTNB apps sahaja akan ada dalam history bills. 

Jadi, mudah kan? Lepas ni tak perlu tertunggu-tunggu bil elektrik dan tak perlu keluar rumah ke kiosk fizikal. Tambah-tambah musim COVID-19 ni, social distancing dan kurangkan pergerakan luar rumah amat digalakkan.

P/s: Lepas ni guna Air Selangor apps pula!


6 comments:

  1. Melaka memang dah online, shahira, sejak meter ditukar last 2 years.
    takde dah org dtg cek meter.
    ada apps jugak :)
    ni mudahkan dua pihak, tnb dan kita.
    save the environment jugak kan :)
    terbaik tnb.

    ReplyDelete
  2. mudah semua atas talian saja skrng.. dalam keadaan kita MCO ni lagila memudahkan urusan..

    ReplyDelete
  3. Sis nk tnye.. Yg paid extra tu apa mksudnya yg atas sekali tu jumlah utk kita bayar ke cmne.. X faham😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.
      Sorry for late reply.
      Paid extra tu maksudnya, owner dah bayar lebih bil elektrik kpd TNB. So nanti next bil, TNB akan tolak dari jumlah bil seterusnya.

      Let say bulan Ogos, bil kita berjumlah RM130, dan we pay extra RM25 previous bil, jadi bil bulan 8 adalah RM130-RM25 = RM105.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *