Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email | Hai. Ramai juga yang dah dapat daftar dan mohon pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP kan? Cara nak mohon i-Lestari pun mudah sangat. Ada dah update dalam blogpost sebelum ini. Berapa banyak korang keluarkan i-Lestari ni? RM500 / bulan?
Wowwwww. Mesti banyak simpanan dalam Akaun 2 korang kan? Hehe.
The main problem is, rupanya ramai yang masih tidak mendaftar i-Akaun KWSP. Jadinya bila nak mohon i-Lestari, nak daftar i-Akaun jadi susah sebab untuk log in kali pertama kena ada user id & password untuk aktifkan i-Akaun yang hanya boleh didapati melalui :
1) Kaunter KWSP
2) Kiosk KWSP
3) Customer Service KWSP di talian 03-89226000
4) Email
Musim-musim lockdown PKP ni susah nak keluar rumah kan? Dan dengar kata susah nak tembus talian customer service KWSP. So why not kita cuba pilihan keempat. Email ke KWSP.
Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email
Pergi ke laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/.
Tekan Register now via email.
PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN I-AKAUN (AHLI) MELALUI EMAIL
1) Buka dan taip menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini.
2) Namakan setiap lampiran mengikut seperti format yang telah ditetapkan.
3) Saiz borang dan semua dokumen tidak melebihi 2MB.
4) Hantar ke email iakaundaftar@epf.gov.my dengan tajuk Pendaftaran i-Akaun Ahli <Nama penuh anda>
5) Contoh tajuk email : Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad bin Muhammad
6) KWSP akan beri maklumbalas dan semakan status pendaftaran hanya melalui email sahaja tau!
Sekiranya berjaya , KWSP akan email user id & password i-Akaun untuk log in kali pertama. Then after that, tukar lah password i-Akaun mengikut password sendiri okeh 😉
bagaimana pula nak daftar iakaun tapi tak ada no telefon... senang cakap phone share dgn spouse. n spouse dh guna no telefon itu masa daftar dgn kwsp
ReplyDeleteMaaf lambat balas. Saya tak pasti kalau guna no phone ygsama boleh ke tidak. Rasanya tiada masalah sebab kita register menggunakan email.
DeleteTerima kasih share
ReplyDeleteBoleh lah ruby cuba emel pada kwsp untuk register i akaun.
Sebab tak de i akaun lagi
Sekarang lebih mudah dah boleh terus ke kwsp 😁
Delete