Thursday, April 9, 2020

Awak Masak Apa? | PKP Hari Ke-22

Entahlah. Sebelum ini bila weekdays kerja, rasa nak duduk rumah cuti-cuti je. Tapi bila kena PKP dah nak masuk 2 minggu, jadi tepu kepala otak. Rupanya bagus juga ada aktiviti harian nak buat hehe. Berapa ramai yang dah rindu office, jalan KL yang super jem dan rindu nak dine-in resto favourite kan? Fuhhh.

Tengok dalam facebook ramai dah transform menjadi alumni Masterchef? Hahaha. Memang antara hikmah PKP ni adalah ... More time with family, dan banyaaaaak masa nak eksperiment makanan. 

Duduk rumah aku ni, kerja asyik nak makan je. Menu biasa-biasa je tapi frekuensi masak tu yang tak boleh blah. 2 kali sehari (WAJIB), 3 kali sehari (KERAP JUGA). Rumah yang ada anak kecik dengarnya laaaagi kerap? Hehehe. Itu baru betul bekerja dari rumah ye mak-mak 😂

MENU MASAK SEHINGGA PKP HARI KE-22

Sebenarnya banyak je menu masak kat rumah ni (mostly bukan aku yang masak hahaha). Tapi tak sempat snap. Rasanya lepas ni nak snap nak buat idea masak untuk lain kali.

Menu simple PKP hari ke -22
Menu simple PKP hari ke -22
Yang kelakar setiap kali nak ambik gambar makanan, mak tanya hah nak hantar kat siapa gambar tu? 😂

Jawapannya nak hantar kat blog lah mak 😂. Musim PKP ni nak update benda apa lagi kalau bukan makanan, kan?

Menu simple Ikan cencaru sambal, kambas dan telur mata
Sambal ikan cencaru, sayur kambas goreng telur & telur dadar.
 Rumah aku ni, telur 3 papan boleh tahan seminggu lebih je. Boleh kata makanan ruji macam nasi agaknya.

[BACA JUGA] :

Menu simple ayam goreng ala mamak
Ayam goreng ala mamak. 
TQlah kepada yang banyak share resepi dalam facebook. Kadang-kadang skeptikal jugak yang share resepi kadang-kadang bahan tak cukuplah ape lah. Yang resepi ayam ni menjadi. Sodappppppp menjilat jari. Eja yang masak, aku duduk tepi kacau-kacau ayam je.

Menu simple ayam goreng ala mamak
Mak selalu kata eleh janganlah tunjuk kuali hitam. Alalalala mak. Kita kena bangga dengan kuali kita hahahaha.

Menu simple tauhu bergedil dan sambal kicap
Tauhu bergedil & sambal kicap.

Menu simple sambal hijau udang dan kentang
Sambal hijau udang & kentang.

Yang rajin buat eksperimen nak makan macam-macam selalunya Eja. Yang selalu request secara tak sedar nak makan selalunya mak. Trik dia selalu macam ni .... "Sedapnya brownies. Sedapnya ikan bakar", sambil skrol facebook resepi dan on video orang masak, hihi.

Yang selalu suka buat kek & kuih selalunya Epa. Dan aku? 

Well, cooking is not my forte. Sebenarnya tak pandai masak pun boooooo. But usually aku suka masak traditional cuisine. Dan if datang teringin (duduk Tawau dulu selalu teringin macam-macam), kelim karipap inti daging buat sendiri tengah malam pun sanggup!

Dan kalau tengok curve progress COVID-19 cases, rasanya PKP ni akan bersambung lagi. PKP fasa 3.0?

Wallahualam. 

Tapi jika ya, memang kita merasalah berpuasa ramadhan sentiasa berada di dalam rumah. It is sad actually, but there is always first time to another kan?

Semoga kita semua dipanjangkan usia berjumpa Ramadhan, menjalani Ramadhan dan menghirup udara Ramadhan. 

Semoga semua ini cepat berlalu dan kita semua boleh bebas keluar menjalani kehidupan seperti sedia kala. Sementara itu, always live our life to the fullest. Nikmati je saat-saat ini dan do believe me, if we survive this, we will reminisce it later.

#stayathome guys 😉

4 comments:

  1. Kita dah jadi masterchef kan, kat hp akak semua gambar makanan je paling banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa ape lagi kak, update kat blog la 😁

      Delete
  2. kite suka kawan2 share gambar makanan hahaha.. sebab boleh bagi idea nak masak apa. xdaakkk idea da menu apa nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, awak rajin masak mesti lagi banyak idea 😉

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (85) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *