Monday, April 27, 2020

Pertama Kali Video Conference Menggunakan Cisco Webex

April 27, 2020
Pertama Kali Video Conference Menggunakan Cisco Webex | Cerita hari Rabu lepas. Pertama kali mesyuarat secara online video conferencing, baru tahu oooooohhhh macam ni rupanya bila nak take turn bercakap bila online conferencing.

19 participant. Tapi skrin handphone beginilah aje yang nampak..

Nak bercekau pun tak sempat!

Tak puaslah meeting macam tu haha ๐Ÿ˜‚

Antara hikmah PKP ni adalah, workers jadi lebih cakna IT. Bukan apa, online conferencing, video call jemaah ni bukan benda baru. Lama dah praktis. Orang lain dah berzaman pun guna.

Even online classes pun dah lama praktis. But then, kita ni lebih selesa hat yang dah jadi rutin. Nak meeting mesti nak bersemuka, nak tepuk meja. Gitu.

Tak, aku bercakap pasal diri aku jugak.

Aku pun sebenarnya kan, first time join meeting online ni, courtesy PKP. Mula-mula semasa PKP fasa 1, Pengarah dah remind untuk download Zoom. Mudah lepas ni nak meeting.

But then, world wide guna Zoom, viral pulak Zoom tak secure. Oh debar weh nak meeting macamkan meeting libatkan belanja juta-juta.

Papa nak kamu warisi Megah Holding. Eh.

Tapi rahsia kerajaan tetap rahsia walaupun the slightest one right. Jadinya lepas tu kami beralih kepada government secure apps. 


[Baca Juga] :

The problem is ...... Line internet Malaysia ni unstable. Bukan semua lokasi rumah staf ada coverage yang ok. Macam rumah aku pun coverage Maxis 4G, tapi bila video call tersekat-sekat kat tekak. Dah macam suara Donald Duck jadinya suara aku.

Last sekali yang terbaru kami guna, Cisco Webex. Haaaaa hat ni memang banyak institusi guna. Baik nak buat bengkel / kursus online. E-Pembelajaran. Nampak agak stabil. Bolehlah kami meeting dengan tenang tanpa ketara sangat Donald Duck nya haha.

Well, selain transform menjadi MasterChef, for sure ramai dah terer video conferencing. Thats good actually, so lepas ni kita lebih terbuka untuk follow the technologies.

Aku ini pun nama je baru 32 tahun. Tapi bila guna Cisco Webex nak bercakap suara tak keluar, menggelupur Whatsapp admin tanya macam mana nak bagi microphone phone aktif? Kahkah.

Lepas ini pun ada beberapa meeting yang akan berjalan secara dalam talian. Tak tahu bila PKP akan berakhir, tapi harapnya kita akan dapat tangani pandemik COVID-19 ini bersama-sama. The keyword is together stay at home ok.

Macam mana raya dalam suasana pandemik dan PKP? 

Balik shopping barang dapur. Meriah je jalan raya. Adoi.

Entahlah. Sesuatu yang baru kan sepanjang hidup ini asyik beraya nak berjalan berziarah dan makan makanan raya. Now? Touch and go depan muka pintu aje ke? Atau just video call? 

Something to ponder ๐Ÿ˜…

Okeh. Let's list out beberapa pilihan untuk video call atau meeting online. Antaranya :
1) Zoom (katanya dah improve security patch and so on)
2) Cisco Webex Meeting
3) Google Meet
4) Adobe Connect
5) Skype
6) UberConference
7) WebToom
8) SuiteBox

Dan banyak lagi sebenarnya. Then, share lah korang buat vc guna apps apa ๐Ÿ˜‰



Saturday, April 25, 2020

Another Achievement Unlock. Blessed!

April 25, 2020
2 Ramadhan 1441H. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah bagi pagi ini. Another achievement unlock ✔️.

Pagi ini dapat tahu keputusan penempatan pemangkuan kenaikan pangkat. Masih lagi kekal dengan jawatan yang sama, di tempat yang sama. Alhamdulillah.

Walaupun selalu merempan mengadu kata stress pergi kerja hari-hari mengadap jem, tapi aku masih tak boleh bayangkan if one day aku kena keluar dari rutin tu. Maksudnya ....

Dipindahkan atau berpindah ke office lain. 

Walaupun perubahan itu, kadangkala seperti pain in the ass rasa dia, tapi ada kebaikan tersembunyi yang kadang tak nampak dimata awalnya, terasa di jiwa kemudiannya.

Wah. Kemain.

Another achievement sebelum ini yang aku simpan ketat-ketat. Antaranya pindah dari Tawau ke KL (not so ketat sebab SEMUA orang tahu haha).

Achievement yang aku nak capai pun selalunya biasa-biasa je di mata orang lain. To be truth, i am not a 'bigger' person. I tend to satisfied even in the small progress. I am not aim big. 

Alah. Just small small fish oklah. 
The bigger one kita passover kepada orang lain. 


[BACA JUGA] :

- Impian nak beli kereta ✔️ checked!
- Impian nak naik pangkat ✔️ checked! (Might look for another session of naik pangkat another 5 years lagi agaknya)
- Impian nak ada property sendiri walaupun  low cost ✔️ checked!
- Impian nak sambung Master sebelum umur 30 tahun ❌ terbabas belum lagi tercapai
- Impian nak travel dengan strangers ✔️ checked!

 2017. Pertama kali travel dengan strangers and addicted since then.

- Impian nak solo travel ❌
- Impian nak travel dengan shuben (awww) ❌
- Impian nak deco rumah sendiri ❌ (tapi teruk gila taste nak mendeco. Bukan setakat deco kek, my senses of deco rumah pun kelaut dalam. Ya Allah, tolong kurniakan shuben yang pandai deco rumah pleaseeee)

Dan adalah beberapa lagi yang biasa je di mata orang lain.

Tapi walau biasa pun, still kena ada impian ye tak? Tanpa impian cita-cita tak akan tercapai. Eh betul ke tak ayat aku tu?

Those yang nak aims big, push for it.
Those yang nak aims biasa-biasa like me, go along with it.
Embrace the differences, sebab kalau dah semua orang sama aims for big atau aims for normal, then bergaduh lah kita beramai-ramai sebab semua nk benda yang sama, ye tak?

Pagi tadi masa sahur bila aku cakap dengan mak masih lagi stay di kolej yang sama, mak kata iye ke lagi ok stay?

Aduh, dah terdetik di lamunan, betul ke result aku stay ni? Kahkah.

Apa pun, Alhamdulillah wa syukur ni'mat. Another achievement unlock dan SYUKUR! 

Have a blessed days ahead guys ๐Ÿ˜‰

Thursday, April 9, 2020

Awak Masak Apa? | PKP Hari Ke-22

April 09, 2020
Entahlah. Sebelum ini bila weekdays kerja, rasa nak duduk rumah cuti-cuti je. Tapi bila kena PKP dah nak masuk 2 minggu, jadi tepu kepala otak. Rupanya bagus juga ada aktiviti harian nak buat hehe. Berapa ramai yang dah rindu office, jalan KL yang super jem dan rindu nak dine-in resto favourite kan? Fuhhh.

Tengok dalam facebook ramai dah transform menjadi alumni Masterchef? Hahaha. Memang antara hikmah PKP ni adalah ... More time with family, dan banyaaaaak masa nak eksperiment makanan. 

Duduk rumah aku ni, kerja asyik nak makan je. Menu biasa-biasa je tapi frekuensi masak tu yang tak boleh blah. 2 kali sehari (WAJIB), 3 kali sehari (KERAP JUGA). Rumah yang ada anak kecik dengarnya laaaagi kerap? Hehehe. Itu baru betul bekerja dari rumah ye mak-mak ๐Ÿ˜‚

MENU MASAK SEHINGGA PKP HARI KE-22

Sebenarnya banyak je menu masak kat rumah ni (mostly bukan aku yang masak hahaha). Tapi tak sempat snap. Rasanya lepas ni nak snap nak buat idea masak untuk lain kali.

Menu simple PKP hari ke -22
Menu simple PKP hari ke -22
Yang kelakar setiap kali nak ambik gambar makanan, mak tanya hah nak hantar kat siapa gambar tu? ๐Ÿ˜‚

Jawapannya nak hantar kat blog lah mak ๐Ÿ˜‚. Musim PKP ni nak update benda apa lagi kalau bukan makanan, kan?

Menu simple Ikan cencaru sambal, kambas dan telur mata
Sambal ikan cencaru, sayur kambas goreng telur & telur dadar.
 Rumah aku ni, telur 3 papan boleh tahan seminggu lebih je. Boleh kata makanan ruji macam nasi agaknya.

[BACA JUGA] :

Menu simple ayam goreng ala mamak
Ayam goreng ala mamak. 
TQlah kepada yang banyak share resepi dalam facebook. Kadang-kadang skeptikal jugak yang share resepi kadang-kadang bahan tak cukuplah ape lah. Yang resepi ayam ni menjadi. Sodappppppp menjilat jari. Eja yang masak, aku duduk tepi kacau-kacau ayam je.

Menu simple ayam goreng ala mamak
Mak selalu kata eleh janganlah tunjuk kuali hitam. Alalalala mak. Kita kena bangga dengan kuali kita hahahaha.

Menu simple tauhu bergedil dan sambal kicap
Tauhu bergedil & sambal kicap.

Menu simple sambal hijau udang dan kentang
Sambal hijau udang & kentang.

Yang rajin buat eksperimen nak makan macam-macam selalunya Eja. Yang selalu request secara tak sedar nak makan selalunya mak. Trik dia selalu macam ni .... "Sedapnya brownies. Sedapnya ikan bakar", sambil skrol facebook resepi dan on video orang masak, hihi.

Yang selalu suka buat kek & kuih selalunya Epa. Dan aku? 

Well, cooking is not my forte. Sebenarnya tak pandai masak pun boooooo. But usually aku suka masak traditional cuisine. Dan if datang teringin (duduk Tawau dulu selalu teringin macam-macam), kelim karipap inti daging buat sendiri tengah malam pun sanggup!

Dan kalau tengok curve progress COVID-19 cases, rasanya PKP ni akan bersambung lagi. PKP fasa 3.0?

Wallahualam. 

Tapi jika ya, memang kita merasalah berpuasa ramadhan sentiasa berada di dalam rumah. It is sad actually, but there is always first time to another kan?

Semoga kita semua dipanjangkan usia berjumpa Ramadhan, menjalani Ramadhan dan menghirup udara Ramadhan. 

Semoga semua ini cepat berlalu dan kita semua boleh bebas keluar menjalani kehidupan seperti sedia kala. Sementara itu, always live our life to the fullest. Nikmati je saat-saat ini dan do believe me, if we survive this, we will reminisce it later.

#stayathome guys ๐Ÿ˜‰

Monday, April 6, 2020

Masih Tiada i-Akaun KWSP? Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email

April 06, 2020
Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email | Hai. Ramai juga yang dah dapat daftar dan mohon pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP kan? Cara nak mohon i-Lestari pun mudah sangat. Ada dah update dalam blogpost sebelum ini. Berapa banyak korang keluarkan i-Lestari ni? RM500 / bulan? 

Wowwwww. Mesti banyak simpanan dalam Akaun 2 korang kan? Hehe.


The main problem is, rupanya ramai yang masih tidak mendaftar i-Akaun KWSP. Jadinya bila nak mohon i-Lestari, nak daftar i-Akaun jadi susah sebab untuk log in kali pertama kena ada user id & password untuk aktifkan i-Akaun yang hanya boleh didapati melalui :
1) Kaunter KWSP
2) Kiosk KWSP
3) Customer Service KWSP di talian 03-89226000
4) Email 

Musim-musim lockdown PKP ni susah nak keluar rumah kan? Dan dengar kata susah nak tembus talian customer service KWSP. So why not kita cuba pilihan keempat. Email ke KWSP.

Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email 

Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email
Pergi ke laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/

Tekan Register now via email.

Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email
Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email
PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN I-AKAUN (AHLI) MELALUI EMAIL
1) Buka dan taip menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini.
2) Namakan setiap lampiran mengikut seperti  format yang telah ditetapkan.
3) Saiz borang dan semua dokumen tidak melebihi 2MB.
4) Hantar ke email iakaundaftar@epf.gov.my dengan tajuk Pendaftaran i-Akaun Ahli <Nama penuh anda> 
5) Contoh tajuk email : Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad bin Muhammad
6) KWSP akan beri maklumbalas dan semakan status pendaftaran hanya melalui email sahaja tau!

Sekiranya berjaya , KWSP akan email user id & password i-Akaun untuk log in kali pertama. Then after that, tukar lah password i-Akaun mengikut password sendiri okeh ๐Ÿ˜‰


Sunday, April 5, 2020

Mudahnya Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB

April 05, 2020
Mudahnya Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB | Bayar Bil Elektrik TNB Secara Online |  Hai. Aku pelik betul bulan lepas ni tak dapat-dapat bil elektrik TNB ni, selalunya laju je dapat. Tetiap bulan juga mesti nampak brader TNB datang baca meter, kali ni tak nampak. Dan bil elektrik takde dalam peti surat. Hmmmm.

Rupanya musim COVID-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), TNB tak datang untuk baca meter penggunaan elektrik kita. Nak mengurangkan risiko jangkitan, juga backup untuk staf sendiri ye tak?


Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB

Sepanjang PKP, there will be no meter reading and also. No physical electric bill macam yang selalu kita dapat setiap bulan dalam peti surat. Jadi macam mana nak tahu berapa bil elektrik kita untuk bulan semasa tersebut?

Mudah je. TNB ada ada senaraikan beberapa alternatif yang boleh dihubungi sekiranya perlu. 

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB

Medium Semak Bil Elektrik TNB

1) Hubungi TNB Careline di 1300-88-5454
2) Guna myTNB apps

Paling mudah semestinya melalui myTNB apps ๐Ÿ˜‰


Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB

Rasanya ramai yang bayar bil elektrik menggunakan Maybank2U terus. Iyelah, bil dah ada kan? Tapi kalau jadi kes begini tiada bil elektrik untuk bulan semasa, guna aplikasi myTNB memang sangat membantu.

Selain semak bil bulanan, boleh juga terus buat pembayaran melalui myTNB apps. Antaramuka apps tersebut juga simple dan tidak mengelirukan. Setakat yang telah digunakan untuk beberapa bulan ini untuk beberapa bil elektrik rumah yang berlainan, tiada crash atau lagging. So far ok.

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Download myTNB apps

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Register untuk yang pertama kali. Kalau dah ada akaun, log in. 

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Masukkan Activation PIN yang dihantar ke no. telefon yang didaftarkan.

[BACA JUGA] : 

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Tekan [+] untuk masukkan bil pertama. Namakanlah bil tersebut kalau ada banyak bil elektrik premis lain, contohnya akaun rumah, akaun kedai.

Tekan ADD ANOTHER ACCOUNT kalau nak tambah akaun bil elektrik premis lain. Yang tolong bayarkan bil elektrik rumah parents dan rumah sendiri boleh tambah sekali.

Bayar Bil Elektrik Secara Online Melalui Aplikasi myTNB

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Isikan amaun yang nak dibayar. Boleh bayar terus untuk beberapa bil. Klik (✓) untuk bil yang nak dibayar.

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Boleh bayar menggunakan Kad Debit/Kredit atau Perbankan Internet.

Ok. Jom tengok antaramuka myTNB apps.

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Pay My Bill - Bayar bil bulan semasa.
View My Bill - Tengok bil semasa.

Kalau nak tengok past payments atau bil bulan-bulan sebelumnya, tekan BILLS di column bawah sekali.

Semak dan Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Bil dan pembayaran lepas. Untuk rekod, hanya bil dan pembayaran setelah register akaun myTNB apps sahaja akan ada dalam history bills. 

Jadi, mudah kan? Lepas ni tak perlu tertunggu-tunggu bil elektrik dan tak perlu keluar rumah ke kiosk fizikal. Tambah-tambah musim COVID-19 ni, social distancing dan kurangkan pergerakan luar rumah amat digalakkan.

P/s: Lepas ni guna Air Selangor apps pula!


Thursday, April 2, 2020

Keluarkan RM500/bulan dari KWSP? Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP i-Akaun 2 Secara Online

April 02, 2020
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online  | Hai. Bermula 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka dari Akaun 2 i-Lestari KWSP.

Amaun pengeluaran i-Lestari adalah sebanyak minimum RM50 hingga maksimum RM500 sebulan tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Permohonan pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP ini selama setahun adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban kewangan ahli dalam menyediakan keperluan asas bulanan keluarga dalam tempoh pandemik COVID-19. Pengeluaran boleh dibuat selama setahun hingga 31 Mac 2021 kerana impak pandemik COVID-19 dijangkakan akan reda selepas tempoh setahun.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN I-LESTARI

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP AKAUN 2
Kredit KWSP

KONSEP PENGELUARAN I-LESTARI

KONSEP PENGELUARAN I-LESTARI KWSP AKAUN 2
Kredit KWSP

Ok baiklah, semua dah jelas? Pengeluaran akan dibuat berulang sehingga 31 Mac 2021. Maksudnya, bagi yang membuat permohonan pengeluaran i-Lestari awal, akan mendapat frekuensi pengeluaran yang lebih banyak ๐Ÿ˜‰

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Pergi ke laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my. Masukkan user id dan password (pastikan telah daftar i-akaun terlebih dahulu untuk dapatkan user id dan password ini).

[BACA JUGA] : 

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Pilih i-Lestari.
 Kalau tengok pada pilihan pengeluaran Akaun 2, ada sehingga 12 jenis permohonan pengeluaran boleh dibuat. 

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Boleh pilihan minimum pengeluaran RM50 hingga maksimum RM500. 

Walaubagaimanapun kene ingat yang pembayaran i-Lestari adalah berulang dari tarikh penerimaan permohonan sehingga 31 Mac 3021. Bukan pengeluaran one-off

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Kemaskini maklumat peribadi terutamanya no. telefon yang terkini dan aktif (untuk penghantaran no. TAC)

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari  KWSP i-Akaun 2 Secara Online
Kredit gambar cara pengeluaran i-Lestari : FB Luqman Hariz

Tahniah. Siap ๐Ÿ˜‰. 
Banyak bantuan dan sokongan daripada kerajaan untuk rakyat Malaysia semasa musim pandemik COVID-19 ini. Gunakan dengan sebaiknya dan jangan lupa #stayathome dan sentiasa jaga kebersihan diri dan basuh tangan dengan kerap. 

#kitajagakita dan hanya dari kita dalam memastikan usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 berjaya dilaksanakan.

Bagi yang belum mendaftar i-Akaun, ada beberapa cara boleh dilakukan selain daripada walk-in ke KWSP. Antaranya melalui email, panggilan kepada customer service dan juga melalui kiriman pos.

Semoga membantu ๐Ÿ˜‰

Wednesday, April 1, 2020

Cara Tebus 1GB Internet Setiap Hari Percuma Sepanjang PKP Musim COVID-19

April 01, 2020
Cara Tebus 1GB Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang PKP Musim COVID-19 | Hai. Dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan YB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 baru-baru ini, internet percuma 1GB setiap hari sepanjang PKP bermula 1 April 2020 antara yang tersenarai yang dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira telco.

Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) | Data internet 1GB percuma sepanjang PKP

Antara lain yang terkandung di dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) baru-baru ini juga adalah :

Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 27 Mac 2020
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 27 Mac 2020
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 27 Mac 2020
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 27 Mac 2020
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 27 Mac 2020
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 27 Mac 2020
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 27 Mac 2020
Banyak juga benefit yang rakyat Malaysia nikmati waktu PKP ini kan? Baiklah, kembali kepada tajuk utama.

[BACA JUGA] : 
Keluarkan RM500/bulan dari KWSP? Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP i-Akaun 2 Secara Online

CARA TEBUS 1GB INTERNET PERCUMA SEPANJANG PKP (MAXIS SAHAJA)

Untuk telco lain, aku tak pasti caranya tetapi untuk maxis, cara untuk tebus 1GB internet percuma ini senang sangat.

1) Pergi ke MyMaxis App (postpaid) atau aplikasi Hotlink (prepaid) atau Hotlink Flex App.

CARA TEBUS 1GB INTERNET PERCUMA SEPANJANG PKP (MAXIS SAHAJA)
2) Tekan DATA BALANCE > GET MORE DATA

CARA TEBUS 1GB INTERNET PERCUMA SEPANJANG PKP (MAXIS SAHAJA)
3) Ada Time Base Pass atau One Time Pass,  pilih TIME BASE > 1GB DAY PASS. Tekan dan tunggu mesej pengesahan pengaktifan data internet percuma.

Untuk Maxis ada juga pilihan 3GB data percuma selama 30 hari yang boleh ditebus sekali sahaja sepanjang PKP. Boleh tebus dan dan gunakan dulu, kemudian hari-harilah tebus yang 1GB.

Cumanya, data internet percuma ini hanya dari 8 pagi - 6 petang. Selain waktu tersebut, kena gunakan data internet sendiri nampaknya. Untuk pengguna UNLIMITED DATA (biasanya uMobile kan) dan Maxis ONEPrime, dah takde ruang nak bagi 1GB data internet percuma ni tau! 

JIKA TIADA APLIKASI MYMAXIS APP?

Senang juga. Tekan *100# > 6 (Internet & Setting) > 4 (Time Based Pass) > 3 (Free 1GB 1-day 8am - 6pm)

Untuk pelanggan Hotlink Prepaid gunakan langkah yang sama juga. Tekan *868#, kemudian langkah yang sama seperti di atas.

(KEMASKINI) CARA TEBUS 1GB INTERNET PERCUMA SEPANJANG PKP - DIGI PREPAID


CARA TEBUS 1GB INTERNET PERCUMA SEPANJANG PKP - DIGI PREPAID


Tekan *128*66# > Pilih 3 (INTERNET) > Pilih 1 (1GB Daily) > Tunggu mesej pengaktifan.

Selamat menikmati data internet percuma! ๐Ÿ˜‰




Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *