Monday, March 30, 2020

Frekuensi Keaktifan Dapur Musim COVID-19

Frekuensi Keaktifan Dapur Musim COVID-19 | Tak sangka sedap jugak buat chicken popcorn guna Tepung Serbaguna Adabi. Rasanya sebelum ini, masa dari kecik kalau goreng ayam kentucky (katanya), selalu guna tepung goreng ayam juga.

Chicken popcorn simple musim covid-19

Brand?
Entah, hentam je apa yang ada kat kedai. Asalkan nama dia tepung goreng ayam. 

Now dah tua-tua ni banyak pulak pilihan tepung goreng. Untuk golongan 'rajin' semacam aku, bersyukurrrrrrrr ada benda alah ni dalam market kan? Lepas ni boleh buat video upload youtube cara sotong goreng tepung serbaguna. 

Lepas tu ramai yang tengok. Akulah salah sorangnye tu. Haha. Siap tengok berkali-kali lagi okeh. 

Yang super rajin of course goreng ayam guna resepi campur 10 jenis tepung, kihkih. 

Ok taklah. Gurau je.

Chicken popcorn simple musim covid-19

Apesal entah rupa macam ayam goreng kunyit? Where is the tepung?

Tapikan kalau guna tepung Bestari ya ampun, sedap gila!

Serius coating luar tepung ala-ala kepci jadian. Ada flavor pedas, ada flavor blackpaper. Nyummeh!

Tapi kebetulan PKP aku masuk Econsave, Tepung Bestari takdak. Tak tahulah habis ke atau memang Econsave Semenyih ni tak order. Jadinya ambik je mana-mana yang ada. Pilih Adabi sebab mak kata utamakan produk Bumiputera.  Bestari tu produk ape eh? Sedap je aku mengulang beli masak...

Rupanya tips masak ayam / sotong goreng tepung ni, supaya coating luar tu cantik je, kena lumur tepung tu satu-satu.

Dulu masa duduk Tawau, ada kedai jual buntut goreng tepung tau. Serius main menu dia itu. Aku selalu konfius nak sebut buntut. Atau punggung? Atau punggung ayam? Ah terlalu sopan rasanya.

Dan orang Tawau memang jadikan macam snek. Makan malam sambil makan buntut goreng tepung dan jugak makan sayap lelek. 

Eh apa sayap lelek? 
Google ah okeh!

Sayap lelek Tawau memang super best. Aku jumpa kat pasar Semenanjung pun tak se-best dan sesedap Tawau. Sambal kicap dia sekali, peh. Memang dirindui bila dah balik KL.

Okeh buntut goreng tepung.
Aku perasan, coating dia cantik je tak pecah-pecah. Selalu kalau aku, ayam goreng tepung aku coating dia kureng, even guna tepung bestari.

Sebab aku spesis nak cepat siap. Humban je ayam dalam 1 bekas, tabur tepung, lumur tepung kat ayam then goreng.

Rupanya kalau lumur ayam 1-1 dalam tepung, then goreng, lepas tu lumur lagi ayam lain, then goreng baru coating luar dia cantikkkkkkk.

Oh my.
31 tahun baru tahuuuuu. 

Seriously guna banyak masa rupanya supaya lauk nampak cantik. Aku ingatkan manusia je kena spend masa nak cantik, lauk pun sama.....

Jauh melalut kan?
Layan ajelah tak tahu nak blog pasal ape waktu PKP ni. Aku puaslah tanya bos aku bila boleh datang office sebab nak settlekan kerja. 

Tapi jawapannya ... Sektor pendidikan bukan sektor kritikal ....

Takkan aku nak cakap yang berat aku dah semakin kritikal semenjak PKP ni? Itu yang nak sangat pergi kerja. Gila tak relevan punya reason.

Idea masakan musim covid-19

Rajin nau time PKP masak banyak lauk. Aku tengok orang lain update masak sekali je, pagi sampai petang, rumah aku masak 3 kali sehari okeh. Dah macam nak buat kenduri frekuensi guna dapur. Aku pun kagum sangat nampak dapur aku. Tak sempat berehat, memanjang ada je aktiviti.

Sekarang ko cakap, macam mana berat badan dan kawan-kawan lelemak tak bertambah?

Sedih!

So korang masak ape je time PKP ni?
Buat ape je?

Sharelah idea okeh 😉

12 comments:

  1. Hahahahh buntut tu, kami panggil tongkeng ayam hehehe... memamg sedap goreng dengan tepung tp tak boleh makan selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, tongkeng. Baru ingat nama dia haha. Tapi betul tak boleh kerap makan. Tinggi kolesterol..

      Delete
  2. kan Sha asyik ke dapur jer kan )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehari 10 ke dapur sha ni kakna. Bukak peti ais lagilah tak terkira dah 😂

      Delete
  3. lapar pulak akak tengok tapi akak mmg dh lama tak makan tongkeng ayam ni..hehe

    ReplyDelete
  4. PKP ni rajin juga ke dapur, tapi ambik air sejuk... huhuhh panasnye lahai.. xpuas2 rasa minum

    ReplyDelete
  5. aduhai. frekuensi aida ke dapur amat tinggi! :) ha ha ha ha
    lepas subuh dah masak. then tghari. then ptg.
    aduhai. utk famili kan. kedai tutup. rumah aida kat kampung, jgn harap la ada delivery :)
    aida guna tepung bestari, shahira. perisa asli. sedap ya Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan. Tepung bestari memang best! Menjadi orang kata 😁

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *